SUZUKI Filipina mengambil inisiatif untuk memperkenalkan model Ciaz versi dipertingkat yang menyaksikan kemas kini desain dan tambah baik prestasi pemanduan.
Ciaz ialah sedan paling besar Suzuki di Filipina dan model facelift 2021 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Mineral Gray Metallic (kelabu), Pure White Pearl (putih) dan Super Black Pearl (hitam). Berikut ialah perinciannya:
BACA >>> Suzuki Bangunkan Sistem VVT Elektro-Hidraulik yang Lebih Versatil
- Harga baharu untuk model Ciaz versi dipertingkat ialah 888,000 peso (RM74,252) iaitu lebih mahal 45,000 peso (RM3,763) berbanding model sebelum ini. Harga Suzuki Ciaz 1.4 liter Manual terdahulu ialah 823,000 peso (RM68,833).
- Trenkuasa sama seperti sebelum ini iaitu 4-silinder DOHC dengan VVT 1.4 liter dengan sistem penyampaian bahan api multi poin, menghasilkan 92hp @ 6,000rpm dan tork 130Nm @ 4,000rpm. Transmisi masih klac manual 5-kelajuan.
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Klac Manual Cepat Rosak, Tetapi Pemandu Jarang Perasan
- Menerima desain gril baharu yang lebih segar dan set lampu LED menggantikan jenis halogen. Lampu kabus juga dikemas kini dengan lingkaran krom.
- Semua kerusi penumpang menerima balutan material fabrik dan pemandu pula mendapat panel instrumen meter ditambah baik membabitkan aksen hitam dan perak.
- Dipasang skrin infotainmen 8 inci dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto melalui Bluetooth atau kabel USB.
- Ada tambahan ciri kamera undur, dua beg udara dan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).
BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 10 Jenis, Fungsi Lampu untuk Kereta
BACA >>> #SembangDeras: Mana Lebih Seronok, Pandu Gear Manual atau Automatik?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?
SUMBER: Carmudi
Leave a Reply