Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah 10 Budaya Kereta Jepun yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 10 Budaya Kereta Jepun yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib22/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUDAYA kereta (car culture) memang sudah jadi kebiasaan peminat kereta di Malaysia, terutama dari Jepun selain daripada hanya menampal pelekat JDM. Sedar atau tidak, sebenarnya ada banyak kumpulan dan budaya kereta Jepun yang diadaptasi pemilik Malaysia sama ada secara peribadi atau berkumpulan (kelab).

Jepun adalah antara negara yang terkenal dengan kepelbagaian kumpulan dan budaya kereta tersendiri. Mereka terkenal dengan sikap obses terhadap semua aspek yang ada pada sesebuah model dari dalam atau luar negara. Anda pasti tahu budaya ‘drift’ dan ‘stance’. Namun, ada banyak lagi budaya kereta Jepun selain dua budaya tersebut.

Faktanya, peminat kereta Jepun terdiri daripada banyak kumpulan kecil yang membentuk budaya tersendiri bagi setiap model kenderaan yang ada di sana. Mereka juga tidak terhad kepada segmen kereta saja, kerana terdapat kumpulan yang berbangga dengan trak kotak (box truck) dimodifikasi.

Malah, van lama Dodge juga turut ada kelompok peminat tersendiri. Jika mahu memperkatakan tentang keseluruhan kumpulan budaya kereta di Jepun memang terkira banyaknya. Oleh itu, kita cuba lihat kepada beberapa kumpulan kecil yang tidak berapa terkenal untuk pengetahuan bersama.

BACA >>> #TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun
BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat

1. Dajiban

Nama kumpulan kenderaan ini muncul daripada perkataan ‘Dogde Van’ dalam slanga Jepun. Berdasarkan sejarah, kumpulan ini muncul daripada kumpulan atau geng lumba motosikal yang menggunakan van ini untuk memudahkan mereka ke litar. Di Jepun ketika itu, van ini sangat mudah didapati dan harga pula sangat murah.

Kisah di sebalik kumpulan ini bermula apabila pelumba memandu van di litar untuk bergurau, tetapi mendapati memandu van di trek sebenarnya agak menyeronokkan. Situasi itu turut menarik minat penunggang motosikal lain turut serta memandu van Dodge mereka dan terbentuklah budaya Dajiban ini.

2. Shakotan

Kumpulan ini terbentuk berdasarkan ciri kereta yang direndahkan dan diubah suai. Kita pun pernah melihat budaya ini menular di Malaysia. Antara ciri utama Shakotan ialah fender depan dan belakang lebar, dan tayar lebar dengan saiz rim kecil.

Ada juga ciri tambahan yang tidak selalu digunakan seperti sistem penyejuk minyak depan enjin. Panggilan kumpulan ini mula dikenali berikutan populariti siri manga Jepun ‘Shakotan Boogie’ yang mengisahkan dua remaja yang meminati modifikasi kereta.

3. Time Attack

Banyak peminat kereta mengadaptasi budaya kereta Jepun dari segi modifikasi unik dan keupayaan kenderaan melakukan aksi drift. Lihat saja filem bertemakan kereta di Malaysia, pasti ada aksi drift dipaparkan. Namun, ada lagi perlumbaan trek lain yang turut berlangsung.

‘Time Attack’ adalah salah satu perlumbaan litar disertai  pemandu persendirian atau kumpulan kilang. Fokus utama adalah mendapatkan catatan masa terbaik untuk sepusingan trek yang dipertandingkan. Tiada peraturan ditetapkan untuk kereta Time Attack.

Jadi, pemilik kenderaan perlu menggunakan segala pengetahuan dimiliki untuk mengubah suai jentera masing-masing seperti mengurangkan berat dan menambah output kuasa dalam usaha mengalahkan lawan. Paling penting, kereta mereka perlu cukup laju untuk menang.

4. VIP Style

Permulaan budaya kereta ini bermula dimulakan pada era 1980-an, diilhamkan daripada anggota kongsi gelap Yakuza Jepun memandu sedan JDM bersaiz besar supaya tidak dikesan polis berbanding jika menggunakan model mewah Eropah.

Pelumba jalanan kemudian meniru konsep idea tersebut dengan tujuan yang hampir sama. Sekarang, konsep VIP Style lebih kepada gaya hidup dan tidak begitu sesuai berlumba kerana kereta VIP biasanya sangat rendah. Kereta digunakan masih jenis sedan JDM, tetapi hari ini model luar negara turut di gunakan.

