Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Spyshot: Yamaha Perkenal Streetfighter 150cc Baharu? – Xabre 150 Facelift atau MT155?
Roda2

#Spyshot: Yamaha Perkenal Streetfighter 150cc Baharu? – Xabre 150 Facelift atau MT155?

ZYBy ZY17/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat pengguna dan peminat jentera naked Yamaha FZ150i, tidak lama lagi anda akan ada pilihan baru untuk projek ‘klon’ model popular itu.

Berdasarkan intipan blog permotoran sensasi Indonesia, IwanBanaran.com, Yamaha Indonesia nampaknya seperti sudah bersiap sedia melancarkan facelift pertama jentera streetfighter naked, Xabre 150 (atau nama lainnya M-Slaz di pasaran Thailand) dalam jangka masa 4-6 bulan akan datang.

Ini agak mengejutkan kerana Xabre 150 baru saja dilancarkan tidak sampai 3 tahun lalu pada awal Januari 2016. Biasanya dalam tempoh singkat begini pengeluar hanya melancarkan model refresh menerusi tambahan aksesori, warna atau strip baharu.

BACA >>> 7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) – Harga RM47,388

Bagaimanapun, menerusi foto didedahkan, Xabre 150 akan datang itu bakal menampilkan wajah baharu yang lebih dekat dengan siri Yamaha MT sekarang.

Perkara pertama paling ketara ialah bahagian pelana yang menampilkan rekaan pelana tunggal, seperti Yamaha MT-09, tetapi lampu brek masih mengekalkan rekaan bar ringkas.


Bahagian panel depan turut menerima sentuhan DNA siri MT menerusi fairing kecil yang kelihatan seperti skup udara, berbeza model sekarang dengan rekabentuk aerodinamik tajam.

Tiada belly pan atau ‘sampan’ pada MT-07 dan MT-09. Bagaimanapun jika anda pernah lihat foto MT-125 yang hanya dilancarkan untuk pasaran Eropah, rekaan sampan atau belly pan Xabre 150 digarap semula bagi menyempurnakan penampilan sebuah jentera dalam siri MT.


Soal enjin bagaimanapun masih jadi tanda tanya. Adakah dinaik taraf kepada 155cc VVA seperti jentera 150cc (2018) keluaran Yamaha Indonesia seperti R15 dan V-ixion R (adik beradik FZ150i) kerana gambaran didedahkan tidak menujukkan struktur head enjin.

Sama ada naik taraf enjin atau tidak, model yang diintip ini sudah cukup menarik. Apatah lagi jika apa yang dimahukan peminat ialah sebuah streetfighter kecil 150cc dengan rekabentuk mirip streetfighter Yamaha lain dalam siri MT. Misalnya MT-09 yang semestinya di luar jangkauan rata-rata peminat jentera 3 silinder di Asean.

BACA >>> 5 Motosikal Naked Middleweight Pilihan dengan Bajet RM30K

Soalnya sekarang, dengan perubahan rekabentuk begini, adakah masuk akal ia masih mengekalkan nama Xabre 150? Kami rasa nama MT-155 lebih cocok dengan imej yang mahu ditampilkan. Apa kata anda?

SUMBER: iwanbanaran.com

iwan banaran Risikan Spyshot Yamaha Indonesia yamaha m-saz yamaha m-slaz yamaha mt-09 Yamaha R15 yamaha streetfighter yamaha xabre 150
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.