Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subjenama Baharu Chery, LEPAS L8 Bakal Lancar Akhir Tahun Ini!
Roda4

Subjenama Baharu Chery, LEPAS L8 Bakal Lancar Akhir Tahun Ini!

SyafieBy Syafie02/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHERY secara rasmi melancarkan subjenama baharu, LEPAS di bawah strategi global terkini dengan memperkenalkan tiga model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, iaitu LEPAS L8, LEPAS L6, dan LEPAS L4.

Jenama itu mensasarkan golongan muda global dengan menumpukan rekabentuk bergaya, teknologi canggih, dan trenkuasa elektrifikasi.

Nama LEPAS sebenarnya ialah akronim kepada ‘Leap’ dan ‘Passion’ yang mencerminkan gaya hidup aktif dan semangat inovasi.

Ketiga-tiga model diperkenalkan itu dibina berasaskan DNA rekabentuk baharu dipanggil ‘Leopard Aesthetics’ yang diilhamkan daripada bentuk dan gerakan harimau bintang.

LEPAS L8

Lepas L8 tampil sebagai model paling premium dalam barisan awal dengan panjang 4,688mm dan jarak roda 2,800mm. Secara umum, dimensi SUV ini lebih besar daripada pesaing seperti BMW X1.

SUV inimenampilkan unit infotainmen skrin vertikal 13.2 inci, kerusi boleh baring penuh, dan ruang kaki belakang luas mencecah 970mm. Ada tiga pilihan trenkuasa ditawarkan iaitu enjin petrol 2.0L turbo, hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik penuh (EV) dengan jarak pemanduan hingga 700km.

LEPAS L6

LEPAS L6 hadir dalam saiz sederhana berbanding L8 yang mensasarkan penduduk urban yang mahukan SUV versatil. Model ini berkongsi gaya rekabentuk dengan L8 dan ditawarkan dalam pilihan enjin pembakaran dalaman (ICE) , hibrid, dan elektrik penuh.

LEPAS L4

LEPAS L4 pula mensasarkan segmen SUV kompak, setanding pesaing seperti Mitsubishi XForce dengan mengekalkan identiti mata harimau bintang pada bahagian depan dan bar LED belakang, serta dutawarkan dalam varian ICE, PHEV, dan EV.

Semua model LEPAS dibina berasaskan platform sama seperti Jaecoo, Omoda, dan Tiggo yang menyokong pelbagai jenis trenkuasa. Sistem hibrid Chery Hybrid System (CHS) yang digunakan turut menawarkan kecekapan bahan api hingga 4.5 liter per 100km dengan jarak pemanduan lebih 1,300km.

Ciri pintar seperti Cinema Mode dan Nap Mode turut tersedia yang menjadikan kabin sebagai ruang digital interaktif.

Menariknya, model ini disasarkan untuk 89 pasaran antarabangsa menjelang 2027 termasuk Malaysia, Afrika Selatan, dan Filipina. Chery turut merancang membuka lebih 1,200 pusat jualan global bagi menyokong perkembangan subjenama tersebut.

LEPAS L8
LEPAS L6
LEPAS L4
Chery Chery Hybrid System (CHS) Kenderaan Utilisi Sukan (SUV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) LEPAS LEPAS L4 LEPAS L6 LEPAS L8 Roda4
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.