Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Spyshot: Superbike QJMoto Guna Komponen MV Agusta Brutale 1000
Roda2

#Spyshot: Superbike QJMoto Guna Komponen MV Agusta Brutale 1000

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BEBERAPA foto tular di media sosial di China memaparkan sebuah motosikal superbike berkapasiti 1,000cc yang dikatakan berjenama QJMotor. Jenama itu merupakan ‘adik-beradik’ Benelli dan bernaung di bawah syarikat Qianjiang.

Bagaimanapun, sportbike itu nampak lebih berjiwa Itali berbanding China kerana di sebalik panel serta fairing badan itu, ada komponen mekanikal dari MV Agusta Brutale 1000.

DESAIN SUPERBIKE QJMOTOR

Sebelum melihat perincian mengenai superbike QJMotor atau rancangan pengeluaran termasuk eksport ke pasaran global, apa kata kita teliti rekabentuknya terlebih dahulu.

QJMotor 1000RR nampak ada berkongsi rekabentuk dan gaya seperti model sport terbaharu 600RR khususnya pada wajah depan dan lampu utama.

BACA >>> QJMotor Naik Taraf Sportbike 600RR (2022), Kini Lebih Berkuasa

Bagaimanapun, QJMotor 1000RR dipasang winglet yang lebih besar berbanding varian 600RR. Laporan mengatakan rekabentuk 1000RR sekadar untuk ujian berbanding tujuan pengeluaran. Teori itu disokong skim dwi-warna untuk bahagian kiri dan kanan.

Pandangan arah belakang benar-benar menampakkan gaya MV Agusta. Tangki minyak mungkin baharu tetapi mirip tangki Brutale 1000. Frem dan trenkuasa pula adalah dari MV Agusta, begitu juga swingarm sebelah. Tidak ketinggalan ialah ekzos empat muncung Brutale.

Komponen mekanikal yang berbeza cuma fork hadapa Marzocchi buatan China. Ini bukan kejutan kerana Marzocchi ada kerjasama dengan Qianjiang pada awal 2022 untuk mendirikan kilang pembuatan di Zhejiang.

QJMotor 1000RR ini menunjukkan hala tuju dan kerjasama sinergi antara MV Agusta dan Qianjiang yang mungkin berlaku pada masa akan datang dengan pihak Itali membekalkan teknolohi kejuruteraan kompleks dan China menawarkan pengeluaran massa pada kos rendah.

Kewujudan superbike itu bukan satu kejutan besar kerana Qianjiang dan MV Agusta pernah memeterai perjanjian pada tahun 2020. Firma China itu pernah menyatakan MV Agusta akan membekalkan trenkuasa 4-silinder 1,000cc untuk kegunaan motosikal masa hadapan Benelli.

Pada ketika itu, QJMotor belum wujud tetapi kini, ada lebih 30 jenama motosikal di pasaran China dan menjadi antara model jualan terbaik. Ini mungkin sebabnya idea untuk Benelli dipindahkan kepada QJMotor.

BACA >>> MV Agusta Pula Mahu Hasilkan Sportbike Kecil, Guna Enjin Benelli 502?

QJMOTOR 1000RR BAKAL DIHASILKAN?

Masih terlalu awal untuk mengesahkan model QJMotor 1000RR akan dikeluarkan untuk pasaran dunia. Foto yang tular itu adalah versi prototaip sejak November 2022.

Pada masa sama, Pierer Mobility AG iaitu syarikat induk KTM, Husqvarna dan GasGas ada membuat pembelian 25.1 peratus pegangan dalam MV Agusta. Khabar angin dalam industri mengatakan itu adalah langkah pertama ke arah mengambil alih sepenuhnya jenama Itali tersebut.

KTM juga sudah mengambil alih edaran global motosikal MV Agusta. Ini mungkin satu masalah kompleks kerana KTM ada hubungan rapat dengan satu lagi pengeluar motosikal China iaitu CFMoto. Jadi, ini mungkin mencetus konflik dalam rancangan dibuat antara MV Agusta dan Qianjiang.

BACA >>> KTM Bakal Beli 25 Peratus Kepentingan Dalam MV Agusta Bulan Ini
BACA >>> KTM RC 8C (2023) Habis Jual Kurang 3 Minit!
BACA >>> MV Agusta 1000 RR yang Lebih Mampu Milik Didedahkan, 209hp
BACA >>> Superbike Benelli Bakal Guna Enjin 4-Silinder 1,000cc Milik MV Agusta?
BACA >>> MV Agusta Lancar Brutale 1000 RS, Harga Mula RM125k!
BACA >>> MV Agusta Keluar Motosikal Elektrik 2027
BACA >>> #Spyshot: Tular Foto Prototaip Sportbike Benelli 550 di China

SUMBER: CycleWorld

1000cc autoterkini benelli MV Agusta Brutale 1000 Qianjiang QJMotor QJMotor 1000 RR (2023) roda2 spyshot superbike Superbike China 1 Zhejian Qianjiang Motorcycle Group Co
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    15/05/2026
    Roda2

    Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

    14/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.