Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skuter Maksi Premium, SYM Cruisym 400i Lancar di Malaysia, Harga RM27,888
Auto Terkini

Skuter Maksi Premium, SYM Cruisym 400i Lancar di Malaysia, Harga RM27,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam02/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia

SYM Malaysia dengan bangga memperkenalkan skuter maksi terbaharu, SYM Cruisym 400i pada harga RM27,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Pelancaran rasmi berlangsung di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South sempena acara MForce Mid-Autumn Gala.

SYM Cruisym 400i hadir dalam tiga warna pilihan menarik: Space Grey (kelabu), Dark Night Purple (ungu) dan Dreamy White (putih) yang kini boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh negara.

Enjin Bertenaga, Efisien

Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia
Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia

Skuter maksi itu dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 399cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI), berkuasa 25kW (33.5hp) @ 6,750rpm, dan tork 37Nm @ 5,000rpm.

Sistem transmisi jenis automatik CVT dengan klac sentrifugal dan pacuan tali sawat untuk tunggangan lancar di bandar atau jarak jauh.

Casis Kukuh, Suspensi Selesa

SYM Cruisym 400i menggunakan frem cradle keluli dengan suspensi teleskopik dan jarak travel 120mm (depan), dan absorber spring boleh laras dengan jarak travel 108mm (belakang).

Sistem brek menggunakan brek cakera 288mm di depan dan brek cakera 275mm (belakang) yang dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Bahagian roda dilengkapi rim aluminium MT3.5 × 15 di depan dan MT4.5 × 14 (belakang), yang dipadankan tayar tiubles 120/70-R15 dan 160/60-R14.

Rekaan Ergonomik, Dimensi Praktikal

Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia

SYM Cruisym 400i memiliki dimensi panjang 2,230mm, lebar 820mm, dan tinggi 1,360mm, manakala jarak roda 1,552mm.

Tinggi pelana 785mm dan jarak tinggi bumi 140mm menjadikan skuter maksi itu sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang. Berat kering pula 222kg, manakala kapasiti tangki petrol 14.5 liter.

Ciri Moden, Keselamatan Tambahan

Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia
Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia

SYM Cruisym 400i hadir dengan pelbagai ciri moden seperti:

  • Panel meter TFT digital
  • Sistem kunci pintar (SKS) dengan butang buka tangki dan pelana
  • Port pengecasan lengkap: USB Type-C QC 3.0, Type-A dan soket 12V
  • Lampu LED penuh untuk lampu depan projektif naked, lampu belakang dan lampu signal belok
  • Kamera pemuka (dashcam) depan dan belakang
  • Cermin pengadang angin sporty boleh laras manual
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Ruang simpanan luas untuk dua helmat (satu helmet muka penuh dan satu helmet standard)
  • Pelana kembar dengan penyandar belakang untuk keselesaan penunggang dan pembonceng

Waranti, Nilai Tambah

Setiap pembelian SYM Cruisym 400i hadir dengan waranti pengeluar dua tahun tanpa had perbatuan, dan akses kepada pembelian alat ganti tulen secara dalam talian menerusi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

Dengan gabungan rekabentuk premium, teknologi moden dan jaminan berkualiti, SYM Cruisym 400i adalah pilihan ideal buat penunggang yang mencari skuter maksi berkuasa, selesa dan penuh gaya.

Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia
Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia
Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia
Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia
Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia
Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia
Skuter maksi premium SYM Cruisym 400i lancar di Malaysia
Auto Terkini Mforce Bike Holdings Sdn Bhd roda2 skuter maksi Skuter Maksi Premium skuter maxi SYM Cruisym 400i SYM Malaysia
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Diesel Shell
    Auto Terkini

    Diesel Semenanjung Kini RM5.97 Seliter, Petrol Tanpa Subsidi Ikut Turun

    15/04/2026
    Suzuki Malaysia lancar Suzuki DR-Z4S dan Suzuki DR-Z4SM 2026
    Roda2

    Suzuki Malaysia Kembalikan Model Legenda – DR-Z4S dan DR-Z4SM 2026, Harga RM42,998

    15/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    14/04/2026
    Stesen minyak Shell di Filipina.
    Auto Terkini

    Isu Bekalan Minyak Tular, Shell Malaysia Mohon Maaf Hadkan Jualan Sementara

    15/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.