• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 6 Perkara Tentang 'ECU Tuning' Motosikal yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: 6 Perkara Tentang 'ECU Tuning' Motosikal yang Perlu Anda Tahu

January 27, 2018 By ZY 17 Comments

7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM artikel sebelum ini kami ada kongsikan tentang cara menentukan had rev selamat kepada mereka yang mahu menaik taraf prestasi enjin menggunakan unit kawalan elektronik (ECU) aftermarket ataupun ECU asal aka 'lobos'.

Namun, itu semua cuma sebahagian proses talaan ECU. Mungkin ada pembaca tertanya apakah faedah menaik taraf ECU aftermarket? Jadi artikel kali ini akan menjelaskan pula sedikit sebanyak tentang talaan ECU atau istilah popular - ECU Tuning. 

BACA >>> 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

* Entri selepas ini akan dirujuk sebagai 'ECU Tuning'.

1. APAKAH 'ECU TUNING'?

ECU tuning asasnya bermakna, menukar tetapan parameter ECU motosikal seperti mengubah tetapan had rev, pemetaan nisbah udara : bahan api  (air : fuel ratio @ AFR), bacaan sensor dan kod masalah serta pelbagai tetapan lain, bergantung jenis jentera.

Talaan ini boleh dilakukan sama ada menggunakan ECU aftermarket yang direka khas untuk model motosikal tertentu, ataupun secara salin ubah ('reflash' atau 'flash') ECU asal. Kedua-dua talaan memiliki tujuan sama, iaitu menambah baik respons jentera mengikut apa diinginkan, dan peningkatan kuasa adalah kesan sampingan.

Kenapa dikatakan kesan sampingan? Teruskan membaca.

2. BAGAIMANAKAH 'ECU TUNING' MEMBANTU?

Kebanyakan motosikal, terutama berkuasa tinggi dilancarkan di pasaran tanpa potensi sebenar. Tujuannya, kerana mahu mematuhi regulasi emisi ketat, memberi pengalaman tunggangan yang mesra penunggang baru dan menjaga reliabiliti enjin.

Sebahagian sekatan itu melibatkan AFR yang lean/rich (bekalan bahan api lebih rendah/tinggi daripada udara) pada rev tertentu, sekatan terotel, pemetaan brek enjin, melengahkan pemasaan pencucuhan, had rev rendah dan pelbagai parameter lain.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

Selain itu, apabila modifikasi major dibuat (seperti meningkatkan kapasiti blok silinder, bukaan badan terotel (throttle body), penapis udara prestasi tinggi dan ekzos prestasi full system), ia menyebabkan gangguan ke atas AFR yang membuatkan prestasi komponen tadi tidak dapat diserlahkan sepenuhnya. Lebih parah, menjejaskan prestasi jentera.

ECU tuning membantu menstabilkan semula pengiraan AFR dan parameter lain seperti pemasaan pembakaran dan sebagainya supaya gerak kerja enjin menjadi lebih efektif setiap masa. Kesan sampingan (yang baik) pula, sudah pasti anda dapat merasai peningkatan kuasa kerana potensi enjin sudah mampu dioptimumkan semaksimum mungkin. Ini sekali gus membolehkan had rev atau cut-off enjin turut ditingkatkan bagi memanipulasi peningkatan kuasa enjin sepenuhnya.

3. BAGAIMANAKAH 'ECU TUNING' DIBUAT?

Bukan main game, OK

Sekarang anda sudah faham kebaikan ECU tuning, tetapi timbul pula satu lagi persoalan, bagaimanakah ECU tuning boleh dilakukan?

Mungkin anda pernah dengar khabar tentang rakan 'naik dyno' yang kononnya berjaya meningkatkan prestasi motosikal mereka. Ataupun memilih pra-tetapan sesuai pada aplikasi ECU aftermarket. Namun, proses ECU tuning tidak semudah itu.

Mesin dyno cuma alat untuk mengukur dan menilai prestasi jentera. Itu saja dan ramai salah anggap. Jika setakat membuat ujian dyno, itu memang tidak membantu. Begitu juga kalau sekadar memilih pra-tetapan. Mungkin prestasi enjin dapat ditingkatkan, tetapi boleh jadi tetapan tersebut tidak sesuai dengan sebahagian komponen enjin, lantas mengundang kerosakan pra-matang.

4. UJIAN DYNO DAN 'ECU TUNING' MESTI SEIRING?

Pertama, ujian dyno dilakukan untuk mengenal pasti cara enjin menghantar kuasa. Contohnya, sesetengah jentera trek atau prestasi tinggi mempunyai sekatan pada rev rendah yang menyebabkan hantaran kuasa tidak lancar. Jadi, karakteristik sebegini dapat dijelmakan pada graf dyno.

