Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 8 Tip Penjagaan Motosikal Kekal Tip-Top dengan PETRONAS Sprinta!
Autotainment

#TahukahAnda: 8 Tip Penjagaan Motosikal Kekal Tip-Top dengan PETRONAS Sprinta!

AryonBy Aryon22/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENYENGGARAAN ialah asas penjagaan motosikal yang sangat penting dan sering diambil mudah pemilik. Ada yang langsung tidak peduli tentang tempoh servis berkala dan tidak kisah tentang pemeriksaan motosikal sampai kepada tahap asalkan boleh jalan.

Sama seperti kenderaan bermotor lain, motosikal juga perlu  disenggara. Bukannya payah pun, jika anda amalkan tip mudah di bawah ini, anda bukan  saja mampu menjimatkan masa atas jalan, tetapi juga  mengurangkan risiko motosikal rosak tiba-tiba.

Jadi, lakukan 8 tip mudah senggara motosikal ini supaya kenderaan anda dapat berkhidmat lama dengan memberikan prestasi optimum sepanjang masa.

BACA >>> PETRONAS Sprinta Beri Impak Besar Terhadap Quartararo Sebagai Rookie Terbaik

1. PERIKSA TEKANAN ANGIN TAYAR

Tayar motosikal penting untuk memastikan anda dan pembonceng selamat. Tekanan angin tayar motosikal yang mencukupi mempengaruhi prestasi pengendalian, brek dan pecutan motosikal. Sebaliknya tayar yang kurang angin memberikan impak besar terhadap keselamatan tunggangan.

Amalkan memeriksa tekanan angin, dan kondisi tayar setiap seminggu sekali atau sebelum menunggang. Periksa tanda kerosakan, lusuh, pecah, rekah dan retak. Minimum ketebalan bunga tayar bagi motosikal 50cc ialah 1mm. Tekanan angin untuk tayar pula boleh dibaca dalam buku manual.

2. PASTIKAN ENJIN SEJUK

Bagi motosikal yang menggunakan sistem penyejukan khas, bahan penyejuk atau coolant perlu diperiksa dan diganti baharu bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat motosikal. Buku manual ada menyarankan jenis bahan penyejuk yang boleh digunakan, bergantung perbatuan dan variasi suhu.

Pastikan enjin tidak panas sebelum menambah coolant untuk elak berlaku keretakan akibat perubahan suhu mendadak. Sekiranya enjin terlalu panas, anda berisiko tercedera. Jadi, gantikan cecair penyejuk sebelum memulakan perjalanan atau tunggu hingga enjin sejuk.

3. MINYAKKAN RANTAI KETIKA MASIH PANAS

Pastikan rantai berada pada tahap kendur yang betul (sekitar 1 inci setiap rantai). Rantai terlalu tegang boleh menyebabkan kerosakan ke atas roda dan bering kotak gear. Tambah pelincir atau minyak rantai sebaik saja pulang berkonvoi ketika motor masih panas supaya boleh diserap rantai ketika enjin sejuk.

Jangan juga lupa bersihkan rantai setiap kali menukar (salin) minyak. Maksudnya, selepas rantai dicuci dan disapu minyak baharu.

4. PASTIKAN LAMPU BERFUNGSI BAIK

Kerap memeriksa lampu ialah amalan yang sangat bagus demi keselamatan penunggang. Jika lampu rosak atau pecah, itu bermakna motosikal anda berbahaya ditunggang dan berisiko tinggi ditahan polis. Walaupun mentol dalam keadaan baik, tetapi perumah lampu mungkin terkumpul debu dan kotoran. Pastikan dicuci atau dilap sekerap mungkin.

Pastikan  semua lampu menyala dengan elok, terutama lampu belakang yang terdiri daripada lampu belakang, lampu brek dan lampu signal belok. Boleh periksa menggunakan kaedah reflek tangan sepert mana diajar di sekolah memandu.

