Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Lancar WRX (2022), Ada Transmisi Manual, Harga Mula RM124k!
Roda4

Subaru Lancar WRX (2022), Ada Transmisi Manual, Harga Mula RM124k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUBARU sudah memperkenalkan model WRX generasi baharu yang dianggarkan berharga AS$30,000 (RM124,320) sebaik tiba di bilik-bilik pameran di Amerika Syarikat, seawal 2022.

Model sedan itu menggunakan dibina menggunakan Platform Global Subaru (Subaru Global Platform) iaitu sama seperti model. Subaru WRX baharu sebenarnya lebih berfokus kepada soal pretasi. Berikut ialah perinciannya:

BACA >>> Subaru WRX STI EJ20 Final Edition – Edisi Terhad Sempena Sayonara untuk Enjin Ikonik

  • Trenkuasa 4-silinder boxer 2.4 liter turbo, menghasilkan kuasa 271hp dan 350Nm. Ia hanya tambahan 3hp berbanding trenkuasa 2.0 liter pada model kereta sebelumnya.
  • Subaru belum mendedahkan perincian data teknikal lain.

BACA >>> Belum Masa Lancar Mitsubishi Lancer Evo Baharu

  • Menggunakan sistem pacuan tradisi semua roda iaitu Pacuan Semua Roda Simetri Subaru (Subaru Symmetrical All-Wheel Drive) dengan ciri Pemvektoran Tork Aktif (Active Torque Vectoring).
  • Ada dua pilihan transmisi iaitu 6-kelajuan manual dan kotak gear CVT dengan ciri penukaran paparan virtual 8-kelajuan manual.
  • Kedua-dua kotak gear didakwa memberi tambahan kepantasan penukaran 30 peratus untuk upshift dan 50 peratus untuk downshift.
  • Ada varian tertinggi iaitu Subaru WRX GT yang turut menerima sistem transmisi sama serta tambahan sistem suspensi adaptif kawalan elektronik (pertama kali dalam siri WRX).
  • Varian GT dilengkapi kerusi Recaro dengan balutan material Ultrasuede beserta jahitan benang merah. Tempat duduk boleh diselaras lapan tahan secara elektrik.
  • Subaru WRX menawarkan tima pilihan tetapan suspensi iaitu Comfort, Normal dan Sport.
  • Subaru menyatakan WRX menerima struktur badan baharu dengan pemusatan titik graviti lebih rendah dan ia meningkatkan ketegaran badan sehingga 28 peratus.
  • Menggunakan sistem stereng elektrik pinion berkembar baharu yang menawarkan pengedalian stereng lebih natural.
  • Penggunaan platform baharu menampakkan WRX lebih lebar tetapi dipasang lampu depan LED jenis tirus dan skup atas hud.
  • Fender depan diperbuat daripada aluminium, menjimatkan berat 2.3kg. Subaru mendakwa hasil trim termasuk arca roda, panel sil dan tray bawah enjin direka dengan tekstur untuk mengurangkan kadar rintangan angin.
  • WRX cuma hadir dengan spoiler rendah sebagai ciri standard. Lampu belakang pula direka untuk ‘menggambarkan aliran magma gunung berapi’. Ada yang akan berpendapat ia mirip lampu belakang Honda Civic.

BACA >>> Honda Civic Sedan (2022) Debut di Amerika dengan Enjin 1.5L Turbo, 2.0L NA
BACA >>> Perodua Bezza Dulu vs Sekarang (2016-2020), Apa yang Berubah?

  • Ruang kabin memaparkan skrin sesentuh 11.6 inci Starlink pada bahagian tengah dalam kedudukan menegak seperti model Outback dan Ascent.
  • Butang kawalan jenis fizikal dikekalkan, seperti pada butang volum audio dan penyaman udara.
  • Bentuk roda stereng adalah rata pada bahagian bawah dan kereta itu didatangkan dengan pedal aluminium. Rim digunakan ialah 18 inci.

BACA >>> Atuk Pandu Subaru Impreza WRX Laju Sangat, Kena Gantung Lesen, Denda RM5.4k!
BACA >>> Subaru Levorg (2021) Jepun Ada Beg Udara Eksternal Untuk Keselamatan Pejalan Kaki
BACA >>> Subaru WRX dan WRX STI Akan Datang Guna Trenkuasa Hibrid?

SUMBER: Carscoops

Pacuan Semua Roda Simetri Subaru Roda4 Subaru Amerika Syarikat Subaru WRX 2022 Subaru WRX GT
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.