• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki GB Selit Tangki Minyak Katana Dalam Program Alat Ganti Vintaj, Harga RM4.3k!

Suzuki GB Selit Tangki Minyak Katana Dalam Program Alat Ganti Vintaj, Harga RM4.3k!

September 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SUZUKI Jepun nampaknya ada menghasilkan semula komponen tangki minyak untuk model Katana generasi lama untuk meluaskan lagi pilihan dalam katalog program alat ganti vintaj.

Tangki minyak tulen itu sesuai untuk varian GSX1100SD dan GSX1000SZ Katana dan mula dijual Suzuki GB, berharga £746.76 (RM4,300) termasuk cukai nilai tambah (VAT).

Tangki minyak itu diberi salutan cat warna perak dan memaparkan teks Suzuki berwarna merah.

Koordinator Perkhidmatan Selepas Jualan Suzuki GB, Tim Davies menyatakan pihaknya sudah mempunyai bekalan stok dan komponen itu dihasilkan semula dalam unit terhad.

“Katana adalah model yang masih dicari-cari sehingga kini dan kami melihat banyak hasil kerja restorasi dan binaan kustom untuknya.

“Sudah tentu peralihan masa boleh membawa pelbagai masalah disebabkan takungan minyak petrol lama atau air dan keadaan lembap dalam tangki minyak.

“Peluang untuk menggantikan kepada tangki minyak tulen yang baharu adalah usaha terbaik untuk sebuah motosikal yang sudah berusia 40 tahun.”

Selain tangki minyak, Suzuki GB juga menawarkan banyak komponen untuk Katana generasi lama seperti tongkat tengah, tuil brek dan klac, perumah meter, penutup sprocket, kon rod, piston, gelang piston, pelbagai gasket, injap, getah sambungan karburator dan banyak lagi.

BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar Tiga Model 1,000cc, GSX-R1000, GSX-R1000R dan Katana!
BACA >>> Suzuki Bakal Menggegar! Inilah Game Plan Suzuki Malaysia untuk Pasaran Tempatan
BACA >>> Tuan Kedai Antik Tak Sengaja Jumpa Puluhan Alat Ganti Motosikal Lebih 100 Tahun
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Betul Ke Petrol Oktana Tinggi Buat Enjin Lebih Power?

SUMBER: Suzuki GB

Artikel Berkaitan

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GSX1000SZ, GSX1100SD, roda2, suzuki katana, Tim Davies

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my