• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter SYM Jet 14 EVO (2023) Lancar di Taiwan dengan Rupa Lebih Sporty, Agresif

Skuter SYM Jet 14 EVO (2023) Lancar di Taiwan dengan Rupa Lebih Sporty, Agresif

December 8, 2022 By Aryon Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dari Taiwan, SYM melancarkan  SYM Jet 14 Evo (2023), yang dikemas kini daripada model skuter popular Jet 14 dengan ciri penghidup tanpa kunci (keyless) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Skuter ini menampilkan rekabentuk lebih sporty dan agresif dengan sistem lampu LED kembar dan lampu siang (DRL) dan visor angin baharu, manakala cermin sisi kini disepadukan bersama lampu.

BACA >>> SYM Husky ADV (2022) Lancar, Bakal Cabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i
BACA >>> Skuter Sport Bakal Saingi Yamaha NVX, SYM MMBCU Lancar di China, Harga RM16k

Berikut perincian SYM Jet 14 Evo (2023):

  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 149cc penyejukan cecair  dengan kuasa pada rev 8,500rpm dan tork pada 6,500rpm.
  • Kapasiti tangki minyak 7.2 liter
  • Menggunakan sistem brek cakera 260mm di depan dan 240mm di belakang, serta dipasangkan ciri ABS.
  • Masih mengekal dimensi kompak yang sama seperti SYM Jet 14 asal dengan rim 14 inci.
  • Penutup tangki minyak dialihkan ke bahagian tengah casis yang memudahkan penunggang mengisi minyak.
  • Perubahan itu juga memberikan ekstra ruang storan bawah pelana.
  • Bar belakang juga direka semula yang membolehkan aksesori seperti kotak barang (top box) , atau bar genggam untuk pembonceng ditambah.
  • Lantai kaki juga direka semula.
  • Ciri lain ditambah baik ialah port USB 3.0 untuk pengecasan pantas peranti pintar, panel meter dengan skrin LCD kontras tinggi bersaiz besar, penghidup Keyless 2.0.

Harga belum didedahkan, tetapi berdasarkan kapasiti enjin, SYM Jet 14 Evo (2023) dijangka memasuki pasaran Asia sebelum versi 125cc menyusul untuk pasaran Eropah.

BACA >>> Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA
BACA >>> MForce Perkenal Dua Varian SYM Jet X 150 (2021), Harga Mula RM8.8k!

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, SYM, SYM Jet 14 Evo (2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my