Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apakah Kereta yang Pegawai Imigresen Gred KP19 Layak Beli?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apakah Kereta yang Pegawai Imigresen Gred KP19 Layak Beli?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMINGGU lalu kecoh mengenai berita Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) menahan beberapa kakitangan Kerajaan Gred KP19 yang dikatakan mendapat sogokan berupa kenderaan mewah atas penyalahgunaan kuasa dalam urusan keluar-masuk pekerja warga asing ke negara ini.

Berdasarkan sumber SPRM, mustahil bagi individu dengan gaji gred KP19 dapat memiliki kereta mewah seperti Roll-Royce Phantom, Ford Mustang, Range Rover atau Audi A5.

BACA >>> Kakitangan Imigresen Dapat Kereta Mewah untuk Cop Keluar-Masuk Warga Asing

Difahamkan kenderaan itu  didaftarkan atas nama dua warga China yang dipercayai ejen pekerja asing dari negara tersebut yang beroperasi di Malaysia, dan dua ejen lelaki tempatan.

Dalam Ops Selat minggu lalu, selain 26 kereta mewah dan empat motosikal kuasa tinggi, SPRM turut merampas tunai lebih RM800,000, tidak termasuk nilai rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya.

BACA >>> #TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman

Antara 26 kereta mewah dirampas ialah Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord dan Mitsubishi Lancer. Justeru itu, kami ringkaskan anggaran harga baharu atau terpakai model terpilih:

  • Roll Royce Phantom – RM2,150,000 (model 2015)
  • Ford Mustang – RM461,271 (varian 2.3 Ecoboost)
  • Range Rover – RM 990,000-RM1.01 juta
  • Nissan Skyline R35 – RM358,000 (model 2015)
  • Toyota Alphard – RM120,000
  • Hyundai Starex – RM150,000 (model 2020)
  • Audi A5 Coupe – RM228,000 (model 2017)

Senarai harga kereta mewah di atas cuma anggaran berdasarkan rujukan daripada laman web rasmi jenama itu dan premis kenderaan rekon. Contohnya, anggaran ansuran Range Rover adalah kira-kira RM12,000 sebulan, Phantom (RM27,000 sebulan), dan Skyline R35 (Nismo Convert) (RM4,000).

GAJI MINIMUM BELI KERETA AXIA LOAN TAK LEPAS

Menurut laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), gaji minimum Pegawai Imigresen Gred KP19 bagi klasifikasi Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam adalan antara minimum RM1,360 sebulan dan maksimum RM4,052 sebulan dengan kenaikan tahunan RM100.

Bagaimanapun, gaji tersebut tidak termasuk elaun yang berbeza mengikut jabatan. Sebagai contoh, jika kakitangan itu berkhidmat selama tiga tahun ke bawah, gaji bersih mampu mencecah sekitar RM2,500 (tambahan gaji minimum + jumlah elaun ~RM700 + elaun lebih masa (OT) + lain-lain).

Secara realistik, memang mustahil Pegawai Imigresen KP19 hendak beli kereta mewah. Apatah lagi jika cuma bergantung gaji asas RM1,360. Ini kerana jika mahu membuat pinjaman sewa beli (hire purchase) kenderaan, kriteria gaji bersih dikehendaki bank ialah:

  • Gaji termasuk elaun tetap, OT dan lain-lain.
  • Gaji selepas ditolak komitmen bulanan jika ada (seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman ASB, PTPTN, atau seumpamanya).


Had minimum gaji bulanan untuk layak memohon pinjaman sewa beli kenderaan pula berbeza mengikut bank. Misalnya, jika mahu beli Perodua Axia, CIMB menetapkan had gaji bersih untuk lulus pinjaman bank adalah sekitar RM1,600 sebulan.

Bank lain pula menetapkan had gaji bersih sekurang-kurangnya RM2,800-RM3,000 sebulan. Namun, had gaji bersih tinggi itu melayakkan pemohon membuat pinjaman kenderaan untuk model Perodua seperti Axia, Myvi, Bezza atau Alza.

Bagi gaji maksimum Pegawai Imigresen KP19 (yang lebih senior, atau lama berkhidmat), iaitu RM4,052 yang boleh mencecah hingga lebih RM5,000 sebulan (termasuk elaun, tanpa komitmen bulanan lain), jenis model yang boleh dibeli ialah Proton X50.

* Kelayakan had gaji bersih berbeza mengikut bank. Maklumat di atas dikongsi sumber kami yang enggan dikenali.

SUMBER: MalaysiaGazette | HarianMetro

Auto Terkini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pegawai Imigresen KP19 Pegawai Kerajaan Gred 19 Pegawai KP19 Roda4 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.