Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Brek Bas, Lori Gagal Berfungsi Sebab Guna Alat Ganti Kualiti Rendah?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Brek Bas, Lori Gagal Berfungsi Sebab Guna Alat Ganti Kualiti Rendah?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA kerap terbaca laporan nahas jalan raya membabitkan kenderaan berat seperti bas dan lori yang dikatakan berpunca daripada masalah kegagalan sistem brek.

Persoalan kerap bermain dalam fikiran, apakah cerita di sebalik insiden sistem brek gagal berfungsi? Ada beberapa teori yang mungkin timbul:

  • Kenderaan tidak menjalani servis sistem brek mengikut jadual.
  • Kegagalan membrek lebih awal kerana memandu melebihi halaju.
  • Lebihan muatan hingga menjejaskan kecekapan sistem brek.

Ketika Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis menjalankan Ops Khas Kenderaan Komersil Bersepadu semalam, Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah (foto atas, kiri) menceritakan faktor yang menyumbang kepada kegagalan sistem brek kenderaan komersial.

Faktornya adalah penggunaan alat ganti tidak berkualiti yang turut menjadi punca beberapa kenderaan komersial gagal melepasi pemeriksaan brek dilakukan agensi Puspakom.

Laporan HarianMetro mengatakan, ada kenderaan komersial gagal tiga kali dalam tempoh pemeriksaan berkala bagi setiap enam bulan di Puspakom.

Situasi itu nyata membimbangkan kerana ada 50 kenderaan komersial dikesan gagal menjalani ujian brek di Puspakom sepanjang tahun ini. Malah, statistik itu cuma di Perlis dan belum termasuk data negeri lain.

Fatimah berkata;

Berdasarkan data kita peroleh, sepanjang tahun ini bermula Januari lalu, sebanyak 50 kenderaan komersil didapati gagal ujian brek menerusi pemeriksaan Puspakom dan kami memandang serius terhadap situasi kegagalan brek kerana boleh menjadi punca kemalangan, terutama kemalangan maut di negara ini.

“Kegagalan ujian brek menyebabkan kenderaan itu dilarang berada atas jalan raya hingga perlu mengulangi ujian brek dan wajib lulus ujian berkenaan.

“Jika diteliti, kebanyakan kemalangan yang berlaku membabitkan lori, treler atau bas ini adalah disebabkan kegagalan brek berfungsi baik.

“Kenderaan berat atau kenderaan barangan atau perkhidmatan awam lazimnya seperti bas akan membabitkan orang ramai seperti penumpang dibawa, manakala kenderaan barangan pula, sekiranya melanggar orang lain, juga boleh mengakibatkan keadaan teruk.”

CERITA ALAT GANTI TERPAKAI, RECON, ONLINE

Fatimah berkata, kegagalan brek kenderaan ketika pemeriksaan Puspakom ada kaitan dengan penggunaan alat ganti tidak bermutu tinggi.

Kami tengok pemilik atau pemandu kenderaan ini banyak menggunakan ‘spare part’ tidak bermutu tinggi dan sekiranya had umur kenderaan itu melebihi 10 tahun, lagilah kita boleh lihat pelbagai kegagalan berlaku dari segi sistem brek.

“Malah saya difahamkan ada juga sistem brek yang digunakan daripada jenis rekon dan ada dibeli secara atas talian  menerusi platform beli-belah atas talian dengan kualiti kurang bermutu.

“Kita sudahpun menjalankan advokasi keselamatan jalan raya terhadap syarikat kenderaan barangan supaya mereka memahami situas yang berlaku, dan sepatutnya menerusi pemeriksaan berkala setiap enam bulan ini, kegagalan dalam ujian brek tidak harus berlaku,” katanya.

HASIL OPS KHAS KENDERAAN KOMERSIAL BERSEPADU

  • Ops Khas Kenderaan Komersil Bersepadu melibatkan 40 anggota, termasuk 10 ahli Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis , dan berlangsung dua jam.
  • Sebanyak 150 kenderaan komersial dan pemandu diperiksa.
  • 15 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.
  • Tiada pemandu dikesan positif dadah dalam ujian saringan air kencing.
Alat Ganti Terpakai Auto Terkini autotainmen Fatimah Mohamed Ali Piah isu brek kenderaan gagal berfungsi Isu Keselamatan Jalan Raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis JPJ Ops Khas Kenderaan Komersil Bersepadu Roda4 tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.