Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Alcantara? Apakah Kelebihan, Kekurangan Material Ini
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Alcantara? Apakah Kelebihan, Kekurangan Material Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAK dan rasa macam sued, tetapi Alcantara ialah  tekstil sintetik yang dibuat daripada campuran poliester dan poliuretana.

Ini ialah bahan yang diletakkan cap dagang dan sebab itu huruf pertama perkataan itu menggunakan huruf besar. Material itu dibangunkan seorang ahli kimia Jepun sejak 1970-an dan dihasilkan syarikat Alcantara di Itali.

Ada beberapa material fabrik hampir sama dengan Alcantara, tetapi menggunakan nama lain pernah dihasilkan syarikat lain. Ini termasuk UltraSuede atau MicroSuede.

Kedua-duanya boleh dijadikan bahan perbandingan tetapi Alcantara berjaya memberi suatu impak terhadap industri automotif. Malah nama Alcantara itu sudah menjadi sinonim dengan tekstil sintetik mikrofiber seakan sued.

Alcantara Dalam Kabin Kereta

Lazimnya, Alcantara digunakan untuk membalut stereng roda kereta lumba dan tombol gear. Ada juga sebilangan kereta berpenumpang menggunakan material Alcantara.

Material itu boleh dipasang di tempat duduk, papan pemuka, perehat tangan, pintu, bahagian luaran ruang transmisi, visor matahari dan bumbung kenderaan.

Kereta Fiat X1/9 ialah kenderaan pertama dihasilkan pada skala besar-besaran massa dengan material Alcantara.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Selenggara Tali Keledar Kereta Anda?

KELEBIHAN ALCANTARA

  • Alcantara menawarkan kadar grip lebih baik berbanding kulit biasa atau material plastik biasa. Ini sebabnya material itu banyak digunakan untuk balutan roda stereng dan tombol gear kereta lumba.
  • Ini memberi manfaat utama khususnya dalam cuaca atau suasana panas, berpeluh dan kabin kereta berlumur minyak.
  • Alcantara hadir dalam keadaan rona kusam (matte) dan tidak memantul semula cahaya matahari ke cermin depan atau mata pemandu.
  • Alcantara boleh dijadikan bahan kalis api dan lebih ringan tetapi tahan lebih lasak berbanding kulit sued.
  • Tiada kaitan dengan haiwan dalam proses penghasilan material tersebut.
  • Teksturnya lembut dan Alcantara dilihat sebagai suatu produk premium.

KEKURANGAN ALCANTARA

  • Kesan haus atau pudar pada permukaan Alcantara boleh dilihat dengan jelas khususnya di bahagian yang paling banyak dipegang/sentuh.
  • Alcantara pada awalnya menawarkan rasa lembut dan permukaan gebu yang dipanggil nap. Semakin lama usianya, Alcantara akan hilang dua sifat tersebut.
  • Alcantara yang dimaksimumkan penggunaan akan berubah paparan visual permukaan menjadi kurang menarik, menjadi lebih keras, kesat dan bergris. Ini kerana Alcantara menyerap minyak dari tangan dan kotoran daripada pakaian pemandu.
  • Anda perlu kerap membersihkan Alcantara untuk mengurangkan atau mencegah masalah ini daripada berlaku.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Cuci Stereng Kereta Ikut Jenis Material

ALCANTARA vs FABRIK KERETA LAIN

Alcantara tahan lebih lasak dan memiliki rintangan kelembapan lebih tinggi berbanding sued, menawarkan grip lebih baik berbanding material kulit konvensional atau fabrik tradisional.

Bagaimanapun, Alcantara bukannya suatu material keras sekuat kulit konvensional atau fabrik dan memerlukan lebih banyak kerja-kerja pembersihan.

Material Alcantara biasanya ditawarkan sebagai opsyen dengan tambahan kos atau hanya pada varian kereta lebih perdana.

Harga Alcantara berbeza mengikut kereta tapi harganya sama seperti material kulit iaitu antara £1,000 hingga £3,000 (RM5,490 hingga RM16,470).

KERETA APA GUNA MATERIAL ALCANTARA

Alcantara digunakan untuk kebanyakan kereta sport berharga tinggi tetapi kos material itu sudah turun secara mendadak sejak beberapa tahun lalu. Alcantara kini boleh ditemui dalam kereta mainstream.

Sebahagian besar pengeluar menggunakan Alcantara dalam ruang dalaman model kereta sport. Ada juga pengeluar mengenakan material iut pada model bukan sport tetapi berprestasi tinggi kerana Alcantara nampak lebih mahal berbanding kain biasa.

Pengeluar lain pula menggunakan material seakan sama dengan Alcantara tetapi bukan Alcantara. Contohnya, Porsche menggunakan suatu material dipanggil Race-Tex (foto atas).

5 SOAL JAWAB TENTANG ALCANTARA

Cara Cuci Alcantara

Sebelum membersihkan Alcantara, anda disaran merujuk buku panduan atau manual kereta. Selepas itu, anda tidak dinasihatkan menggunakan bahan pencuci kimia kuat atau berus kasar.

Mulakan dengan menggosok material dengan air dan kain mikrofiber. Jika kotoran masih degil, gunakan bahan pencuci khas upholistri yang sesuai untuk Alcantara.

Mahal ke Alcantara?

Alcantara adalah lebih mahal berbanding fabrik biasa dan harganya setanding kulit sebagai material kenderaan.

Alcantara Kalis Air?

Alcantara adalah material rintangan air  dan tidak akan memiliki kesan air. Bagaimanapun, Alcantara meresap minyak dari tangan dan kotoran daripada pakaian anda. Ini akan meninggalkan kesan pada material tersebut.

Alcantara Diperbuat Dari Apa?

Alcantara terhasil daripada kombinasi 68 peratus poliester dan 32 peratus poliuretana. Bahan sintetik ini kemudian menjalani beberapa proses sebelum menjadi Alcantara.

ALCANTARA PRODUK VEGAN?

Ya, Alcantara adalah tekstil sintetik dan tidak menggunakan sebarang produk berasaskan haiwan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apa Jadi Kalau Malas Cuci Motor Selepas Hujan
BACA >>> #TahukahAnda: Adakah Selamat Tidur dalam Kereta?
BACA >>> Kajian: Pemandu Eropah Habiskan Lebih 3 Jam Setahun Cuci Ais Beku Atas Kereta

SUMBER: CarWow

aksesori Ironman 4x4 Alcantara autotainmen Fabrik Kenderaan material kereta Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.