Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Benarkah Isi Petrol Murah Beri Kesan Kepada Motosikal FI?
Autotainment

#TahukahAnda: Benarkah Isi Petrol Murah Beri Kesan Kepada Motosikal FI?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/03/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SALAH satu komponen penting motosikal teknologi suntikan bahan api (FI) ialah injektor. Komponen ini berfungsi menyuntik petrol ke kebuk pembakaran menerusi efek pencucuhan yang dicetuskan palam pencucuh.

Prestasi dan ketahanan injektor pula sangat bergantung kepada jenis petrol yang anda gunakan. Jika anda pemilik motosikal FI, anda disarankan menggunakan petrol oktana tinggi.

Bukannya tidak boleh guna petrol oktana rendah, cuma tidak digalakkan. Ini kerana tahap oktana ada kaitan dengan ‘kebersihan’ petrol yang diisi dalam tangki motosikal anda, dan petrol oktana rendah berisiko menyebabkan injektor FI tersumbat.

BACA >>> Adakah Kenderaan Anda Perlukan Aditif Bahan Api?

 

Kebanyakan enjin FI mempunyai nisbah mampatan tinggi, lebih 9:1 yang bertujuan menjimatkan petrol. Namun kecekapan bahan api hanya dapat dicapai jika menggunakan petrol oktana tinggi, sesuai dengan spesifikasi motosikal. Semakin besar nisbah mampatan enjin, maka semakin tinggi keperluan anda menggunakan petrol oktana tinggi.

Ini kerana jika anda mengisi petrol oktana rendah, simptom ‘letusan cepat-lambat’ akan muncul. Asasnya, penyenggaraan enjin FI lebih minimum berbanding enjin karburetor biasa. Itupun jika anda jadikan petrol oktana tinggi sebagai bahan api utama.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan dan Atasi Masalah Injektor Bahan Api?

Malah, ada beberapa kes sportbike terkandas di stesen minyak kerana selalu diisi petrol oktana rendah. Antara tanda motosikal FI itu selalu menggunakan minyak berkualiti rendah ialah bateri kerap lemah kerana pam perlu bekerja keras menyalurkan petrol disebabkan penapis minyak tersumbat.

Kepada pemilik motosikal FI, mungkin sekarang masa terbaik untuk anda lebih kerap isi petrol oktana tinggi seperti RON97 😅. Sebenarnya RON95 pun sudah memadai asalkan mengikut spesifikasi disarankan pengeluar.

Isu ini berbeza dengan negara jiran, misalnya Indonesia, yang masih menawarkan minyak gred lebih rendah daripada RON95 seperti RON88, RON90 dan RON92. Dan masing-masing boleh terus mengisi minyak tanpa perlu rasa risau.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motosikal EFI Tetiba Mogok, dan Bagaimanakah Mengatasinya?

NOTA: Dalam artikel di atas tidak disebutkan langsung yang RON95 sebagai petrol berkualiti rendah.

SUMBER: Suzuki.co.id

Auto Terkini autotainment cara isi minyak Injektor Bahan Api Motosikal FI Pembersih Injektor Suntikan Bahan Api (FI) tahukah anda
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026

3 Comments

  1. Shah nor on 08/03/2020 10:02

    Tolong delete pos ni atau edit semula.. Isi kandungan agak lari.. Nk ckp mnyak murah kotor.. Berlaku pembakaran cepat lambat tu berkenaan knocking ke? Jika betul.. Tp ikot kajian ron 95 mampu tahan sehingga kompressi ratio 12.5:1 sebelom berlaju knocking.. Please admin jgn tulis dan pos bende2 yang kurang betul.. Untuk makluman admin.. Motor fi semua ada fuel pump.. Dan pada fuel pump wajib ada fuel filter.. Tersumbat nye fi tu bersebab filter bkn ron mnyak..

    Reply
    • AO on 09/03/2020 13:47

      Ada salah faham di situ. Kami tak sebut pun RON95 sebagai petrol murah dan gred rendah. Ada tambahan fakta sudah kami masukkan supaya tidak berlaku kekeliruan.

      Reply
  2. Teddy on 09/09/2020 20:54

    Betul. Ikut panduan yang disarankan dalam buku panduan. Saya guna yamaha lagenda 115 fi isi petrol ron95 ikut saranan. Pernah isi ron97 beberapa kali selama 2 bulan, enjin susah hidup. Kalau enjin sejuk lagi susah nak hidup. Lepas tu isi balik ron95 sampai sekarang

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.