Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Fungsi Tuil ‘Choke’ Pada Motosikal?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Fungsi Tuil ‘Choke’ Pada Motosikal?

ZYBy ZY29/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CUBA lihat panel suis sebelah kiri hendal motosikal anda. Adakah terdapat tuil kecil dengan label ‘choke’ atau simbol backslash dalam kurungan?

Jika ada, itu bermakna motosikal anda masih menggunakan karburetor dan jika ini KALI PERTAMA anda sedar kewujudan tuil itu, sememangnya anda wajib baca artikel kali ini untuk faham tentang apakah kegunaan tuil ‘choke’ tersebut dan bagaimanakah ia berfungsi?

SIAPA YANG KENA CEKIK?

Amaran. Jangan tiru aksi ini!

Bagi peminat gusti, pasti masih ingat bagaimana penggusti seperti The Undertaker, Kane dan The Big Show kerap menggunakan teknik chokeslam, dengan mencekik leher dan seterusnya menghempas seteru mereka ke lantai gelanggang.

Tuil choke pada motosikal anda berfungsi dengan cara hampir sama, iaitu menggerakkan injap khas pada leher karburetor seterusnya mencekik aliran udara ke dalam alat itu. 

Jika anda belum tahu bagaimana karburetor berfungsi, boleh klik pautan di bawah terlebih dahulu.

BACA >>> #TahukahAnda: Mari Bermanja Bersama Karburetor dan Ketahui Fungsinya

TAPI KENAPA?

Anda sudah tahu karburetor bertugas mencampurkan udara dan bahan api dalam nisbah tepat, sebelum campuran itu dihantar ke kebuk pembakaran dan pembakaran dapat dilakukan.

Memandangkan karburetor bergantung kepada aliran dan tekanan udara, ada beberapa situasi yang menyebabkan gangguan ke atas nisbah udara dan seterusnya menyebabkan pembakaran sempurna tidak dapat dilakukan, sekali gus enjin tidak dapat dihidupkan.

Salah satunya, cuaca sejuk, dan bagi penunggang Malaysia, kebiasaannya pada waktu awal pagi atau selepas hujan.

Ini kerana ketumpatan udara bergantung kepada suhu, dan pada waktu awal pagi atau selepas hujan, udara jadi lebih tumpat daripada kebiasaan.

Apabila udara lebih tumpat mengalir masuk ke karburetor, nisbah udara meningkat tetapi pada masa sama menyebabkan nisbah bahan api lebih berkurangan. Apabila ini berlaku, seperti dinyatakan tadi, enjin tidak dapat dihidupkan kerana kurang suapan bahan api.

YouTube player

Bagi mengatasi masalah ini, tuil choke digunakan bagi mencekik dan mengurangkan aliran udara, seterusnya membenarkan nisbah udara dan bahan api diseragamkan semula. Jadi, anda akan rasa motosikal lebih mudah dihidupkan apabila menarik tuil choke ketika menghidupkan enjin motosikal pada awal pagi.

Bagaimanapun, tidak semua tuil choke berfungsi dengan mencekik aliran udara. Sesetengah choke berfungsi dengan meningkatkan aliran bahan api ke dalam kebuk pembakaran.

Asasnya tetap sama, untuk melaras dan menstabilkan semula nisbah campuran udara dan bahan api bagi membenarkan pembakaran enjin sempurna dapat dilakukan.

BILA PERLU TUTUP CHOKE?

Contoh tuil choke pada motosikal ‘berkuasa tinggi’, Aprilia RS50

Paling penting sekali untuk anda tahu, tidak kira apa jenis choke yang motosikal anda ada, jangan lupa menutup semula injap choke selepas enjin kembali melahu seperti biasa atau sebelum memulakan perjalanan.

Membenarkan tuil choke berfungsi sepanjang masa akan menyebabkan enjin bekerja dalam keadaan rich (nisbah bahan api lebih tinggi) dan seterusnya berlaku keborosan minyak dan masalah mekanikal lain.

Melainkan harga minyak petrol 10 sen seliter, gunakan tuil choke apabila perlu saja. Faham?

BACA >>> #ApaNakBuat: Periksa 7 Perkara Ini Jika Motosikal Tidak Boleh Dihidupkan

angin apa fungsi choke autotainment bila perlu tutup choke carb carburetor choke lever Choke Motosikal how choke lever works karburetor mixture pembakaran petrol roda2 Roda4 tahukah anda
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
Aksesori

Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

16/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

16/03/2026
Roda2

KTNS Kembali Ke Malaysia Dengan TT-Classic 150, Harga Dari RM6,888

16/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.