Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Levorg 2.0L GT (2019) Teruskan Legasi Wagon dari Timur
Roda4

Subaru Levorg 2.0L GT (2019) Teruskan Legasi Wagon dari Timur

Abang HirataBy Abang Hirata17/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA bercakap tentang wagon, satu jenama yang sinonim dengan segmen kenderaan itu ialah Volvo. Di benua Timur pula, hero wagon  layak diberikan kepada Subaru.

Sejak era Subaru Impreza berentap dengan Mitsubishi Lancer Evolution, wagon Subaru sudah popular dan ia kekal diteruskan sehingga hari ini. Malah Impreza wagon suatu masa dulu pernah beraksi dalam acara perlumbaan. Selain Impreza wagon atau Outback, Subaru juga popular dengan wagon Forester yang kini berevolusi menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV), dan Legacy yang sudah dihentikan pengeluaran.

Subaru hari ini meneruskan tradisi wagon dengan model dipanggil Levorg. Ini bukan sebarangan wagon kerana sejak awal lagi imej sporti sudah ditampilkan.

Levorg kali pertama debut di Jepun pada 2014, dan disusuli tahun berikutnya di Eropah. Bagi membuktikan keupayaannya, Subaru menggunakan wagon ini untuk saingan Kejuaraan Kereta Penumpang British (BTCC) pada 2016. Kini Levorg sudah memasuki tahun keempat pengeluaran di pasaran Eropah dan kini tibalah masa Subaru mengumumkan beberapa pembaharuan untuk model tersebut.

ENJIN NA, TEKNOLOGI EYESIGHT

Levorg (2019) ditawarkan dengan enjin petrol aspirasi natural (NA) 2.0L, kemasan luaran baharu, naik taraf dalaman dan teknologi keselamatan baharu. Seperkara tentang Levorg atau Subaru ialah pemilihan transmisi. Selain enjin petrol NA baharu yang digunakan, Levorg menggunakan transmisi Lineartronic CVT yang dipadankan sistem pacuan semua roda terkenal, Symmetrical AWD.

Ada berhujah, Subaru patut menggunakan transmisi lebih ‘ganas’, tetapi teknologi yang lebih cekap bahan api perlu diutamakan. Kebolehan Subaru menala transmisi CVT mengikut karakter enjin boxer dan sistem pacuan AWD layak diberikan pujian.

Selain itu Levorg (2019) juga tampil dengan set suspensi diperhalusi dan pengendalian responsif bagi menambah baik tahap keselesaan dan keseronokan pemanduan.

Pembaharuan Subaru Levorg (2019)

  • Bampar baharu, gril lebih menyerlah dan rekaan lampu depan LED dan lampu kabus LED baharu.
  • Rim aloi 18 inci baharu.
  • Kemasan baharu pada panel instrumen, panel pintu dan butang kawalan.
  • Kerusi pemandu dengan sokongan pada bahagian belakang kawalan berkuasa untuk lebih keselesaan.
  • Konfigurasi kerusi belakang 40:20:40 untuk pelbagai jenis muatan.
  • Unit infotainment skrin sentuh 7 inci berwarna dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Sistem bantuan pemanduan Eyesight, terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Prapelanggaran (PCB) dan Amaran Tukar Lorong (LDW).
  • Pemantau Titik Buta (BSM) dan kamera undur ditambah dengan kamera pandang depan dan cermin pandang belakang pintar (iRVM) untuk meningkatkan tahap pengawasan untuk pandangan terlindung.

Tawaran terbaru Levorg (2019) ini tampak lebih lembut dan sopan berbanding imej tipikal Subaru dengan identiti skup ternganga luas atas bonet.

Bagi varian ini, Subaru dilihat mahu menarik pelanggan yang tidak tergolong dalam kelompok peminat tradisionalnya. Levorg (2019) cenderung kepada kereta kembara untuk famili, dipanggil  family tourer berbanding sport tourer yang boleh didapati pada varian Levorg STI, tetapi terhad di beberapa negara sahaja.

Levorg (2019) dipasarkan pada harga permulaan £30,995 (RM164,900) di Britain dan kepada peminat tempatan yang berminat, model terdahulu (pra 2019) Levorg boleh didapati daripada pengimport bebas.

BACA >>> Subaru WRX STI Type RA-R Edisi JDM Sempena Ulang Tahun STI – 324hp, 500 Unit

Roda4 Subaru Subaru Levorg Subaru Levorg 2.0I GT Subaru Levorg 2.0L GT Wagon
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
HEV

Honda CR-V Generasi ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

02/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.