Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Stroler Bayi Premium Aston Martin egg3® Buka Tempahan September Ini, Harga Mula RM14k!
Aksesori

Stroler Bayi Premium Aston Martin egg3® Buka Tempahan September Ini, Harga Mula RM14k!

Abang HirataBy Abang Hirata12/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Aston Martin egg3®

JENAMA automotif mewah British yang terkenal dengan rekabentuk prestasi tinggi, Aston Martin kini melangkah ke pasaran produk keluarga, iaitu stroler bayi premium Aston Martin egg3® pada harga bermula £2,500 (RM14,260).

Kerjasama eksklusif dengan jenama kereta sorong bayi premium, egg® menghasilkan Aston Martin egg3®, iaitu stroler bayi yang menggabungkan kemewahan, hasil kerja tangan dan kejuruteraan cemerlang sebagai ciri khas dua jenama itu.

Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®

Stroler bayi itu bukan sekadar aksesori, tetapi manifestasi rekabentuk dan kualiti Aston Martin yang mana direka untuk memberikan pengalaman lancar dan responsif, sama seperti sebuah kenderaan mewah.

Setiap perincian, daripada sistem suspensi hingga gaya, direka teliti untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Rekabentuk, Butiran Terperinci

Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®

Aston Martin egg3® menampilkan rekabentuk elemen ikonik kenderaan Aston Martin. Corak jahitan kuilting pada tempat duduk diilhamkan daripada ruang kabin Aston Martin DBX707. Selain itu, corak itu turut diterjemah dalam kemasan pejal untuk memberikan tekstur sentuhan unik.

Butiran rekaan automotif lain juga jelas kelihatan. Roda stroler diilhamkan daripada corak sarang lebah yang terdapat pada model Valour dan Victor, manakala elemen grafik pada hab roda merujuk kepada tombol kawalan dalam kokpit Aston Martin.

Kualiti Bahan, Pilihan Warna

 

Setiap komponen stroler dibuat teliti dengan kulit asli diambil daripada sumber sama digunakan untuk ruang dalaman kenderaan Aston Martin.

Logo silikon timbul dan aksen silikon warna hijau limau (lime) pada beberapa versi menyerlahkan lagi warisan sukan permotoran Aston Martin.

Ada tiga warna pilihan model pelancaran itu:

  • Edisi hijau ikonik: Menampilkan aksen Racing Lime untuk penampilan berani dan sporty.
  • Dua variasi kelabu: Dibuat daripada fabrik corak tulang ikan (herringbone) yang diilhamkan daripada rekaan vintaj Aston Martin. Varian kelabu lebih terang dilengkapi perincian kulit Bitter Chocolate (cokelat) dan kemasan Magneto Bronze (tembaga), mirip tona mewah dalam kenderaan Aston Martin paling terkenal.

Tempahan Awal

Aston Martin egg3® dijadualkan tiba di pasaran suku keempat 2025. Tempahan awal akan dibuka September ini melalui peruncit terpilih seluruh dunia atau menerusi laman web rasmi eggstroller.com.

Harga belum didedahkan dan rujukan laman web untuk model stroler egg3® sedia ada berharga £879 (RM5,020). Namun untuk versi Aston Martin, harga stroler egg3® itu didakwa bermula £2,500 (RM14,260).

Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®
Aston Martin egg3®
aksesori Aston Martin Aston Martin egg3® egg egg3® Kereta Sorong Bayi Stroler Aston Martin egg3® Stroler Bayi
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
    Roda2

    Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

    02/03/2026
    Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
    Aksesori

    Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

    24/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.