• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volvo XC90 T8 Versi CKD - Harga RM403,888

Volvo XC90 T8 Versi CKD - Harga RM403,888

June 8, 2016 By Abang GYL 2 Comments

13
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Volvo XC90 T8VOLVO XC90 T8 versi diimport sepenuhnya (CBU) mula memasuki pasaran tempatan pada penghujung tahun lalu.

Tanpa mengambil masa panjang, Volvo Car Malaysia (VCM) kini memperkenalkan Volvo XC90 T8 versi pemasangan tempatan (CKD) yang dijual pada harga jauh lebih murah.

Biarpun harga jualan menurun sebanyak RM50,000 berbanding versi CKD, namun aksesori mahupun ciri ditawarkan masih kekal sama.

HARGA:(Atas jalan tanpa insurans)

  • Volvo XC90 T8 CBU - RM453,888
  • Volvo XC90 T8 CKD - RM403,888

JAMINAN:

  • 5 tahun tanpa had perbatuan bersama bantuan tepi jalan Volvo percuma selama lima tahun.

Volvo XC90 T85 WARNA PILIHAN:

Jika Volvo XC90 T8 CBU mempunyai 11 pilihan warna, tetapi bagi versi CKD dari kilang Volvo di Shah Alam, Selangor itu hanya ditawarkan dengan lima pilihan. Antaranya;

  • Ice White (Putih)
  • Onyx Black (Hitam)
  • Saville Grey (Kelabu)
  • Twilight Bronze (Gangsa)
  • Bright Silver (Perak)

Volvo XC90 T8PRESTASI:

Dari aspek prestasi, model SUV Plug-in Hybrid ini didatangkan dengan enjin 2.0L T8 Twin Engine 4-silinder transmisi automatik 8-kelajuan. Dengan bantuan pengecas turbo Drive-E dan motor elektrik, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 407hp dan tork puncak 640Nm.

Dari sifar hingga 100kmj, Volvo XC90 T8 mampu melakukan sepantas 5.6 saat dengan kelajuan maksimum 230kmj.

Model SUV dengan fungsi pacuan elektrik sepenuhnya mampu bergerak sejauh 43km dengan satu isian bateri penuh. Dalam erti lain, pergerakan 43km ini akan menggunakan kuasa elektrik tanpa melibatkan petrol.

Apabila bateri habis, ia akan kembali menggunakan kuasa enjin seperti biasa. Bateri pula akan dicaj semual apabila kenderaan bergerak atau boleh caj menggunakan soket biasa di rumah.

Volvo XC90 T8LUARAN:

Bahagian hadapan sememangnya awesome! Ia tampak menarik dan maskulin. Ruangan hadapan ditampilkan dengan lampu nyalaan siang 'Thor's Hammer' LED yang menjadi signatur Volvo.

Lebih tampak garang, ruangan roda dipadankan dengan rim bersaiz 20-inci bersama tayar 275/45.

Volvo XC90 T8DALAMAN:

Begitu juga ruangan kabin yang hadir dengan kualiti premium.  SUV dengan tujuh tempat duduk itu mementingkan aspek ketelitian dan kehalusan pemasangan.

Kemewahan juga terasa sebaik saja anda memasuki ruang kabin. Antara ciri yang ada pada XC90 adalah skrin sesentuh 9-inci, panel instrumen Paparan Digital Adaptif, sistem audio dengan 10 pembesar suara, butang penghidup enjin dan banyak lagi.

Volvo XC90 T8
Volvo XC90 T8
Volvo XC90 T8
Volvo XC90 T8

CIRI KESELAMATAN:

Umum ketahui, kenderaan Volvo cukup mementingkan aspek keselamatan. Untuk itu, Volvo XC90 T8 didatangkan dengan tujuh beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Elektronik (EBA), Bantuan Daki-Mula, Kawalan Kelajuan Adaptif (Adaptive Cruise Control), Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Penukaran Lorong dan Kawalan Stabiliti Olengan.

Related

13
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: SUV, Volvo, Volvo Car Malaysia, Volvo XC90 T8, Volvo XC90 T8 CBU, Volvo XC90 T8 CKD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev