Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Indonesia Perkenal Satria F150 (2018) Facelift dengan Warna, Grafik Ranggi
Roda2

Suzuki Indonesia Perkenal Satria F150 (2018) Facelift dengan Warna, Grafik Ranggi

AryonBy Aryon04/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Filipina, giliran Suzuki Indonesia pula melancarkan kapcai ayago, Satria F150 (2018) dengan menampilkan warna baharu yang lebih agresif dan bersemangat, iaitu Stronger Red (merah), Aura Yellow (kuning), Titan Black (hitam) dan Titan Black – Red CW (hitam-merah) dengan diserikan rekaan strip serba baharu. Dua lagi warna, Matte Black (hitam) dan Metallic Triron Blue (biru) masih ditawarkan.

Ini bukan Satria F150 serba baharu walaupun diuar-uarkan beberapa media Indonesia sebagai serba baharu. Sebenarnya cuma versi facelift daripada model serba baharu yang dilancarkan September 2017, setahun lalu. Jadi tiada ciri baharu melainkan perubahan warna badan dan corak grafik.

BACA >>> Suzuki Satria F150 Serba Baharu – Varian Premium Siap Ada Pengecas USB dan Penggera Keselamatan [Indonesia Sahaja]

Satria F150 dijana enjin 150cc DOHC penyejukan minyak dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 18.2hp @ 10,000rpm dan tork 13.8Nm @ 8,500rpm, yang sudah tentu lebih berkuasa daripada versi biasa tanpa FI (15.4hp, 12.4Nm) di Filipina. Di Indonesia, cuma versi FI ditawarkan. Transmisi digunakan ialah klac manual 6-kelajuan.

Antara ciri moden dimiliki Satria F150 (2018) ialah pengecas USB di kompartmen depan dan kunci penggera keselamatan. Kapcai ini juga dilengkapi butang penghidup elektrik sekali tekan (1-push), diadaptasi daripada superbike GSX-R1000 yang juga inovasi pertama dalam kelas 150cc, termasuk penggunaan radiator lebih besar bagi mendapatkan kesan penyejukan lebih cekap.

Walaupun berwajah baharu, Satria F150 (2018) masih mengekalkan harga pasaran, iaitu Rp22,500,000 (RM6,244) yang semestinya jauh lebih murah daripada Yamaha Y15ZR selaku ‘Raja Kapcai Malaysia’ dengan harga atas kertas lebih RM8,000 dan boleh mencecah lima angka jika sampai ke tangan tauke kedai.

BACA >>> Sayonara… Suzuki Motor Tutup Kilang Pemasangan Motosikal Di Malaysia

Ketika Suzuki belum arwah, model Satria di Malaysia dipanggil Belang R150 dan dijual pada harga lebih RM7,000. Namun akibat penyakit yang tidak dapat diubati, Belang gagal menerusi hidup dan terpaksa dihentikan pengeluaran sebelum bapanya, Suzuki pun turut dijangkiti penyakit sama. 😢

SUMBER: SuzukiIndonesia

Indonesia Kapcai Moped roda2 suzuki belang Suzuki Belang R150 Suzuki Indonesia Suzuki Raide R150 Suzuki Satria F150 Suzuki Satria F150 (2018) underbone
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Advencer Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.