Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Fungsi Pemanas Tayar? Kenapa Kerap Digunakan Pasukan Lumba?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Fungsi Pemanas Tayar? Kenapa Kerap Digunakan Pasukan Lumba?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI PADOK litar, kita selalu nampak setiap pasukan lumba akan membalut tayar motosikal masing-masing dengan pemanas tayar (tyre warmer). Tahukah anda itu bukan fabrik biasa kerana kesan panas yang dihasilkan adalah menggunakan tenaga elektrik menerusi filamen untuk memanaskan tayar berkenaan.

Supaya lebih mudah faham, anda cuma perlu bayangkan seterika, tetapi dengan suhu lebih rendah, iaitu sekitar 70-80ºC.

Asasnya, bahagian tayar yang terdiri daripada komponen getah, binaan karkas (lapisan dalaman tayar), rekaan bunga dan profil tayar, memiliki fungsi tersendiri dalam membantu prestasi memecut, membrek dan membelok di selekoh.

Namun, bahagian penting lain dalam persamaan traksi adalah suhu atau suhu getah tayar. Bagi mencapai tahap cengkaman maksimum atas permukaan trek, tayar perlu berada pada suhu kerja 70-80ºC.  Bagi mencapai tahap suhu begitu pula, masa pemanasan yang lama diperlukan, sedangkan pusingan tinjau (dipanggil sighting lap) cuma dibuat satu pusingan sahaja, dan begitu juga pusingan pemanasan (warm-up lap).

Inilah sebab kenapa tayar perlu dipanaskan secara manual menggunakan pemanas tayar bagi mendapatkan suhu kerja optimum

APAKAH 5 FUNGSI PEMANAS TAYAR?

Berikut lima fungsi pemanas tayar yang perlu anda tahu:

1.  Getah yang panas mampu mencengkam permukaan trek lebih baik. Ia bukan hanya meningkatkan pekali seretan (drag coefficient), tetapi kemampuan tayar untuk mengikut permukaan trek atau menyamakan kontur permukaan tayar dengan kontur permukaan trek. Ini biasa disebutkan sebagai ‘kunci mekanikal’ (mechanical lock).

2. Jika tayar tidak dipanaskan, tekanan tayar akan meningkat sekitar 20 peratus di trek (30-36psi), iaitu perbezaan besar dengan kenaikan suhu. Tekanan itu disebut sebagai ‘tekanan panas’.

Pemanas tayar akan membuatkan permukaan tayar dan karkas berada dalam julat suhu tepat (sama seperti dilihat di trek). Jadi pasukan dapat menetapkan tekanan angin lebih tepat seperti dimahukan. Tanpa pemanas tayar, pelumba memerlukan 6-8 pusingan litar untuk mencapai tekanan panas yang tepat.

BACA >>> #Videotomotif: Bos Kawasaki Indonesia Dedah Bunyi Ekzos Lumba Ninja ZX-25R

3. Penggunaan tayar sejuk dengan suhu 20-30ºC di trek akan meningkatkan suhu permukaan getah luar dalam beberapa pusingan. Namun, getah dengan kedalaman bawah 2-3mm belum cukup panas dan elastik. Ini menyebabkan getah luar yang mencengkam permukaan trek, dan lapisan getah di dalamnya akan terkoyak (siat, sagat).

Simptom ini disebut sebagai koyak sejuk (cold tear), lihat foto atas, yang menyebabkan kerosakan kekal pada tayar pada bahagian tidak diketahui. Pemanasan tayar dapat mengelak simptom tersebut.

4. Apabila tayar dipanaskan dan kemudian disejukkan, berlaku perubahan yang dapat dilihat, diukur dan dirasai. Ada situasi yang kita dapat melihat kehadiran kabus biru pada permukaan tayar. Ini berlaku disebabkan kehadiran semacam minyak yang muncul ke permukaan dan berlaku pengoksidaan.

Kes lain pula, kita dapat mengesan kehadiran kabus kelabu yang lebih kering daripada kabus biru mengikut material tayar. Situasi tayar panas ke dingin dapat mengurangkan daya cengkaman, mengeraskan getah dan mengurangkan kelebihan.

Jadi pemanas tayar dapat membuatkan tayar kekal panas untuk jangka masa lebih lama, termasuk mengurangkan jumlah kitaran panas ke atas tayar. Ini dapat memanjangkan tempoh masa daya cengkaman tayar.

5. Penggunaan tayar bersuhu 20-30ºC yang ditingkatkan kepada tahap suhu perlumbaan trek mungkin mengambil masa 3-6 minit mengikut jentera, karakter trek dan penunggang. Namun angka ini masih sangat cepat untuk pemanasan idel bagi tayar.

Contohnya, suhu pagi 27ºC, penunggang boleh mencapai suhu optimum tayar untuk berlumba dengan 4 pusingan yang mengambil masa 6-8 minit. Peningkatan suhu getah 30-40ºC dalam masa sangat singkat  boleh menyebabkan kejutan panas (heat shock) pada getah tayar.

Tayar dengan komponen lumba biasanya memiliki beberapa bahan kimia dinamakan ‘aktivator’. Bahan ini mula bergerak apabila getah memanas. Memanaskan tayar dengan cepat sebenarnya akan menghabiskan atau membuang beberapa bahan kimia tersebut hingga tayar kehilangan cengkaman lebih cepat berbanding dipanaskan secara perlahan menggunakan pemanas tayar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

SUMBER: TMCblog

aksesori autotainment Gajet Jenis tayar pemanas tayar tahukah anda TahukahAnda Tayar tayar motor Tyre Warmer
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Aksesori

    TuneBoss Perkenal ECU Untuk Honda NSS 250

    24/04/2026
    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.