Kedua, berasaskan data diperoleh, barulah ECU tuning dapat dilakukan. Bagi ECU aftermarket, talaan dapat dilakukan dengan mengubah parameter disediakan. Jika ingin gunakan ECU asal pula (atas sebab kos), talaan boleh dibuat menggunakan perisian khas yang dapat menterjemahkan data ECU itu, sekali gus mengenal pasti parameter yang dapat diubah sebelum tetapan talaan disalin semula (flash).

Akhir sekali, kedua-dua proses dyno dan ECU tuning harus diulangi beberapa kali hingga hantaran kuasa jadi lebih lancar dan memuaskan. Bukan setakat memulas terotel dan tekan suis atas laptop saja seperti yang sering disalah anggap.

5. KOS 'ECU TUNING'?

Kesan sampingan selepas 'dyno test'.

Nampak macam mudah, ECU tuning memerlukan kepakaran sebenar untuk memastikan keputusan diperoleh bukan sekadar memuaskan nafsu penunggang yang gilakan kuasa, tetapi juga mampu menjaga enjin daripada kerosakan komponen akibat tetapan parameter secara semberono. Selain itu, ECU tuning turut melibatkan ujian mesin dyno yang bukan mudah didapati.

Jadi, kos ECU tuning bukan murah, dan pada masa sama tidak pula melampau mahal, bergantung model motosikal dan bagaimana talaan dibuat. Berasaskan maklumat mereka yang kerap melalukan ujian dyno dan pakar tuner seperti Dr Dyno Tuning, kos talaan menggunakan metod reflash ECU adalah sekitar RM500, dan menjangkau hingga RM1,000 atau lebih jika menggunakan ECU aftermarket*.

* Kos termasuk harga unit.

Jika memilih melakukan reflash kerana kos lebih rendah, anda harus tahu, tidak semua motosikal boleh ditala menggunakan metod ini. Sesetengah model bergantung kepada pilihan tetapan disediakan perisian. Namun, pada harga lebih mahal, ECU aftermarket mampu menawarkan ciri tambahan yang sukar diaplikasikan pada ECU reflash seperti tetapan dan pantauan jentera melalui sambungan wayarles kepada aplikasi telefon pintar.

Seperti dijelaskan awal tadi, ECU tuning melibatkan kepakaran. Jadi, kosnya agak mahal. Jika ada yang menawarkan servis pada harga terlalu murah, seeloknya periksa dulu reputasi tuner tersebut. Apapun, terpulang kepada anda jika sanggup ambil risiko.

6. BERBALOI ATAU TIDAK 'ECU TUNING'?

Aksi macam ni tak perlukan ECU tuning pun.

Seperti dijelaskan artikel sebelum ini, menukar ECU aftermarket bukanlah peningkat prestasi sebenar. Tetapi, cara ini tetap mampu membuahkan hasil memuaskan walaupun jentera masih standard.

Namun, bergantung pula kepada seberapa banyak sekatan dikenakan pengeluar. Walaupun spesifikasi asal dikekalkan bagi jentera berkuasa tinggi, ECU tuning dengan hasil peningkatan 10 peratus (contoh), itu sudah mampu memberikan perbezaan peningkatan kuasa yang cukup terasa. Berbanding jentera berkuasa rendah dengan peratusan sama, peningkatan kuasa satu digit atau perpuluhan satu digit mungkin kurang berbaloi dengan kos yang dibelanjakan.

BACA >>> #BikinMotorLaju [SIRI 1]: Ubah Sprocket - Mahu Pikap atau Laju?

Bak kata pepatah, 'lain padang lain belalang'. Tidak semestinya harus fokus kepada peningkatan kuasa saja, kelancaran respons enjin turut perlu diberi perhatian jika anda inginkan pengalaman tunggangan sempurna yang lebih baik berbanding jentera asal tanpa melakukan banyak modifikasi.

Jika ubah suai sudah dibuat, mahu tidak mahu anda mesti bersedia melakukan ECU tuning supaya wang yang dihabiskan untuk segala macam komponen modifikasi, tidak disia-siakan dengan keputusan separuh jalan.

Apa pula kata anda?

Related

7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: AFR, Dr Dyno Tuning Malaysia, dyno, ECU, ECU Tuning, Modifikasi, modifikasi motosikal, motosikal, tahukah anda, talaan ECU, tip, unit kawalan elektronik (ECU)

Comments

  1. Kahlid says

    September 22, 2018 at 6:10 PM

    Bos..kalau z800 standard dan cume tukar exhaust je..exhaust copy ori mcm loost skit exhaust tu..nak kna buat teuning ecu jgak ka?kos brapa

    Reply
  2. Bu says

    January 11, 2019 at 7:01 PM

    Kena

    Reply
  3. anas says

    January 30, 2019 at 11:26 PM

    kalau motor sy 150cc standard...tp kelajauan sama mcm ex5 100km/j... kalau dyno tuning boleh pergi lg x kelajuan jentera saya?