5. Kanjozoku

Nama kumpulan ‘Kanjozoku’ boleh di kenali untuk memberikan gambaran jelas mengenai asal-usul kumpulan berkenaan. ‘Kanjo’ merujuk kepada lingkaran Kanjo, iaitu sebahagian lebuhraya di tengah bandar Osaka. ‘Zoku’ pula bermaksud keluarga atau geng.

Maknanya, ini ialah kumpulan pelumba jalanan yang berpusat di Kanjo Loop Osaka.

Namun bukan itu saja yang terkenal di sebalik kumpulan tersebut. Menariknya, mereka wajib menggunakan jentera Honda Civic untuk berlumba dan jentera itu sangat sesuai dengan kondisi Kanjo Loop. Mereka juga sangat popular sekitar era 1980-an dan hingga kini masih ada pelumba aktif dengan memiliki lesen sah lumba jalanan di Kanjo.

6. Itasha

Konsep nama Itasha lebih menjurus kepada penampilan dan rekabentuk kumpulan kereta itu. Gambar dan rekaan karakter-karakter animasi, terutamanya watak wanita digunakan sebagai dekorasi badan kereta masing-masing. Ciri seperti grafik besar, warna-warni dan ada aneka lampu LED menjadi asas konsep Itasha.

Ciri ini juga banyak diterapkan peminat animasi luar Jepin. Susulan peningkatan populariti animasi Jepun seluruh dunia, gaya kereta berkonsepkan Itasha kini menjadi trend biasa yang dapat dilihat di litar lumba dan acara pameran kereta sedunia.

7. Kei Truck

Kelas ‘Kei’ ialah kelas kenderaan yang sangat kecil yang direka untuk memenuhi dua keperluan utama di Jepun, iaitu penjimatan minyak dan memudahkan pergerakan kereta di jalan-jalan kecil negara itu.  Kei-Truck direka untuk membawa barangan atau beban selain memenuhi keperluan yang sama.

Sama seperti jenis kenderaan lain di Jepun, ada kumpulan pemandu yang menjadikan Kei Truck untuk berlumba drift dan bergaya. Tanpa peraturan untuk semua keperluan, pemandu dan peminat Kei Truck mampu membikin apa saja yeng menarik dan menyeronokkan dengan jentera mereka itu.

8. Dekotora

Lori komersial pun tidak terselamat daripada idea modder Jepun. Dekotora menumpukan kepada modifikasi terhadap seni persembahan lori-lori besar tersebut.

Hasilkan, lori mereka dipasangkan lampu yang banyak, manakala bahagian kepala didominasi elemen krom yang berkilau. Memang menarik dapat melihat sendiri kelibat Dekotora di lebuh raya dan jalan raya sekitar Jepun.

9. Bosozoku

Bosozoku ialah kumpulan kereta ‘bawah tanah’ (underground) yang tidak kisah dan tidak akan berhenti menghasilkan rekabentuk yang unik dan luar biasa serta tidak masuk akal. Matlamat kumpulan Bosozoku adalah membikin kereta yang mampu mencapai tahap mengejutkan dan menggemparkan.

Kumpulan ini terbentuk sejak 1950-an dalam kalangan kumpulan motosikal dan berkembang menerusi penambahan ahli daripada pemilik kereta dan van. Modifikasi dilakukan itu sebenarnya tidak sah dari segi undang-undang. Jadi, mereka memang sentiasa bersedia membawa wang yang banyak untuk membayar saman jika tidak dapat dielakkan.

10. Kyusha

Kumpulan Kyusha pula popular dalam kalangan peminat yang menggemari kereta lama berstatus vintaj dan klasik. Modifikasi sederhana akan dilakukan seperti membesarkan bahagian fender dan menukar rim baru.

Jika ada ciri tambahan lain, ia dilakukan secara tidak berlebihan atau ekstrem, dan masih mengekalkan ciri khas kereta lama itu.

Inilah serba sedikit budaya kereta di Jepun yang memiliki peminat dan fanatik tersendiri. Apa paling dikagumi adalah kesediaan mereka membayar saman dan pada masa sama masih mengikut undang-undang untuk mendapatkan kelulusan untuk kereta mereka.

Malah, mereka perlu mengubah suai semula kereta mereka kepada keadaan asal setiap kali ujian kenderaan dilakukan setiap dua tahun (dikenali sebagai ‘Ujian Shaken’). Pasti banyak kos perlu ditanggung, tetapi minat mereka kepada trend modifikasi memang sangat tinggi dan dikagumi ramai peminat luar negara.

BACA >>> Kenapa ‘Ujian Shaken’ Buat Orang Jepun Tak Nak Beli, Simpan Kereta Lama-Lama?

autotainment Budaya Kereta Jepun Japan Car Culture Kereta Jepun Trend Kereta Jepun
Talib

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.