Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Outback (2018) UK Perkenal Versi Facelift, Varian Diesel Digugurkan
Roda4

Subaru Outback (2018) UK Perkenal Versi Facelift, Varian Diesel Digugurkan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBARU Outback (2018) facelift versi pasaran Britain tampil dengan rupa baharu diperhalusi bersama tambahan teknologi keselamatan, tetapi pada masa sama menggugurkan varian enjin diesel 2.0L.

Perubahan visual agak sederhana, tetapi Subaru menampilkan rekaan semula gril, bampar, dan kluster lampu depan, manakala ruang kabin ditambah panel kaca hitam dan skrin sentuh 8-inci yang lebih besar dengan ciri sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Varian asas, SE pula didatangkan dengan paparan skrin lebih kecil, 6.5-inci.

BACA >>> Apakah Android Auto? Ketahui Fakta Lengkap Tentang Aplikasi Bebas Tangan Memandu Ini

Teknologi keselamatan baharu turut diperkenalkan seperti Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan sistem kamera pandang keliling yang kini dijadikan ciri standard. Ciri keselamatan lain dibekalkan ialah pek bantuan pemandu Subaru EyeSight, yang terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Lencong (LDW), Amaran Buai (LSW), Sistem Brek Pra-Perlanggaran (PCB) dan Pengurusan Terotel Pra Perlanggaran (PCTM). 

Hanya enjin boxer petrol 4-silinder 2.5L ditawarkan untuk kenderaan utilitik sukan (SUV) baharu itu, berkuasa 173hp dan tork 235Nm dengan keupayaan bergerak sejauh 16.45km per liter.

Seperti model terdahulu, ada dua jenis varian ditawarkan, iaitu SE yang berharga £29,995 (RM164,812) dan SE Premium, £33,010 (RM181,420).

SUMBER: AutoExpress

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Subaru Eyesight Subaru Outback Subaru Outback 2018 Subaru Outback facelift (2018) SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.