    Reply
    • AO says

      February 6, 2019 at 6:49 AM

      Taktau. Ikut motor

      Reply
    • Azizi says

      July 17, 2019 at 12:14 AM

      Salam boss, sy pengguna Y15, masa motor standard sy tukar ECU tuneboss memang best.
      Tapi bila sy tukar cam rasing, tukar piston sahaja tak ubah saiz dah tukar air filter, motor pergi ringan, tapi dia kan semput di RPM 5 hingga 7... adakan sy kene naik dyno dan masalah semput ni boleh selesai?

      Reply
      • Lufhti says

        October 7, 2019 at 1:50 PM

        Kena dyno. Sebab compression dah lain. Rpm 5-7 rse berat sebab pakai high cam. Tapi selepas rpm 7, baru rasa dia pergi. Memang normal.
        Nak sedap block 62, guna high cam.. boleh rasa pergi dia macam mana.

        Reply
  4. muhamad says

    February 16, 2019 at 1:50 AM

    klu tukar tps untuk honda rs150 r yg pena naik dyno kena dyno blk tak

    Reply
  5. Ann says

    April 23, 2019 at 10:39 AM

    Slm mtr sy blh Dyno ke?mtr YAMAHA TIARA 120S..mtr strd xda ubh ape2 lgi..

    Reply
  6. elfi says

    November 25, 2019 at 11:08 PM

    Good day bos, saya pakai rs150. bln lepas saya beli ECU untuk buang cut off tapi ECU tu tokey sparepart ckp sesuai utk motor standard sahaja..kalo modified xblh pkai ECU tu..kiranya ECU saya ni just buang cut off dan bgi kuasa real motor. Tapi silap saya xdgr ckp tokey sparepart tu..saya blh plak beli NK Racing plug coil..pastu nk sedap pkai spark plug iridium uma racing dan air filter uma racing. Seminggu pakai ok ringan mcm kapas, masuk minggu kedua mupa berat sikit..masuk minggu ketiga motor tiba2 mati dan mkn bateri motor terus kong. Sekarang saya ikut cara tokey tu..saya pkai ECU aftermarket tu lagi cuma saya xpkai Plug Coil racing. Saya pakai original plug coil standard balik. Spark Plug masih kekal uma racing termasuk air filter. kiranya 1 saja brg xpkai yg jenama NK tu..kesan lepas tu motor jadi back to normal tapi masih ringan sedap..cuma timing semua lari..adakah sebab dari kesan plug coil racing dulu atau kena pergi dyno.

    Reply
  7. Boobo says

    December 22, 2019 at 4:41 PM

    Boss, sy bru tuka exoz kali kedua. Kali pertama aritu buat healthcek. Diorg ckp air/feul ratio oke.

    Pastu skrg da buat ezos kali kedua, gear 1-3, rpm tu mcm rendah sikit rasa... Nk kene flash or tuka ecu ke.. Kalau buat fid leh ejas ke bnda tu..

    Xg buat healthcek lg..

    Reply
  8. Joe says

    December 28, 2019 at 1:26 PM

    Boss..lau y15 tkar ecu kena dyno x

    Reply
  9. Sujan says

    January 22, 2020 at 12:41 AM

    Bro saya sudah beli ecu UMA M5 selepas pasang kena buat dyno test ke bro tapi saya Cumma tukar ecu lagi exzos pice standard Dari kilang bro??

    Reply
  10. Syam says

    February 18, 2020 at 10:55 AM

    Boss , sye pakai y15 v2 , klu sye tukar ecu nak buang cutoff n ekzos espada cutt stndrd 28mm , yg lain smua stndrd , ade kesan ape2 tak kat enjin ? Mohon jelaskn detail ye boss ..

    Reply
  11. azrul says

    October 12, 2020 at 10:23 PM

    boss nak tanya dekat y15 ada berapa sensor ? boleh bagi detail sensor tak ?

    Reply
  12. Sharkeyrain says

    June 24, 2021 at 3:39 PM

    Yamaha R15 v3
    used ECU Uma M5 dyno standard body and exhaust..
    It's that good for my bike R15v3 VVA??

    Reply
  13. Apit says

    November 30, 2021 at 4:52 PM

    Sy guna ECU NLK.. harga dlam RM450.. lepas siap ..dia kata xyah dyno dh sbb pakai ECU ni.. btul ke.. nk kepastian pomen tipu ke x hehe 😅..

    Reply
  14. Wan says

    August 13, 2024 at 8:51 PM

    Hi bos...
    Ecu lama sy ada masalah Dan sy tukar kepada ecu baru...persoalanyer boleh ke sy mntk org Dyno tu copy blk tune ecu lama sy ke ecu baru sy

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev