Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Spyshot: Yamaha MT-25 Dikesan di Lebuh Raya Malaysia?
Roda2

#Spyshot: Yamaha MT-25 Dikesan di Lebuh Raya Malaysia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/11/20198 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


IMEJ intip kiriman salah seorang pembaca ini sudah lama kami terima. Bukan berniat hendak peram, tetapi kami cuba mengumpulkan beberapa lagi maklumat mengenai model tersebut daripada beberapa sumber dipercayai.

Namun, usaha kami gagal kerana buat masa ini mereke enggan buka mulut dan ada kalangan sumber mendakwa masih belum dengar sebarang berita tentang famili MT itu.

Menurut pengirim gambar, imej dirakamkan itu ialah Yamaha MT-25 yang katanya sedang ditunggang uji di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

YAMAHA MT-15
YAMAHA MT-25

Sekali imbas memang sukar hendak membezakan MT-15 dan MT-25 kerana rekabentuk kedua-dua model adalah sama, hanya sesaran enjin berbeza. Imej yang dihantar juga kurang jelas, cuma pandangan sisi belakang. Jadi tidak dapat disahkan model yang dilihatnya sama ada betul-betul MT-15 atau MT-25.

Difahamkan, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tidak pernah mempamerkan MT-15 atau MT-25 di mana-mana acara rasmi. Jadi sukar untuk kita buat kesimpulan awal mengenai kemungkinan model itu menjengah pasaran Malaysia.

BACA >>> Yamaha MT-15 (2019) Versi Bajet Lancar di India, Harga RM8k Sahaja!

RAMALAN KAMI?

Andaian kami, ada kemungkinan model yang sedang ditunggang uji itu ialah MT-25 berdasarkan sosok badan yang lebih besar dan menjungkit. Lagipun HLYM hanya menawarkan model fairing (R15 dan R25) untuk barisan sportbike suku liter ke bawah. Sebaliknya siri MT diletakkan sebagai abang besar, iaitu MT-09 dan MT-07.  Dalam segmen 150cc pula, HLYM sudah ada pasangan kepada R15, iaitu Y15ZR aka YSuku.

Jadi bagi mengisi vakum antara model sesaran kecil dan besar, produk terbaik adalah MT-25. Dalam segmen sportbike suku liter, Yamaha cuma baru ada R25 dan siapa tahu jika HLYM mahu meluaskan lagi pasaran segmen berkenaan.

Jika Kawasaki ada Ninja250 dan Z250. Jadi, HLYM boleh saja  mencuba nasib dalam segmen naked bike dengan membawa masuk MT-25. Dan selalunya pertaruhan model baharu berjenama ‘Y’ tidak pernah mengecewakan.

Malah, pasaran negara jiran, Indonesia sudah lama melancarkan model tersebut (foto atas) sekitar 2015 pada harga anggaran RM16,000. Better late than never! Tunggu dan lihat.

BACA >>> Yamaha MT-25 (2019) Siap Sedia Serang Indonesia dengan Wajah Lebih Bengis!

Auto Terkini foto spyshot Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Imej Intip naked bike roda2 Spyshot Spyshot Yamaha MT-25 Malaysia Yamaha Yamaha MT-15 Yamaha MT-25 yamaha mt125
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026

    8 Comments

    1. aliff on 20/11/2019 11:30

      mt25 kot ni..ejos pun sama mcm r25 je

      Reply
    2. Mel on 20/11/2019 14:05

      Mmg susah nak tentukan dari sudut ini tapi rasanya MT25 sbb saya perasan pemegang no plet lebih tajam dibhg bawah.

      Reply
    3. Ryzal on 10/04/2020 21:48

      Mudah2 Yamaha mt – 25 masuk Malaysia.

      Reply
    4. Ewan on 24/05/2020 01:11

      Sy lagi suka naked style, sebab kalau nak letak box bahagian belakang kiri dan kanan memang sesuai, ade la mamat tu letak box kiri kanan dan belakang dekat R25, dah macam hape ntah. Agak x sesuai langsung. Kalau mt 25 masuk malaysia , mesti ramai memilikinya, sy nak beli r25 pikir bnyak kali. Top speed dapat 150km ke atas dh selese bagi sy, laju2 sangat bahaya plak. Santai2 je. sebenarnye bole je modi r25 jadi mt25, tapi kene sman plak nanti.

      Reply
    5. Ikhwan kushairi on 31/05/2020 11:03

      Saya harap HLYM dapat luaskan lagi penjualan moto model mt25 masuk ke malaysia, sebabnya ramai yg suka cuting naked stlye, dengan cuting rupa yang menarik berbanding naked kawasaki bagi saya, memang di malaysia ada masuk jualan jenis motor mt 07, tetapi tidak ramai yang mampu memilikinya di sebabkan harganya yang agak keras,oendapat saya mt25 kalau letak box belakang, kiri dan kanan memang sesuai berbanding r25, saya memang peminat tegar yamaha dan kawan2 yg lain turut minat sama model naked ini, baru sedap jalan jauh, dari segi cc dia pula, saya memilih 250 ini sebab apa bila kita bawa dalam 140km injen tidak meraung dan lembut berbanding dengan fz 150i. Kalau di malaysia bole luluskan modi moto r25 ke mt25, huhuhu sudah lame saya lancarkan. Kalau motor model mt 25 masuk malaysia, saya tidak akan pandang yang lain. Memang mt25 pilihan motor saya yg di tunggu2 selama ini.

      Reply
    6. michael on 15/06/2020 14:02

      Harap-harap HLYM dapat tunaikan permintaan peminat Yamaha bike…saya masih menunggu Yamaha naked bike sejak tahun 2018…Syabas kepada HLYM atas keperihatin terhadap kepekaan permintaan pasaran Malaysia

      Reply
    7. Mohd hisham on 16/06/2020 21:40

      Mt 03 agak2 masuk pasaran malaysia ke?

      Reply
    8. Zulfairusmohd jelani on 29/07/2020 23:02

      HLYM masuk kn la mt25 dgn segera .sy menanti nye amat lame .pls……

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.