• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Ini 8 Inovasi Motosikal Moden yang Anda Perlu Tahu

#TahukahAnda: Ini 8 Inovasi Motosikal Moden yang Anda Perlu Tahu

May 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL hari ini menawarkan pakej moden yang terhasil daripada inovasi teknologi tinggi menggunakan material ringan yang ditambah perisian sistem keselamatan dan output trenkuasa yang sentiasa ditambah baik.

Malah, pengguna hari ini boleh memasuki bilik pameran dan memilih sportbike sarat pelbagai komponen yang suatu ketika dulu hanya terdapat pada jentera Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dan Kejuaraan Superbike British Bennetts (BSB).

Berikut lapan perubahan atau inovasi yang tidak wujud dalam tempoh 10 tahun lalu:

1. SISTEM ABS BELOK (ABS CORNERING)

Sekitar pertengahan 2000-an, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belok menjadi salah satu teknologi yang mahu dipasang banyak pengeluar motosikal pada produk masing-masing.

Pada 2020, sistem ABS Belok sudah menjadi ciri biasa yang boleh didapati pada barisan sportbike teknologi tinggi hingga beberapa model naked bike kelas sederhana (middleweight).

Mungkin suatu hari nanti, teknologi pembrekan itu boleh didapati pada model motosikal sekecil 125cc. Saiz dan komponen Sistem ABS Belok kini pula semakin kompak, dan ringan, manakala harga semakin menyusut.

2. PERLUMBAAN MOTOSIKAL ELEKTRIK

Siapa sangka pernah wujud TT-Zero (foto atas) yang diperkenalkan pada perlumbaan Isle of Man TT 2010. Malangnya, nasib perlumbaan motosikal elektrik itu semakin samar selepas penganjur memilih menggantungkan siri perlumbaan tersebut. Puncanya, kurang penyertaan pasukan pelumba.

Namun, sejak setahun dua kebelakangan ini, lebih banyak pengeluar motosikal elektrik memasuki industri, sekali gus membuka peluang melihat perlumbaan motosikal elektrik menjadi realiti.

BACA >>> Ducati Akan Bekalkan Jentera Lumba Elektrik untuk MotoE Bermula 2023

3. COTA (Circuit of the Americas)

Siapa sangka kawasan berdebu yang tidak digunakan di Travis County, Texas boleh ditukarkan menjadi antara trek perlumbaan terbaik dunia dan tersenarai dalam kalendar Kejuaraan Dunia MotoGP.

Pasukan di sebalik pembangunan trek itu dikatakan meminjam elemen dan idea trek global lain untuk membina litar sepanjang 5.5km itu dengan satu seksyen pecutan terbaik dan siri berselekoh antara Turn 3 hingga Turn 9. Khabarnya, idea itu diilhamkan daripada Litar Silverstone di Britain.

4. SUT KULIT BEG UDARA

Pembangunan pakaian dengan beg udara bermula sekitar 15 tahun lalu, tetapi mengambil masa agak lama untuk ditawarkan di rak jualan kepada pengguna. Teknologi beg udara sudah berkembang maju dengan saiz lebih kecil, ringan dan kompak berbanding beg udara versi lumba sebelum ini.

Malah tawaran itu  bukan lagi eksklusif kepada pengguna superbike atau pelumba trek hujung minggu. Produk itu kini menjadi item modular yang boleh dipakai di bawah jaket motosikal biasa termasuk seluar perlindungan berasaskan material tekstil.

BACA >>> 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Jaket Beg Udara AIRSAV (Buatan Malaysia)

5. KONEKTIVITI BLUETOOTH

Sedekad lalu, ciri sambungan Bluetooth mungkin untuk alat pembesar suara atau fon telinga. Kini, penunggang boleh membuat sambungan Bluetooth dengan skuter hingga motosikal sekecil kapcai. Malah penunggang juga boleh menaik taraf tetapan sistem suspensi Yamaha R1M menggunakan telefon pintar.

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha YZF-R15 Connected vs R15M (2022) Indonesia, Apa yang Berbeza?

6. KAWALAN LUNCUR/GELINCIR

Jika tayar belakang mula menggelincir, penunggang berisiko terbabit kemalangan. Namun, itu situasi sedekad lalu. Kini, kebanyakan sportbike moden dilengkapi teknologi yang dapat mengawal insiden tayar menggelincir untuk membantu mengawal kestabilan motosikal.

7. SIKU CECAH TANAH

Pelumba MotoGP, Marc Marquez dengan beberapa pelumba lain kerap mempamerkan aksi 'mengasah siku' di litar. Kini, trend itu semakin jelas di trek biasa sejak beberapa tahun lalu. Malah pad siku juga bukan lagi aksesori yang janggal digunakan pelumba trek hujung minggu.

BACA >>> Marquez Semakin Pulih Masalah Diplopia, Tapi Terlepas Aksi GP Argentina

8. PENGELUAR MOTOSIKAL ELEKTRIK

energica-logo
zero-motorcycles-logo

Hari ini semakin banyak pengeluar motosikal elektrik yang ada hingga muncul pengeluar skala besar seperti Zero dan Energica. Malah dua pengeluar itu juga berjaya menghasilkan motosikal elektrik lebih baik dan semakin murah.

Juga, kebanyakan pengeluar motosikal berasaskan petrol kini sudah mula menghasilkan motosikal elektrik supaya kekal relevan dengan perubahan industri. Jika diimbas dekad lalu, motosikal elektrik memang wujud tetapi kelihatan seperti projek pembangunan universiti. Sekarang tidak lagi!

BACA >>> 19 Fakta Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

SUMBER: VisorDown

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Inovasi Motosikal Moden, tahukah anda, Teknologi Motosikal Moden

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev