Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Elektrik e-Tron 55 Quattro Kini Boleh Pandu Lebih Jauh dengan Kemas Kini Perisian!
Roda4

SUV Elektrik e-Tron 55 Quattro Kini Boleh Pandu Lebih Jauh dengan Kemas Kini Perisian!

Abang HirataBy Abang Hirata17/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SESETENGAH kereta hari ini dilengkapkan ciri canggih yang boleh dianggap sebagai kereta pintar. Ada model yang mampu bercakap dengan pemandu, mengawal stereng dan membrek automatik. Ada juga kereta yang mampu mengesan kondisi pemandu sama ada sedang mengantuk atau tidak fokus sebelum mengeluarkan amaran supaya berhenti rehat.

Selain itu, kereta hari ini juga mempunyai perisian khas yang mampu mengawal sesetengah fungsi yang menjadi komponen penting dalam era kenderaan elektrifikasi.

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Maksud di Sebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi?

Sebagai contoh, pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Audi e-Tron 55 Quattro (model 2019 dan 2020) kini boleh memandu lebih jauh hanya dengan mengemas kini perisian kereta mereka.  Perkembangan teknologi elektronik juga membolehkan tuner aftermarket menawarkan khidmat dan produk pemetaan semula sistem komputer supaya kereta jadi lebih berkuasa.

BACA >>> #RetroAuto: Aventador – Model V12 yang Paling 'Kick' dalam Sejarah Lamborghini!

Apakah manfaat kemas kini perisian e-Tron 55 Quattro?

1. Boleh Pandu dengan Tambahan Jarak

Kemas kini itu berfungsi menambah kapasiti bateri dan pemandu boleh memandu dengan jarak tambahan 20km. Kapasiti bateri 95kWh mempunyai lebihan kuasa boleh guna, iaitu 86kWh dan dapat diaplikasi menerusi ekstra jarak pemanduan.

2. Roda Depan Tidak Perlu Berfungsi

Dalam mod pemanduan normal, hanya motor pada gandar belakang berfungsi menggerakkan SUV ini. Motor elektrik depan dinyah aktif dan hanya dihidupkan apabila lebih kuasa diperlukan sebelum kedua-dua motor depan dan belakang digerakkan bersama.

3. Sistem Penyejukan

Kemas kini perisian turut melibatkan sistem pengurusan haba. Pengubahsuaian pada sistem kawalan haba mampu mengurangkan kadar aliran dalam saluran penyejukan, sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga.

Sistem penyejukan adalah komponen penting kenderaan elektrik (EV) yang menjadi asas kepada pengecasan, jangka hayat bateri dan prestasi pemanduan konsisten walaupun dalam bebanan tinggi.

4. Kereta Elektrik Sejak 2018

Audi mula mengeluarkan e-Tron sebagai model elektrik penuh pertama pengeluar itu sejak penghujung 2018 di kilang sifar karbon di Brussels, Belgium. Jualan e-Tron setakat ini sudah mencecah 100,000 unit dan menjadi model terlaris di Norway.

Di peringkat global, Audi sudah menyerahkan 52,774 unit EV setakat September tahun ini dan jumlah itu meningkat ketara sebanyak 51.4 peratus berbanding 34,850 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Audi juga merancang memperkenalkan hanya model elektrik seawal 2026 yang mana pengeluaran model enjin pembakaran dalaman akan ditamatkan pada 2033.

BACA >>> Audi RS Q e-Tron – Jentera Lumba Elektrik yang Dibikin untuk Rali Dakar
BACA >>> Audi RS6 Avant – Definisi Sebenar Wagon Prestasi Tinggi (598hp, 800Nm)!

Audi Audi e-Tron Audi e-tron 55 quattro EV Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV SUV Elektrik SUV EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.