Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»SPYSHOT: Ducati Scrambler Cafe Racer Bakal Dilancarkan Julai Ini – Harga Sekitar RM68,000?
Roda2

SPYSHOT: Ducati Scrambler Cafe Racer Bakal Dilancarkan Julai Ini – Harga Sekitar RM68,000?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/07/2017
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati Scrambler Cafe Racer MalaysiaDUCATI Malaysia bakal melancarkan model Ducati Scrambler Cafe Racer ke pasaran tempatan dalam masa terdekat. Ini berikutan kami terserempak dengan model ini ketika menjalani ujian VTA oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagaimanapun, tarikh pelancaran masih belum didedahkan. Menurut sumber, kemungkinan Ducati Scrambler Cafe Racer bakal dilancarkan sekitar penghujung Julai atau awal Ogos.

Sebagai makluman, Ducati Scrambler Cafe Racer dipertontonkan kepada umum pada EICMA 2016 di Milan, Itali. Tentunya sekali pandang, ia cukup menggiurkan.

BACA >>> Ducati Multistrada 950 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM85,900

Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia

GABUNGAN KLASIK & MODEN

Gabungan klasik dan moden begitu seimbang di setiap sisi.  Imej cafe racer diserlahkan menerusi penggunaan material pelana kulit berwarna coklat. Bahkan, pilihan ekzos hitam dengan  peredam aluminium Termignoni menyuntik rasa sport pada jentera klasik itu.

Ia kemudian dipadankan dengan rekabentuk klasik menerusi lampu hadapan bulat bersama lensa berbahan kaca. Lampu tersebut juga dilengkapi dengan ciri LED. Tidak ketinggalan lampu belakang turut menggunakan teknologi LED bersama lampu difusi.

BACA >>> Ducati Monster 797 Si Pembuli Jalanan – Harga Serendah RM55,900

Ducati Scrambler Cafe Racer MalaysiaBahagian meter pula dilengkapi dengan panel digital LCD yang merangkumi informasi kelajuan, jarak perjalanan dan jam. Cukup ringkas tetapi infomatif.  Di bahagian sisi tangki bersaiz 13.5L itu, pihak Ducati meletakkan lencana ‘Scrambler’ yang timbul.

Bagi pengendalian yang mantap, Ducati Scrambler Cafe Racer menggunakan rangka  Tubular Steel Trellis. Rangka berkenaan bukan sahaja kuat tetapi juga ringan. Sehingga mampu membuatkan model klasik berkenaan memecut dengan mudah.

BACA >>> Beli Motosikal Ducati, Dapat Servis Percuma 2 Tahun!

BACA >>> Spyshot: Ducati Monster 1200R Dikesan, Kuasa Dipertingkat 10 Peratus

enjin Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia

HARGA SEKITAR RM68,000

Dilengkapi dengan emisi Euro4, kami percaya café racer milik Ducati itu bakal memberikan kecekapan bahan api yang baik. Jika di bawa masuk ke pasaran tempatan, kami menganggarkan harga Ducati Scrambler Café Racer ialah sekitar RM68, 000 seunit.

SPESIFIKASI

ENJIN 803cc, teknologi L-Twin Desmodromic Distribution

KUASA MAX 74hp @ 8,250rpm

TORK MAX 68Nm @ 5750rpm

TRANSMISI 6-kelajuan wet klac APTC Multiple

PxLxT 2,107mm X 810mm, 1,066mm

JARAK RODA 1,436mm

TINGGI PELANA 805mm

BERAT 188kg

SUSPENSI Fork Upside Down Kayaba berukuran 41mm (depan) / Penyerap hentak Kayaba dengan preload yang boleh laras Kayaba

RODA 120/70 ZR17 (depan)/ 180/55 ZR17 (belakang)

GALERI

Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
harga Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
harga Ducati Scrambler Cafe Racer
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
enjin Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia
Harga Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia

 

Ducati Malaysia Ducati Scrambler Cafe Racer Ducati Scrambler Cafe Racer Malaysia enjin Ducati Scrambler Cafe Racer harga Ducati Scrambler Cafe Racer meter Ducati Scrambler Cafe Racer tayar Ducati Scrambler Cafe Racer
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
Roda2

Triumph Street Triple 765 RX Tiba di Malaysia, Edisi Terhad, Dari RM81,100

19/02/2026
Roda2

Triumph Trident 800 Rasmi di Malaysia, Bermula RM53,900

19/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.