Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Spyshot: Triumph Daytona Serba Baharu Bakal Kembali dengan Enjin 765cc
Roda2

#Spyshot: Triumph Daytona Serba Baharu Bakal Kembali dengan Enjin 765cc

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH sedang membangunkan Daytona serba baharu menggunakan enjin 765cc yang kali pertama diperkenalkan pada model Street Triple. Enjin itu akan digunakan untuk model Daytona dan khabar itu dikuatkan dengan penampakan kelibat jentera itu sedang ditunggang uji di Sepanyol.

Berdasarkan imej spyshot, Daytona itu siap tertera lencana R atau SE seperti model terdahulu. Jadi, tiada keraguan bahawa itu ialah model baharu Daytona berdasarkan kehadiran komponen Daytona 675. Frem dan swingarm nampak sama, manakala kontur panel fairing mirip dengan model lama.

BACA >>> Triumph Dedah Kuasa Kuda Dihasilkan Enjin Jentera Lumba Moto2 – 138hp!

Imej spyshot itu turut mendedahkan pelana tunggal bersama subfrem merah terang yang menjadi indikator itu ialah model R. Sudah pasti enjin menggunakan unit 765 daripada Street Triple menerusi pembangunan program Moto2.

Walaupun enjin Moto2 berkongsi banyak binaan sama seperti enjin jalanan, tetapi ada perubahan utama pada tren injap, profil aci (cam) dan berat dalaman untuk Daytona baharu. Selain fairing hitam, imej itu turut mendedahkan fork Öhlins NIX30 warna emas versi spesifikasi tinggi dan boleh laras.

Bahagian roda Triumph menggunakan kaliper radial Stylema Brembo yang lebih ringan yang menawarkan lebih kuasa berbanding versi terdahulu. Absorber TTX di belakang nampak sama seperti Daytona 675 versi R. Turut kelihatan ialah skrin papan pemuka TFT warna penuh.

BACA >>> Triumph Speed Triple S dan RS (2018) Kini Lebih Canggih, Berkuasa

Jadi, bilakah model berkenaan akan muncul? Paling awal, ia dijangka tampil pada penghujung tahun ini. Kemungkinan Malaysia perlu menunggu 2020 untuk menantikan ketibaan Daytona serba baharu.

SUMBER: MCN

roda2 Spyshot Triumph Triumph Daytona Triumph Daytona 765 Triumph Street Triple
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.