Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Asal-Usul Nama Skoda Karoq? Adakah Ada Kaitan dengan Karaoke?
Autotainment

#TahukahAnda: Asal-Usul Nama Skoda Karoq? Adakah Ada Kaitan dengan Karaoke?

Han OthmanBy Han Othman24/05/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SKODA Karoq ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak serba baharu keluaran pengeluar automotif dari Republik Czech itu. Tahukah anda apakah maksud ‘Karoq’? Adakah maksudnya ‘Karaoke’ mengikut slanga orang Malaysia ketika mahu mengajak rakan-rakan pergi menyanyi di pusat hiburan keluarga?

Begini, Skoda sebenarnya mendapat nama Karoq dengan meminta bantuan penduduk Pulau Kodiak dalam negeri Alaska di Amerika Syarikat (AS). Sebagai makluman, Pulau Kodiak juga menjadi inspirasi kepada Kodiaq, iaitu nama model SUV buatan Skoda yang berada dalam segmen lebih besar. Secara mudahnya, Kodiaq ialah abang kepada Karoq. 😆

ILHAM SEORANG BUDAK


Proses memilih nama Karoq memang menyeronokkan dengan pelbagai nama dicadangkan penduduk pulau itu. Namun, apa yang unik ialah Skoda akhirnya memutuskan memilih satu nama yang diberikan seorang budak lelaki berusia 12 tahun, iaitu ‘Karoq’.

Nama Karoq diilhamkan daripada Bahasa Alutiiq, iaitu kaum asli yang tinggal di pesisir pantai selatan Alaska. Nama Karoq ialah gabungan perkataan ‘KAA’RAQ’ (kereta) dan ‘RUQ’ (anak panah). Kebetulan anak panah ialah simbol yang turut ada dalam logo Skoda.

Ketua Pemasaran dan Produk Skoda, Stefan Buscer mengakui pemilihan nama yang hampir sama dengan abangnya, Kodiaq itu sememangnya dirancang. Menurutnya;

Hubungan antara nama famili adalah dirancang secara strategi. Ini mewujudkan tatanama seragam bagi produk SUV sedia ada dan akan datang.”

Skoda bakal meluaskan lagi pengeluaran model baharu dalam beberapa tahun akan datang sebagai sebahagian daripada Strategi 2025. Lima kenderaan elektrik (EV) adalah antara model baharu Skoda yang bakal menyusul dengan model EV pertama dijadualkan di pasaran AS menjelang 2020, selepas pelancaran model EV hibrid plug-in (PHEV), Skoda Superb.

Mari kita saksikan video pencarian nama Skoda Karoq di bawah ini:

SUMBER: CarScoops

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) maksud Skoda Karoq Roda4 ŠKODA ŠKODA Karoq Skoda Kodiak Stefan Buscer SUV tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.