Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Syarat Baru MotoGP 2018 – Semua Pelumba Wajib Pakai Sut Beg Udara
Aksesori

Syarat Baru MotoGP 2018 – Semua Pelumba Wajib Pakai Sut Beg Udara

AryonBy Aryon15/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK beberapa tahun lalu, sut beg udara motosikal banyak membantu mengelak kecederaan serius di kalangan pelumba terpantas dunia. Misalnya, sut beg udara digunakan Valentino Rossi, Dainese D-air direka berasaskan maklum balas juara dunia sembilan kali itu. Bintang era baharu, Marc Marquez pula menggunakan sut Alpinestars Tech Air Race.

Bagaimanapun, sut motosikal dengan teknologi beg udara tidak pernah menjadi syarat mandatori dalam mana-mana perlumbaan dunia seperti MotoGP. Tetapi tidak bagi musim 2018 yang mana pakaian keselamatan itu bakal diwajibkan bagi semua kelas perlumbaan MotoGP, termasuk Moto2 dan Moto3.

BACA >>> Motor Elektrik Sah Jadi Kelas Baharu MotoGP 2019, Walaupun Ekzos Sepoi-Sepoi Bahasa

Peraturan MotoGP 2018 menetapkan sut beg udara mesti dipakai setiap pelumba tetap bagi setiap sesi perlumbaan. Pelumba wilcard bagaimanapun diberikan pengecualian, manakala pelumba gantian pula dikecualikan untuk dua pusingan sahaja.

Beg udara mesti mampu melindungi bahu dan tulang selangka, dan opsyen untuk perlindungan tulang belakang penuh atau separuh. Bagaimanapun, MotoGP menyarankan jika pengeluar memilih untuk menggunakan sut dengan perlindungan belakang, ia sepatutnya meliputi seluruh tulang belakang.

Sut Simone Grotzy adalah sut beg udara Dainese D-Air yang pertama mengembang dalam kemalangan MotoGP 2015.

Berikut garis panduan sut baharu MotoGP:

  • Setiap sistem beg udara mesti melepasi beberapa siri ujian supaya menepati syarat peraturan sepenuhnya.
  • Antara syarat utama sut adalah turut merangkumi komponen elektronik dan bateri hingga kepada proses dan masa beg udara mengembang ketika kemalangan.
  • Proses pengembangan beg udara mesti tidak menyebabkan penunggang berdepan risiko kemalangan atau membuatkan mereka hilang kawalan motosikal.
  • Tiada sebarang alat ganti tambahan pada sut yang perlu ditambah pada motosikal. Sut juga boleh berfungsi baik tanpa memerlukan sebarang pautan peranti atau komponen kepada jentera.
  • Pengembangan mengejut atau tiba-tiba mesti tidak membahayakan penunggang.

BACA >>> MotoGP Ganti Kemeriahan F1 Sebagai Sukan Permotoran Nombor Satu Malaysia?

  • Setiap pengeluar mesti memiliki dokumen rasmi untuk suit masing-masing yang mengesahkan sistem produk mereka mematuhi peraturan dan standard MotoGP.
  • Pengeluar mesti mengisytiharkan realibiliti sistem berasaskan ujian dalaman.
  • Menurtu MotoGP, peraturan baharu itu adalah langkah mahu ke hadapan dalam memastikan keselamatan pelumba dengan mendapat kerjasama Persekutuan Antarabangsa Motosikal (FIM), Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalanan Antarabangsa (IRTA) dan pemegang hak komersil MotoGP, Dorna

SUMBER: UltimateMotorcycling

aksesori Alpinestars Tech Air Race Auto Terkini Dainese D-air Marc Marquez roda2 sut beg udara sut lumba Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.