Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Ertiga (2018) Serba Baharu Lebih Murah daripada Mitsubishi Expander
Roda4

Suzuki Ertiga (2018) Serba Baharu Lebih Murah daripada Mitsubishi Expander

Han OthmanBy Han Othman08/05/20186 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKHIRNYA teka-teki tentang maklumat akhir kenderaan pelbagai guna (MPV), Suzuki Ertiga (2018) serba baharu terjawab apabila harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding pesaing terdekat, Mitsubishi Xpander.

Ertiga (2018) serba baharu tampil dalam tiga varian:

  • GA (standard):  MT – Rp193 juta (RM54,339)
  • GL pertengahan): MT – Rp211.5 juta (RM59,505); AT – Rp222 juta (RM62,459)
  • GX (premium): MT – Rp223 juta (RM62,738); AT – Rp233.5 juta (RM65,692)
  • GX ESP (premium): MT – Rp228 juta (RM64,174); AT – Rp238.5 juta (RM67,102)

Varian Ertiga GA dijual dalam versi transmisi manual sahaja. Bagaimanapun harga itu tetap lebih murah berbanding Mitsubishi Xpander GLX dan setara Honda Mobilio S.

Begitu juga varian pertengahan, Ertiga GL, juga masih lebih murah berbanding Mitsubishi Xpander Exceed dan Honda Mobilio E.

Bagi varian premium, Ertiga GX, harga ditawarkan ialah setara varian Mitsubishi Xpander Exceed.  Namun, jika mengambil kira barisan model dilancarkan, Suzuki Ertiga (2018) serba baharu menawarkan harga yang lebih menarik untuk varian premium, GX ESP.

Berbanding Mitsubishi Xpander dengan ciri sama seperti GX ESP, MPV pesaing itu berharga Rp245 juta (RM68,895), manakala Honda Mobilio Rp247 juta (RM69,457), dan jelas sekali harga diletakkan itu memainkan peranan penting dalam menjadikan Ertiga (2018) serba baharu cukup kompetitif.

ENJIN BAHARU


Malah, Ertiga (2018) serba baharu mendapatkan trenkuasa baharu dengan kod enjin K15B dalam asas sama K14B. Prestasi dihasilkan cukup signifikan, iaitu kuasa 102hp (6,000rpm) dan tork 138Nm (4,400rpm).

Enjin dengan teknologi Suntikan Multi Poin (MPI) itu turut mematuhi standard Euro 4 dari segi emisi. Tahap penjimatan bahan api pula mencatatkan 16.73km per liter (AT) dan 18.06km per liter (MT). Penampilan juga berubah, walaupun secara umum mirip Toyota Innova yang digabungkan dengan Mitsubishi Xpander.

Apapun, masih tiada khabar berita sama ada dua model itu akan menjengah pasaran Malaysia.

SUMBER: AutoNetMagz

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 Suzuki Suzuki Ertiga (2018)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026

6 Comments

  1. Man on 09/05/2018 08:30

    Proton rebadge ertiga sampah rupanya. Indonesia dah dpt yg jauh lebih moden.

    Reply
    • What?? on 09/05/2018 16:40

      Rebadge itu sebelum generasi baru launch lah bro. Spec Malaysia lebih kurang sama dgn Indonesia bagi generasi lama Ertiga.

      Reply
      • Man on 09/05/2018 22:50

        Rebadge benda nak dibuang org..

        Reply
  2. Khairun on 13/11/2018 23:21

    Bila nak bawa masuk Ertiga sport terkini ?

    Reply
    • zam on 30/11/2018 11:38

      sepatutya model ini yg di bawa masuk ke malaysia, value for money.

      Reply
  3. Razmi Saren on 13/12/2018 10:57

    Bill ertiga sport nak maduk Malaysia

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.