• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volvo XC90 (2018) Amerika Kini Standard 7-Tempat Duduk, Kekal Harga Lama!

Volvo XC90 (2018) Amerika Kini Standard 7-Tempat Duduk, Kekal Harga Lama!

December 15, 2017 By Azhan O 2 Comments

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLVO Amerika Syarikat (AS) melakukan beberapa perubahan minor kepada XC90 untuk 2018 yang mana kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu kini dilengkapi tiga barisan tempat duduk tanpa sebarang kenaikan kos!

Kerusi tambahan di bahagian but kini menjadi spesifikasi standard walaupun untuk trim T5 paling basis, lapor CarsDirect dan disahkan menerusi laman konfigurator online Volvo AS. Perubahan tersebut memberikan lebih kelebihan kepada SUV Sweden itu untuk bersaing dengan BMW X5 yang menawarkan kerusi barisan ketiga sebagai opsyen.

volvo-xc90-2018-kerusi-ekstra-2
volvo-xc90-2018-kerusi-ekstra-1
volvo-xc90-2018-kerusi-ekstra-5
volvo-xc90-2018-kerusi-ekstra-4
volvo-xc90-2018-kerusi-ekstra-3

Kerusi tambahan XC90 itu juga boleh dilipat rata. Ini bermakna semua versi XC90 (2018) mempunyai ruang kargo maksimum 2,427 liter jika dua baris kerusi dilipat, 1,184 liter jika kerusi baris kedua dinaikkan, dan 447 liter jika semua kerusi dinaikkan.

BACA >>> Volvo XC90 T8 Versi CKD - Harga RM403,888

Volvo XC90 dijual pada harga bermula AS$46,900 (RM191,420) untuk varian T5 Momentum, dan AS$54,050 (RM220,603) (T6), manakala versi R-Design dan Inscription masing-masing berharga AS$52,300 (RM213,460) dan AS$59,150 (RM241,418).

Bagi barisan premium Excellence, harga yang perlu dibayar ialah AS$104,900 (RM428,145), tetapi dengan model 2017 yang masih berbaki, pembeli berpeluang menikmati diskaun hingga AS$20,000 (RM81,629) sebagai tambahan kepada bonus sedia ada bernilai A$3,500 (RM14,285). Malah, sesetengah pengedar turut menawarkan diskaun sendiri.

XC90 MALAYSIA

Volvo XC90 T8
Sementara itu, model XC90 di Malaysia pula didatangkan dalam varian T8 sahaja (paling premium). Model versi import (CBU) sudah diperkenalkan sejak penghujung tahun lalu, manakala pemasangan tempatan (CKD) pada Jun lalu. Kedua-duanya menampilkan 7 kerusi dengan tiga baris tempat duduk. Jauh lebih awal daripada AS! Malaysia boleh!

GALERI

Artikel Berkaitan

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amerik Syarikat, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Volvo, Volvo Amerika, Volvo XC90 (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my