• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan dan Atasi Masalah Injektor Bahan Api?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan dan Atasi Masalah Injektor Bahan Api?

February 15, 2019 By AO 2 Comments

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INJEKTOR bahan api (fuel injector) kereta tersumbat bukanlah senario yang bagus. Tersumbat di sini ialah terdapat kotoran terkumpul dalam injektor yang menyekat aliran masuk bahan api. Apabila berlaku, enjin tidak dapat dihidupkan dan kita semua tahu apa akibatnya.

Mengesan simptom injektor bahan api tersumbat bukan mudah kerana ia boleh jadi berpunca daripada palam pencucuh atau koil rosak. Apapun, masih ada beberapa tanda yang jika diperhatikan menunjukkan puncanya ialah injektor bahan api bermasalah, iaitu:

  • Susah hidupkan kereta
  • Asap kotor, teruk
  • Kereta kuat makan minyak
  • Enjin kasar
  • Ekzos berasap
  • Kereta kurang prestasi, atau enjin mati
  • Tidak dapat capai maksimum enjin (rpm) maksimum
  • Enjin berbunyi ketukan
  • Enjin tidak lancar (jerky) apabila terotel dimainkan

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Absorber Belakang, Perlu Ganti Baharu atau Tidak?

BAGAIMANA ATASI MASALAH INJEKTOR BAHAN API?

Ada beberapa tip atau langkah boleh dibuat sekiranya anda dapat mengesan simptom utama seperti di atas:

1. BUAT SENDIRI @ DIY


Cara ini memerlukan kemahiran bengkel tahap sederhana dan elakkan jika anda langsung tidak tahu apa-apa. Ini kerana kerap juga berlaku tindakan menanggalkan injektor dan menyahkotoran masih tidak cukup menyelesaikan masalah.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Uji Cas Bateri Kereta Guna Alat Multimeter?

Dalam proses tertentu, anda mungkin memerlukan bantuan profesional untuk memeriksa kebocoran, tekanan bahan api, campuran bahan api tepat, dan mungkin memerlukan alatan baik pulih mahal untuk memastikan kerja menyahkotoran dapat dibuat pantas dan cekap.

2. GUNA KIT CUCI INJEKTOR BAHAN API

Regulator Tekanan Bahan Api
Regulator Tekanan Bahan Api
Kit Cuci Injektor Bahan Api
Kit Cuci Injektor Bahan Api

Ada banyak kit cuci injektor bahan api (fuel injector cleaner) di pasaran yang boleh dibeli sama ada secara talian atau di kedai perkakasan. Cara ini lebih mudah dan berkesan berbanding secara manual yang memerlukan anda buat dengan betul. Ikut saja panduan dan arahan diberikan, biasanya:

  • Pilih pencuci pelarut yang sesuai dengan kereta. Lakukan dengan memeriksa manual, atau bertanya kepada mekanik berpengetahuan. Apapun, pastikan guna produk disarankan.
  • Letakkan kit cuci ke port bahan api dalam enjin. Baca manual untuk tahun lokasi bahagian itu.
  • Matikan pam bahan api (fuel pump) dengan menanggalkan pam. Anda perlu masukkan tiub-U untuk membolehkan bahan api dapat disalurkan ke tangki minyak. Jika tidak selesa buat proses ini, langkah terbaik ialah berhenti dan minta mekanik buat.
  • Tanggalkan regulator tekanan bahan api.
  • Letak hos udara termampat (compressed air) pada kit cuci dan berikan tekanan bergantung kepada tahapnya.
  • Hidupkan kenderaan dan biarkan kit pencuci menyerap semua pelarut cuci. Tunggu beberapa minit, dan tunggu  hingga enjin mati sendiri.
  • Lepaskan kit dan sambung semula atau aktifkan pam bahan api dan regulator tekanan bahan api.

3. MINTA MEKANIK BUAT


Ini lebih mudah dan kurang pening kepala atau stres. Apa yang mungkin memeningkan kepala ialah bil yang diberikan mekanik selepas itu. Tetapi sekurang-kurangnya injektor bahan api kereta anda sekarang sudah dapat berfungsi dengan baik. Alah membayar, menang memandu. Hmm...

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Fuel Injector, Fuel Pam, Injektor Bahan Api, Kit Cuci Injektor Bahan Api, Pam Minyak

Comments

  1. Antuni says

    June 15, 2020 at 9:43 PM

    Nak tanya apa masaala ford ranger disel 2.2l xl t6 tiada power suply ke injector forman?

    Reply
  2. Antuni moisol says

    June 15, 2020 at 9:44 PM

    Nak tanya apa masaala ford ranger disel 2.2l xl t6 tiada power suply ke injector forman?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888
    KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my