5. PERIKSA, SERVIS BATERI

Bagi mengelak sebarang masalah atau kegagalan kuasa, periksa bateri sebulan sekali. Bersihkan terminal dengan berus dawai dan pencuci khas untuk mengelak kakisan berlaku. Jika mahu bajet, boleh saja cuci gunakan soda bikarbonat atau minuman Coca-Cola, tetapi pastikan dibilas sebersihnya. Elakkan bahan kimia kuat.

Pastikan penutup lubang isi air bateri ketat supaya tidak dimasuki bahan cuci. Selepas benar-benar kering, boleh semburkan bahan anti-karat pada terminal untuk elak pembentukan kakisan. Kerap menunggang jarak dekat dan sekali sekala bergerak jauh ialah cara terbaik memastikan bateri motosikal dicas baik.

6. TUKAR PENAPIS UDARA

Penapis udara (air filter) yang tidak pernah ditukar atau diservis boleh menjejaskan prestasi enjin. Kotoran dan bendasing yang terkumpul lama boleh menyebabkan pembakaran enjin kurang optimum. Enjin motosikal anda akan jadi semput, sebu dan sukar hendak dihidupkan serta boleh mati tiba-tiba. Lebih teruk, merosakkan komponen dalaman enjin!

Servis penapis udara setiap kali menukar minyak enjin atau tukar bila kondisi sudah terlalu kotor dan uzur.

Jangan keliru pula dengan penapis minyak (oil filter). Penapis yang satu ini memang mesti tukar setiap kali tukar minyak enjin.

7. PERIKSA BREK

Ini penyelenggaraan penting yang perlu diperhatikan selalu. Brek yang berfungsi baik mampu menjamin keselamatan penunggang. Jika motosikal anda menggunakan brek cakera, sila periksa ketebalan pad brek, dan tukar baharu apabila nampak nipis. Begitu juga brek dram. Boleh juga tukarkan apabila tunggangan mencapai perbatuan 30,000km, atau minta nasihat mekanik.

8. GUNA MINYAK ENJIN PETRONAS SPRINTA

Ini yang paling penting. Tak guna buat semua tip di atas kalau terlupa atau buat tidak peduli saja pasal minyak enjin. Tukarlah minyak enjin, termasuk penapis minyak sekali, mengikut gred minyak enjin yang disarankan pengeluar motosikal anda. Lagi cantik kalau pilih minyak enjin PETRONAS Sprinta F900 dan F700 baharu yang setiap satu terbahagi kepada dua gred:

  • Sprinta F900 10W-40 – untuk prestasi optimum motosikal berkuasa tinggi
  • Sprinta F900 10W-50 – untuk prestasi optimum motosikal lumba
  • Sprinta F700 10W-40 – untuk tunggangan hebat dan jangka hayat lebih lama
  • Sprinta F700 15W-50 – untuk tunggangan hebat dan jangka hayat lebih lama
Quartararo, Valencia MotoGP 2019

Apa yang bagus sangat PETRONAS Sprinta ni?

  • Mudah Dicari – Boleh dikatakan banyak bengkel motosikal ada minyak enjin PETRONAS Sprinta. Produk ini pun senang dicari dan dibeli di mana-mana stesen minyak PETRONAS terdekat.
  • Teknologi Ultraflex™ – Minyak enjin motosikal PETRONAS Sprinta diformulasikan daripada pengalaman pembabitan dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, mampu melindungi komponen penting motosikal seperti enjin, klac dan gear.
  • Lindungi Komponen Kritikal Motosikal – Walaupun menunggang dalam rpm tinggi, PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex™ mampu mengekalkan kekuatan filem, kestabilan dan kelikatan minyak untuk melindungi komponen kritikal enjin daripada suhu dan tekanan tinggi.
  • Pelbagai Gred – PETRONAS Sprinta menawarkan pelbagai gred minyak enjin untuk dipilih mengikut jenis motosikal dan bajet pengguna seperti Mineral, Semi-Sintetik dan Sintetik Penuh. Harga bermula serendah RM15 hingga RM67 sebotol.
Auto Terkini autotainment Petronas Petronas Sprinta roda2 tip motosikal Tip Penyenggaraan Motosikal
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.