Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Mewah Jaecoo J7, J8 Tayang di Malaysia, Masuk Pasaran Pertengahan Tahun Ini!
Roda4

SUV Mewah Jaecoo J7, J8 Tayang di Malaysia, Masuk Pasaran Pertengahan Tahun Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAECOO Malaysia mengadakan sesi previu eksklusif dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) lasak, J7 dan J8 yang dijangka memasuki pasaran tempatan pertengahan tahun ini.

Hebahan mengenai ketibaan Jaecoo itu, iaitu satu lagi subjenama bawah Chery Group pernah diumumkan sebelum ini ketika penulis bersama rakan media dijemput ke China, tahun lalu.

Asasnya, Jaecoo diuruskan berasingan daripada produk jenama Chery dengan memiliki rangkaian pengedar sendiri. Malah Jaecoo juga diposisikan sebagai produk SUV lebih premium berbanding Chery.

PERINCIAN

JAECOO 7

  • Jaecoo J7 AWD yang dipamerkan hari ini ialah versi import (CBU) pemanduan sebelah kanan (RHD), manakala model yang akan diperkenalkan kelak ialah versi pemasangan tempatan (CKD).
  • Menggunakan enjin petrol 4-silinder sebaris 1.6L pengecas turbo dengan output kuasa 194hp dan tork 290Nm.
  • Sistem transmisi automatik dual-klac (DCT) Getrag 7-DCT jenis klac basah dengan tujuh mod pemanduan.
  • Sistem pacuan empat roda (4WD) pintar dengan tetapan boleh ubah daripada pemanduan dua roda (2WD) kepada 4WD dalam masa 0.1 saat.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 8 saat.
  • Menampilkan imej lebih matang dan lasak, khas untuk golongan pertengahan dan peminat off-road. SUV ini mampu meredah kedalaman air setinggi 600mm.
  • Lampu utama tirus dengan paten suluhan unik. Logo Jaecoo tersergam besar di tengah gril. Memiliki rekaan badan lasak dengan garis badan minimalis.
  • Kapasiti tempat duduk mempu memuatkan lima dewasa, termasuk pemandu, dan turut disediakan tayar ganti.
  • Dimensi dianggarkan sama seperti model di China, iaitu panjang 4,500mm, lebar 1,865mm dan tinggi 1,680mm, manakala jarak roda 2,605mm.
  • Ruang kabin dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh 14.8 inci, pengecas wayarles 50W dengan ciri pengudaraan dan sistem audio Sony.

JAECOO 8

  • Debut global di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) di Doha, Qatar, Oktober lalu.
  • Dikategorikan sebagai SUV mewah dengan kemampuan pengendalian off-road.
  • Menggunakan sistem suspensi magnetik CDC terkini yang mampu melaraskan redaman elektronik secara adaptif, dan mengoptimum kenderaan secara masa nyata mengikut kondisi jalan sekeliling.
  • Dibangunkan berasaskan platform T1X Chery,  yang lebih besar berbanding Omoda 9.
  • Tiada maklumat tentang enjin. Di China, Jaecoo J8 dilengkapi enjin petrol 4-silinder sebaris 2.0L Turbo berkuasa 245hp, dan tork 385Nm dengan sistem transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.
  • Memiliki dimensi panjang 4,815mm, lebar 1,924mm, tinggi 1,710mm dan jarak roda 2,800mm.
Auto Terkini chery group JAECOO Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV mewah
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.