Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Streetfighter Edisi Legenda GP, Suzuki GSX-8S Kevin Schwantz Limited Edition (2023) Diperkenal
Roda2

Streetfighter Edisi Legenda GP, Suzuki GSX-8S Kevin Schwantz Limited Edition (2023) Diperkenal

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize06/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Italia memperkenalkan produk edisi terhad Kevin Schwantz Edition untuk model sportbike middleweight, Suzuki GSX-8S, hatchback Suzuki Swift Sport Hybrid dan enjin bot sangkut DF200AP pada 2 September lalu.

Setiap produk Suzuki itu mewakili motosikal, kereta dan marin yang dikeluarkan Suzuki Italia lima unit saja setiap satu.

Suzuki GSX-8S Kevin Schwantz Limited Edition (2023) dijual pada harga €11,490 (RM57,605), termasuk cukai dan pendaftaran. Buat masa ini, sudah dua unit terjual.

Tempahan tiga produk itu sudah mula dibuka sejak 4 September lalu dengan deposit pendahuluan €500 (RM2,510). Proses pembelian mesti diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas deposit dibuat. Jika tidak selesai dalam tempoh itu, deposit akan dikembalikan.

Berikut spesifikasi model tersebut:

  • Enjin 4-lejang dwi-silinder 776cc Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI)berkuasa 83hp dan tork 78Nm @ 6,800rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) KYB di depan dam monoshock KYB di belakang.
  • Brek cakera kembar di depan dan cakera tunggal di belakang.
  • Rim 17 inci dengan tayar tiubles 120/70 di depan dan 180/55 (depan).
  • Tinggi pelana 810mm. Berat 202kg. Jarak tinggi bumi 145mm.
  • Kapasiti tangki minyak 14 liter.

Selain itu, Suzuki GSX-8S Kevin Schwantz Limited Edition itu mendapat unit pelana tunggal dengan kowl belakang yang dipasang standard untuk meniru ciri monoposto jentera lumba Schwantz.

Produk Suzuki edisi khas dan terhad itu boleh ditempah menerusi laman web Suzuki Italia dan tidak ditawarkan melalui pengedar biasa.

Ketiga-tiga produk berkenaan menampilkan liveri putih dan merah serta nombor #34 seperti terdapat pada jentera lumba Suzuki RGV500 dalam Kejuaraan Grand Prix (GP) yang dimenangi Schwantz pada 1993.

Semua produk Suzuki edisi khas itu akan ditandatangani Schwantz sendiri dan turut diberikan sijil ketulenan.

BACA >>> Suzuki Malaysia Perkenal Warna Baharu Raider R150Fi (2023), Harga RM8,838!
BACA >>> Suzuki GSX-8S SERT Edition (2023) Lancar di Perancis

SUMBER: RideApart

Bot Sangkut Kevin Schwantz Limited Edition Kejuaraan Grand Prix (GP) Kevin Schwantz Edition roda2 Roda4 Suzuki DF200AP Suzuki GSX-8S (2023) Suzuki RGV500 Suzuki Swift Sport Hybrid
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Isuzu D-Max 2026 lancar di Malaysia
    Trak dan Lori

    Isuzu D-Max 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM103k!

    01/04/2026
    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.