Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In (PHV) dan Kereta Elektrik (EV)?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In (PHV) dan Kereta Elektrik (EV)?

Han OthmanBy Han Othman07/09/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH perbezaan antara kereta hibrid (hybrid), kereta hibrid plug-in (plug-in hybrid, PHV) dan kereta elektrik (electric vehicles, EV)?

MARI kita mulakan dengan kereta Hibrid dulu, iaitu kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman untuk memacu generator elektrik yang akan menjana motor elektrik. Enjin pembakaran dalaman yang digunakan pula boleh jadi versi petrol atau diesel.

Motor petrol kebiasaannya menjadi sumber tenaga utama dalam kereta hibrid, manakala motor elektrik sebagai tenaga tambahan. Namun, ada sesetengah kereta hibrid dipacukan ‘dua enjin’ (pembakaran dalaman dan motor elektrik) serentak.

Hibrid Plug-In (PHV) pula ialah kenderaan yang digerakkan motor petrol, motor elektrik, atau kedua-duanya, dan pek bateri lebih berkuasa yang membolehkan kereta hibrid itu dipandu lebih 30km menggunakan kuasa elektrik bateri secara tunggal. Perincian lanjut akan dijelaskan dalam artikel di bawah.

BACA >>> Anugerah What Car? – Hyundai Ioniq, Kereta Hibrid Terbaik UK 2017

Kereta Elektrik (EV) pula seperti namanya, iaitu langsung tidak mempunyai enjin petrol atau diesel, tetapi digerakkan sepenuhnya menggunakan motor elektrik sebagai kuasa utama daripada pek bateri boleh cas dan mampu dipandu hingga 400km dan lebih.

Sekarang mari kita ketahui lebih mendalam tentang ketiga-tiga istilah tersebut:

PERBEZAAN JENIS HIBRID

Volvo XC90 T8 PHEV
Toyota Prius (2016)
Toyota Prius PHV

Toyota melancarkan Prius pada 1997 yang menjadi pencetus kepada revolusi kereta hibrid dunia. Prius juga model hibrid pertama yang diperkenalkan di Malaysia, iaitu pada 2011, sebelum disusuli Honda menerusi model Insight, juga pada tahun sama.

Hibrid ialah kenderaan yang dipacukan dua atau lebih sumber kuasa. Dalam konteks artikel ini, hibrid merujuk kepada kenderaan berenjin petrol (pembakaran dalaman) dan satu motor elektrik dengan pek bateri sokongan. Jenis kereta hibrid paling banyak digunakan ialah hibrid penuh, iaitu enjin petrol memberikan 99 peratus tenaga pacuan dalam 99 peratus situasi.

Motor elektrik dan pek bateri kapasiti rendah dalam kereta Hibrid cuma sekadar sokongan dan hanya mampu menggerakkan kereta lebih kurang 1-2km perjalanan. Kereta Hibrid lebih cenderung menawarkan penjimatan dalam situasi lalu lintas henti-mula, termasuk kesenyapan enjin.

BACA >>> #Videotomotif: Pemandu Tesla Salahkan Brek Automatik Punca Rempuh Barel Jalan

Sistem hibrid plug-in pada Toyota Prius PHV.

Setahap di atas kereta Hibrid ialah Hibrid Plug-In (PHV) dengan kapasiti pek bateri lebih besar yang menawarkan jarak pemanduan lebih jauh menggunakan kuasa bateri tunggal. Dalam situasi ini, motor petrol boleh berfungsi sebagai generator untuk mengekalkan kuasa bateri elektrik. Kereta PHV juga boleh dipandu menggunakan kuasa petrol sepenuhnya, manakala pek bateri boleh dipasang masuk untuk dicas.

Hibrid Paralel atau selari pula ialah motor elektrik yang bertindak sebagai tenaga tambahan untuk motor petrol. Tiada enjin yang bekerja secara berasingan. Dalam situasi ini, motor elektrik biasanya bersaiz kecil bagi memberikan ruang kepada enjin kecil digunakan untuk penjimatan bahan api.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang Enjin Pembakaran Dalaman yang Perlu Anda Tahu

Terdapat juga siri hibrid yang mana motor elektrik melakukan semua kerja pemanduan, manakala enjin petrol beraksi sebagai generator untuk mengekalkan kuasa bateri.

