Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Sony Hasilkan Model Konsep Kereta Elektrik Vision-S yang Mampu Pecut 239kmj!
Roda4

Sony Hasilkan Model Konsep Kereta Elektrik Vision-S yang Mampu Pecut 239kmj!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SONY mengejutkan pengunjung Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020 apabila mendedahkan model konsep kereta elektrik dinamakan Vision-S.

Kereta tersebut dicipta untuk memaparkan usaha syarikat teknologi itu dalam pembangunan bidang mobiliti dengan menggunakan tidak kurang 33 jenis sensor. Antaranya sensor imej CMOS, Solid State LiDAR dan teknologi radar untuk mengesan dan mengenal pasti individu atau objek luar model konsep itu.

BACA >>> Model Konsep Daihatsu DN Multisix Bakal Jadi Perodua Alza Baharu?

Di dalam kabin, Vision-S dipasangkan sensor Time of Flight (ToF) yang mampu mengesan kehadiran manusia dan objek lain. Menurut Sony, model konsep itu ialah kereta elektrik autonomi Tahap 2.

Kabin juga menampilkan satu skrin sentuh panjang untuk paparan infotainmen pada zon papan pemuka. Skrin panoramik pula berfungsi memaparkan pandangan secara langsung menerusi input daripada kamera luar kereta, mirip Honda-e. Selain itu, ada panel skrin dipasangkan di belakang perehat kepala penumpang dan pemandu.

Sony juga memadankan sistem audio 360 Reality Audio dalam kabin yang menawarkan alunan bunyi 360º kepada semua penumpang. Malah pembesar suara juga dipasangkan dalam setiap kerusi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sony, Kenichiro Yoshida berkata, Vision-S dibangunkan atas sebuah platform EV rekaan baharu. Ada mendakwa platform itu dibekalkan syarikat Magna.

BACA >>> Suzuki Perkenal Model Konsep Retro Moden, Waku SPO dan Hanare

Model konsep ini menggunakan dwi motor elektrik 200kW yang mampu memecut 0-100kmj sepantas 4.8 saat, manakala kelajuan maksimum 239kmj.

Sony sebenarnya berjaya membina model konsep itu dengan bantuan beberapa syarikat lain seperti Bosch, Continental, NVIDIA dan Qualcomm. Bagaimanapun, belum ada kepastian sama ada Sony benar-benar mahu menghasilkan kereta tersebut untuk pasaran massa.

BACA >>> Lexus LC Inspiration Series – daripada Model Konsep kepada Kereta Edisi Terhad

GALERI

SUMBER: Sony | CarScoops

Auto Terkini CES 2020 model konsep Pameran Elektronik Pengguna (CES) Roda4 Sony Sony Vision-S
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.