Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Saiz Motosikal Terbaik untuk Penunggang Pertama?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Saiz Motosikal Terbaik untuk Penunggang Pertama?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN dilema mahu beli motosikal baharu atau terpakai, persoalan lain yang sering menimbulkan kerungsingan di hati penunggang baharu ialah apakah saiz motosikal yang sesuai untuk mereka? Maklumlah tiada pengalaman. Berapa ‘power’ pula kuasa (cc) motosikal yang bersesuaian? Bagaimanakah pula dengan berat? Apakah ada kompromi antara keselamatan dan keseronokan menunggang atas jalan?

Berikut beberapa tip kepada ‘penunggang pertama’ yang perlu anda ikut sebelum membulatkan keputusan membeli motosikal baharu.

1. KUASA JANGAN EKSTREM

Pertama sekali, singkirkan hal paling ekstrem. Memilih superbike bersesaran 1000cc sebagai motosikal pertama ialah resepi ke arah kebinasaan. Ingat, maksud penunggang pertama di sini ialah mereka yang baru saja hendak menunggang motosikal, dan bukan mereka yang sudah lama menunggang dan mahu upgrade.

Malah jika anda penunggang motosikal kecil seperti kapcai atau skuter pun tidak digalakkan terus membeli superbike jika mahu menaik taraf motor walaupun sudah lama menunggang.

2. TINGGI PELANA

Jika anda mempunyai ketinggian 180sm-190sm dan berat kira-kira 100kg, model kapcai seperti Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R boleh dikatakan pilihan selamat. Tetapi, anda mungkin mengalami kebosanan dan kemurungan dalam masa singkat. Mujurlah Malaysia masih aman kerana masih ada banyak pilihan motosikal yang dikeluarkan untuk penunggang pelbagai saiz dan kemampuan.

BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

Perkara paling utama perlu dititkberatkan penunggang pertama ialah tinggi pelana. Kalau anda daripada spesies ‘galah panjang’ (seperti dinyatakan di atas), ketinggian pelana memang patut diberikan perhatian sebelum membeli motosikal. Sedarlah anda tidak lagi bebas memilih jenis motosikal ikut sesedap rasa.

Berat badan juga penting, tetapi keutamaan tetap kepada tinggi pelana.  Jadi motosikal yang sesuai untuk ‘si galah’ seperti anda ialah segmen standard, iaitu jentera sportbike sama ada jenis streetbike, naked bike, dirt bike dan seumpamanya.

3. KETAHUI BERAT DAN MESTI STABIL

Motosikal yang lebih ringan lebih mudah dikawal berbanding motosikal yang lebih berat. Pelana rendah memberikan pusat graviti yang juga lebih rendah. Apa yang lebih penting, penunggang pertama mampu meletakkan kedua-dua kaki dengan selamat dan selesa ke atas tanah tanpa menjengket.

Faktor kestabilan sangat penting buat penunggang pertama bagi meningkatkan daya keyakinan menunggang dalam halaju perlahan dan sederhana. Tahukah anda, kebanyakan penunggang pertama terjatuh motosikal ketika menunggang di bawah halaju 8kmj berbanding 80kmj. Insiden klasik itu pula berlaku ketika berhenti kerana kedua-dua kaki penunggang tidak mampu diletakkan selesa dan selamat atas tanah.

4. RENDAH LEBIH BAIK

Rendah sentiasa lebih baik, terutama kepada penunggang baru. Atas alasan ini jugalah kenapa mat saleh menggelarkan motosikal cruiser sebagai easy-rider dan kenapa motor jenis ini banyak menjadi pilihan penunggang pertama di Barat. Rata-rata ketinggian motosikal cruiser ialah 660mm-710mm dari tanah berbanding sportbike yang mampu mencapai 780mm.

Kalau di Malaysia, kapcai ialah motosikal paling ideal yang menawarkan ketinggian pelana terbaik kepada hampir semua majoriti penunggang negara ini. Begitu juga skuter, tetapi berhati-hati kalau berminat dengan skuter maksi @ maxi. Sesetengah skuter maksi mempunyai ruang kelegaan tanah yang tinggi. Walaupun kaki selesa memijak lantai, tetapi anda mungkin terpaksa menjengket ketika berhenti di lampu isyarat. Malah, skuter maksi juga lebih berat.

5. KUASA BUKAN SEGALANYA

Rujuk semula poin nombor satu. Apa yang perlu kita faham tentang kuasa motosikal ialah tidak semua kapasiti sesaran memberikan nilai kuasa dan abiliti sama seperti kita harapkan. Motosikal 1000cc memang sentiasa lebih berkuasa dan laju berbanding cruiser 1,500cc. Tetapi jika setakat itu saja penilaian anda, berhati-hatilah kerana anda sebenarnya tidak tahu apa-apa pun pasal motosikal. Ia seperti menyuruh arnab yang laju memecut atas sungai.

Secara mudahnya, penanda aras sesaran motosikal optimum untuk penunggang pertama adalah dalam angka 250cc-500cc tanpa mengira saiz.  Jika bersesaran lebih rendah, motosikal itu biasanya menawarkan berat dan ketinggian pelana lebih rendah. Jika bersesaran tinggi, sudah tentu lebih berkuasa dan lebih cabaran menunggang. Memilih motosikal bersesaran 500cc ke atas terbukti lebih mencabar, terutama sepanjang proses membiasakan diri dan belajar tentang karakter motor.


MOTOSIKAL KHAS PENUNGGANG PERTAMA?

Hampir semua pengeluar motosikal memberi komitmen kepada segmen tunggangan pertama. Di Malaysia, boleh dikatakan semua pengeluar utama menawarkan barisan model kapcai pelbagai sesaran daripada serendah 110cc hingga 150cc sebagai motosikal untuk penunggang pertama. Ini termasuk streetbike 150cc sebagai pilihan paling sesuai dan selamat buat penunggang bertubuh tinggi.

Setahap lebih tinggi, juga dikatakan motosikal pertama sebenar, ialah model cruiser dan sportbike bersesaran 250cc hingga 500cc. Juga ditawarkan pengeluar sedia ada dalam pelbagai rekabentuk, warna, harga, dan spesifikasi. Anda boleh saja buat survei sendiri di laman-laman web yang ada minat.

TOURING BIKE UNTUK PENUNGGANG BAHARU?

Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak mencadangkan motosikal dalam segmen adventure touring walaupun segmen ini sedang berkembang meluas seperti model BMW G 310 GS dan Kawasaki Versys-X 300. Sebabnya, baca semula poin kedua di atas, iaitu tinggi pelana.

Contohnya, ketinggian standard pelana BMW G 310 R yang berbeza casis dengan varian GS ialah 780mm. Ketinggian varian G 310 GS pula 835mm. Perbezaan angka tersebut lebih cenderung mengundang risiko bahaya berbanding keyakinan menunggang buat penunggang pertama.

Perlu diingat, pengeluar motosikal juga sedar tentang kepentingan tinggi pelana buat penunggang pertama. Khabarnya BMW 310 R mempunyai opsyen pelana rendah dengan ketinggian 760mm, termasuk opsyen boleh laras kepada 820mm.

Namun, motosikal adventure touring masih boleh dijadikan pilihan terbaik kepada mereka yang bertubuh tinggi sahaja. Mungkin inilah sebabnya kenapa si galah perlu melupakan kapcai.

SUMBER: Autotrader

autotainment motosikal motosikal terbaik Panduan Pilih Motosikal pilih jenis motosikal roda2 tip pilih motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.