Akhir sekali ialah Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) yang merupakan evolusi hibrid daripada PHV. PHEV membenarkan bateri dicas menggunakan soket rumah, juga boleh dipandu sebagai kenderaan petrol, EV (bergantung kepada kapasiti pek bateri) atau sebagai EV dengan enjin petrol dan brek regeneratif berfungsi mengekalkan kuasa bateri.

Dalam situasi masa kini, PHEV adalah jenis famili hibrid paling praktikal yang boleh beroperasi sebagai EV dengan menawarkan penjimatan bahan api efisien, termasuk mengurangkan emisi. Kebanyakan PHEV mampu dipandu sejauh 100km menggunakan kuasa bateri.

BAGAIMANAKAH MENGECAS BATERI?

BMW 530e Sport

Bergantung kepada jenis kereta hibrid yang anda miliki. Dengan PHEV, anda boleh terus mengecas bateri menggunakan soket elektrik standard seperti di rumah yang mengambil masa beberapa jam. Dan bergantung juga kepada masa mengecas, kos isian semula itu adalah serendah 25 sen (mengikut caj elektrik Australia). PHEV juga membolehkan enjin petrol berfungsi sebagai generator untuk bergabung dengan brek generatif, dan mengecas pek bateri.

BACA >>> Volvo Rancang Perkenal V40 Versi EV dan Hibrid dengan Dua Varian Bateri

Kereta hibrid standard cuma ada jarak pemanduan elektrik tunggal yang pendek dan tiada opsyen mengecas menggunakan plag. Ini bermakna bateri bergantung sepenuhnya kepada motor petrol sebagai generator, atau menerusi brek regeneratif untuk mengecas tenaga elektrik pada pek bateri.

APAKAH BREK REGENERATIF?

Brek regeneratif atau generative braking adalah tenaga daripada brek yang dikumpul dan ditukarkan kepada elektrik untuk mengecas semula bateri. Metod ini beroperasi setiap kali pemandu menekan brek atau mengangkat kaki daripada pedal pendikit.

BERAPAKAH LAMA BATERI HIBRID BERAKHIR?

Pengeluar secara am menawarkan kereta hibrid dengan jangka hayat sekitar 11 tahun tanpa had perbatuan.

ADAKAH HIBRID BETUL-BETUL BERMANFAAT?


Sebenarnya kenyataan begini cukup hangat diperdebatkan di forum-forum Internet, termasuk di kedai kopi. Jika memandu hibrid standard dan PHV (bukan PHEV) anda memang dapat menjimatkan kos bahan api jika dibandingkan kereta konvensional (enjin pembakaran dalaman) berkapasiti sama.

Kereta hibrid juga memiliki kesenyapan enjin yang membolehkan anda keluar-masuk rumah tanpa mengejutkan sesiapa pada tengah malam atau awal pagi. Kelebihan PHEV pula adalah dari segi praktikaliti dengan menawarkan jarak pemanduan dunia sebenar yang tiada pada kereta hibrid standard. PHEV boleh pergi lebih jauh dengan kuasa bateri tunggal.

Secara asasnya, tiada perbezaan ketara antara kereta hibrid dan EV tulen, terutama dari segi kesenyapan enjin dan fungsi enjin menggunakan tenaga elektrik daripada pek bateri. Apa yang berbeza adalah aspek alam sekitar. Kereta hibrid tetap menghasilkan emisi kerana masih menggunakan enjin pembakaran dalaman. Hibrid standard masih memerlukan isian bahan api seperti petrol atau diesel untuk beroperasi.

BAVA >>> Volvo XC90 (2018) Amerika Kini Standard 7-Tempat Duduk, Kekal Harga Lama!

Kereta PHEV adalah alternatif terbaik untuk hibrid buat mereka yang masih dalam dilema mahu memiliki EV. Sekurang-kuranganya PHEV masih dimuatkan enjin pembakaran dalaman yang dikuasakan petrol atau diesel. PHEV mampu menawarkan fungsi tenaga EV pada jarak memuaskan, termasuk memberikan pengalaman mengecas pek bateri yang sama seperti EV tulen.

Namun, dilema EV dan hibrid/PHEV tidak berlaku di Malaysia model EV masih tidak sepopular kereta hibrid. Tetapi pemilikan hibrid mencatatkan peningkatan saban tahun yang menandakan kereta jenis itu semakin diterima rakyat negara ini.

autotainment enjin pembakaran dalaman EV HV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik hibrid plug-in (PHEV) kereta hibrid kereta hibrid (HV) kereta hibrid plug-in kereta hibrid plug-in (PHV) PHEV PHV Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

23/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.