Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apakah Beza Pasukan Factory dan Satelit dalam MotoGP?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apakah Beza Pasukan Factory dan Satelit dalam MotoGP?

AryonBy Aryon30/11/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOGP
secara umum menggunakan motosikal prototaip yang dibina secara buatan tangan dengan kos yang boleh mencecah jutaan dolar. Jadi, janganlah terkejut kenapa jentera RC16 milik Red Bull KTM Factory Racing yang mahu dijual baru-baru ini boleh berharga lebih RM1 juta.

Perbezaan besar siri superbike, supersport atau kapcai, tidak kira sama ada kejuaraan tempatan atau dunia, ialah jentera lumba yang digunakan dibikin berasaskan motosikal pengeluaran. Motosikal pengeluaran itu pula berasal daripada model standard yang boleh dibeli di pengedar tempatan untuk dibawa pulang dan diubah suai sebelum dibawa turun berlumba.

BACA >>> KTM Mahu Jual 2 Jentera Lumba MotoGP – RC16, Harga RM1.19 Juta Sahaja!

Sebaliknya, jentera MotoGP tidak dapat dibeli di mana-mana bilik pameran, melainkan pasukan atau pengeluar itu mahu menjualnya, seperti dilakukan KTM. Itupun tidak sah ditunggang atas jalan, melainkan tidak kisah dicekup pak polis.

JENTERA FACTORY PALING BERKUASA?


Jentera pengilang (factory) dalam MotoGP ialah motosikal paling premier atau aras tinggi, yang dibina dan dibangunkan dengan mendapat sokongan secara langsung daripada pasukan factory itu sendiri. Jadi, semestinya teknologi yang digunapakai ialah paling terkini, paling berkuasa dan paling unggul.

Jentera satelit pun asalnya daripada jentera factory juga, tetapi dipajakkan atau disewakan (bukan jual) kepada pasukan lain secara kontrak dengan sokongan minimal. Jentera satelit itu mungkin memiliki spesifikasi sama seperti jentera factory penuh, tetapi tidak dikemas kini mengikut musim perlumbaan. Kalau adapun, cuma kemas kini minimum. Dalam kes tertentu, jentera itu mungkin versi lama yang digunakan musim perlumbaan terdahulu. Terpulang kepada perjanjian.

Pasukan factory biasanya menampilkan pelumba terbaik dan berpengalaman sama ada dibeli daripada pasukan lain, atau pelumba itu bebas kontrak, ataupun memilih pelumba yang direkrut naik daripada pasukan satelit sendiri, atau pasukan satelit lain.

Pasukan satelit pula biasanya menjadi destinasi buat pelumba rookie yang direkrut daripada kejuaraan kelas bawah, biasanya Moto2, tidak kisah sama ada dia seorang juara atau tidak, terpulang kepada penilaian pasukan.

Sebagai contoh, Franco Morbidelli yang menyertai pasukan satelit Honda (EG 0,0 Marc VDS) ialah juara Moto2 2017, manakala pelumba negara, Hafizh Syahrin juga daripada kelas Moto2 tahun sama, tetapi di ranking ke-10.

Ya, untuk menjadi pelumba MotoGP, tidak semestinya pelumba itu mesti jadi juara, atau berada dalam kelompok 5 pelumba atasan Moto2. Kadangkala tuah memainkan peranan. Namun, Moto2 ialah seakan kelas perlumbaan wajib bagi rookie MotoGP. Tidak pernah lagi berlaku pelumba Cub Prix direkrut naik ke MotoGP.

BACA >>> Adinda Marquez Lakar Sejarah – Juara MotoGP Pertama Tercabut Bahu!

Mengenai jentera pula, sekarang kita ambil contoh jentera pasukan Yamaha sebagai rujukan kes perbandingan factory lawan satelit. Dalam aksi MotoGP 2018 lalu, Yamaha menampilkan 2 pasukan MotoGP, iaitu:

  • Movistar Yamaha MotoGP (factory) – Valentino Rossi, Maverick Vinales
  • Monster Yamaha Tech3 (satelit) – Johann Zarco, Hafizh Syahrin

Jentera digunakan pasukan factory (Movistar Yamaha MotoGP) ialah YZR-M1, manakala pasukan satelit (Monster Yamaha Tech3) pun menggunakan jentera sama, YZR-M1. Tetapi apa bezanya? Lihat ringkasan bergambar di bawah:

* Penilaian jentera dibuat berasaskan sesi ujian MotoGP 2018 di Qatar.

Hafizh mendapat pakej YZR-M1 ‘standard’ versi 2016. Ciri standard dapat dilihat pada pelana yang sedikit terpotong. Perubahan kecil ialah pada bahagian fairing Duckbill 2017. Bahagian ini mengurangkan kelajuan maksimum, tetapi stabil di sektor tertentu.
Swingarm digunakan Rossi asalnya dibuat untuk pelumba itu, tetapi maklumat komponen ditiru Vinales. Bagi sektor fork depan, Vinales menggunakan fork aluminium dan tiada winglet. Sensor tork hanya digunakan ketika ujian saja. Swingarm Vinales nampak seperti normal, tidak seperti jentera Rossi. Aerodinamik ekor pula daripada versi 2017, sama seperti Rossi.

SUMBER: RiderTua

Hafizh Syahrin Johann Zarco Maverick Viñales MotoGP Pasukan Factory Pasukan Pengilang Pasukan Satelit Pescao 55 roda2 sukan permotoran tahukah anda Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard dan Vellfire 2026 diperkenal di Jepun, Gaya Sama, Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Lancar UCar-e, Aplikasi Sewa Kereta Dalam Kampus untuk Pelajar, Kakitangan Universiti

    03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026

    1 Comment

    1. rumahgaming on 21/08/2019 01:15

      Salute dengan valentino rossi yang saat ini masih terus berjuang meraih kemenangan di pondium. bersaing dengan pembalap muda

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard dan Vellfire 2026 diperkenal di Jepun, Gaya Sama, Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.