Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib14/02/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP pemandu seharusnya memahami peranan penting cecair pendingin (coolant) sebagai salah satu elemen penting menjaga suhu enjin kenderaan.

Jika coolant kurang atau mencapai takat didih (mungkin kerana kipas tidak berfungsi), suhu kenderaan akan meningkat dan enjin akan mengalami simptom panas lampau (overheat) yang boleh menyebabkan kerosakan. Coolant biasanya perlu diganti setiap 40,000km, manakala reservoir coolant perlu diperiksa setiap minggu atau setiap kali mahu memandu jauh.

Coolant dalam reservoir perlu kerap diperiksa supaya sentiasa berada pada paras ditetapkan.

Jika paras coolant berkurangan atau kosong, pastikan segera ditambah ke paras maksimum. Kita juga perlu mengetahui seberapa kerap paras coolant dalam radiator berkurangan kerana dikhuatiri berlaku kebocoran pada sistem pendinginan (cooling system).

Berdasarkan teknologi dan penggunaan masa kini, ada empat jenis coolant yang sering digunakan, iaitu:

1. AIR BERSIH

Boleh guna air suling dalam air minuman atau RO (osmosis terbalik) kerana tiada kandungan mineral.

Cecair radiator yang paling biasa digunakan ialah air bersih yang kerap disalahfahamkan sebagai air paip atau air mineral. Asasnya, air biasa memiliki takat didih rendah, iaitu 100°C dengan kadar pengewapan tinggi. Jadi, air akan berkurangan jika suhu enjin terlampau tinggi dan biasa berlaku ketika memandu dalam situasi jalan raya sesak teruk atau enjin beroperasi terlalu lama.

 

Kelemahan lain menggunakan air biasa ialah radiator mudah berkarat dan berkerak selepas digunakan terlalu lama. Situasi ini menyebabkan permukaan dalam radiator mengakis yang boleh membuatkan radiator bocor. Punca karat ialah bahan mineral dalam air biasa.

Maksudnya, sebersih mana pun air digunakan, air biasa tetap ada kandungan mineral. Maksudnya, jika air mineral dituang, maka lagi banyaklah kandungan mineral yang boleh menyebabkan karat dan kerak. Seandainya radiator rosak atau tersumbat akibat kerak dalam paip radiator, suhu enjin boleh meningkat kerana sistem pendinginan bukan dalam keadaan baik, sekali gus menyebabkan enjin mengalami overheat.

2. COOLANT

Berdasarkan permasalahan radiator yang berlaku disebabkan penggunaan air biasa, jurutera memperkenalkan penggunaan coolant khas yang mampu menyerap kepanasan enjin dan mencegah berlaku masalah karat terhadap logam radiator. Kandungan utama dalam coolant itu ialah air suling, bahan antibeku, propilena glikol (propylene glycol) dan bahan cegah karat.

Kandungan propilena glikol akan membuat coolant khas itu memiliki takat didih lebih tinggi dan takat beku lebih rendah berbanding air biasa. Berdasarkan banyak maklumat pengeluar, takat didih coolant direka khas itu adalah sekitar ~110°C. Had panas setinggi itu cukup digunakan di kawasan beriklim panas dan lembab sepanjang tahun seperti Malaysia kerana sukar mengewap apabila suhu meningkat.

3. SUPER COOLANT

Super coolant memiliki takat didih lebih tinggi hingga ~130-135°C, dan  perlu dicampur atau dicairkan dulu dengan air bersih sebelum digunakan. Nisbah campuran ialah 50:50. Maksudnya, jika sebotol coolant itu 1 liter, air bersih yang perlu dicampur 1 liter juga.

Jika terlebih air bersih, takat didih coolant akan menurun. Misalnya jika campuran air bersih 2 liter, tetapi coolant cuma 1 liter, sistem pendinginan akan gagal berfungsi sebaiknya yang mana takat didih boleh jadi sama saja dengan air biasa (~100ºC).

4. COOLANT ANTIBEKU & CECAIR PELINDUNG

Kaedah penggunaan coolant ini sama seperti super coolant. Coolant jenis ini pun perlu dicairkan terlebih dahulu dengan air bersih, tetapi bergantung kepada cuaca anda tinggal. Di Malaysia, nisbah campuran ialah 50:50 dan berbeza di negara lain.

Coolant antibeku biasanya digunakan pemandu di negara 4 musim supaya tidak membeku ketika musim sejuk. Takat didih pula mencecah hingga setinggi ~128°C. Coolant ini juga hanya beroperasi efektif jika menggunakan kadar nisbah campuran betul tanpa kandungan air bersih berlebihan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa ‘Coolant’ Enjin Sangat Penting?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Cecair Penyejuk @ ‘Coolant’ Ada Macam-Macam Warna?

KESIMPULAN

Berdasarkan jenis disebut, coolant paling mudah digunakan pemandu untuk menambah kuantiti cecair radiator yang berkurangan ketika melakukan pemeriksaan sendiri.

Jangan salah faham dengan menambah sendiri air biasa atau air yang difikirkan bersih ke dalam radiator. Kebanyakan pengeluar kereta dan bengkel menggunakan super coolant. Apa kerap pemandu salah faham adalah mereka boleh menambah air paip kerana coolant itu perlu ditambah air. Namun, ia sebenarnya mendatangkan masalah kerana air paip memiliki mineral yang boleh menyebabkan karat dan enapan dalam radiator.

Jadi, cuba jangan sesekali menambah air paip ke dalam sistem radiator kereta anda supaya hayat radiator mampu bertahan lebih lama. Jika mahu tukar coolant, mungkin boleh ikut tip INI. Namun, janganlah sekadar menambah air paip saja. Ganti atau tambahlah bersama coolant. Itulah penyelesaian paling mudah dan selamat kepada sistem radiator anda.

BACA >>> #ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar ‘Coolant’ Kereta

autotainment Cecair Pendingin coolant Jenis Coolant Radiator Kereta Overheat Panas Lampau Sistem Pendingin Suhu tahukah anda
Talib

Artikel Berkaitan

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.