Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Bocor Foto Cruiser Terkecil Harley-Davidson Menjelang Pelancaran di India
Auto Terkini

#Spyshot: Bocor Foto Cruiser Terkecil Harley-Davidson Menjelang Pelancaran di India

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize06/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL Harley-Davidson pertama buatan India akan diperkenal tidak lama lagi, tetapi imej motosikal jenis cruiser itu, yang masih dalam fasa ujian, sudahpun bocor atas talian!

Semua foto bocor itu mendedahkan banyak maklumat tentang rekabentuk, ciri dan komponen tersebut yang diuarkan sebagai model Harley-Davidson paling mampu milik.

Sekilas pandang, model Harley-Davidson itu memang nampak menarik dengan rupa depan ringkas dan kemas menerusi lampu utama bulat berserta lampu siang (DRL) LED melintang di tengah.

Panel meter bulat klasik dengan paparan digital memaparkan spidometer, takometer dengan rev maksimum 8,000rpm, indikator baki petrol api dan jam.

Tidak seperti Harley-Davidson tradisional yang mendapat gaya cruiser sebenar, model ini nampaknya memiliki pengaruh streetfighter.

Bagaimanapun, butiran seperti nama dan kapasiti enjin belum didedahkan. Foto juga mendedahkan nombor pendaftaran 4XX yang membayangkan model itu mungkin berkapasiti 400cc.

Dengan rev merah pada 8,000rpm, kami jangka cruiser itu mempunyai tork tinggi dan bakal dipadankan transmisi manual 6-kelajuan. Bahagian suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan dwi-absorber di belakang.

Komponen brek menggunakan jenama ByBre dengan cakera tunggal di depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Bahagian roda menggunakan rim aloi 17 inci dengan tayar CEAT Zoom saiz 100/90 di depan dan 140/70 di belakang.

Imej bocor tersebar turut menunjukkan rupa motosikal yang agak lengkap. Justeru pengumuman rasmi kemungkinan besar dibuat Harley-Davidson India masa terdekat.

Ini boleh menjadi tawaran terkecil Harley-Davidson untuk India, yang sudah dibangunkan dan akan dikeluarkan Hero MotoCorp. Harga ditawarkan produk ini mungkin sekitar 250,000-300,000 rupee (RM13,415 – RM16,100k)) dan akan bersaing dengan lawan seperti Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350.

BACA >>> Cruiser Harley-Davidson Paling Mampu Milik, X350 dan X500 Lancar 10 Mac Ini
BACA >>> Harley-Davidson X350 (2023) Hadir dengan Tiga Pilihan Warna, Harga Mula RM21.7k!

SUMBER: BikeWale

400cc Auto Terkini cruiser Foto Bocor Harley-Davidson Hero Motocorp India Leaked leaked photo Meteor 350 Royal Enfield Classic 350 Spyshot terdedah
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.