Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Skoda Kushaq 2026 di India dengan Pilihan Transmisi Manual, Automatik 8-Kelajuan
Roda4

Skoda Kushaq 2026 di India dengan Pilihan Transmisi Manual, Automatik 8-Kelajuan

Abang HirataBy Abang Hirata21/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Skoda Kushaq 2026 di India

SKODA Auto India memperkenalkan Skoda Kushaq 2026 untuk pasaran automotif India pada 20 Januari 2026, baru-baru ini

Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu membawakan pembaharuan dari gaya luaran lebih moden dan pengenalan teknologi pertama dalam segmen untuk memberikan nilai tambah kepada pengguna di negara tersebut.

Sejak pelancaran pada 2021, Skoda Kushaq mencatatkan jualan lebih 94,900 unit dan kini dieksport ke pasaran global seperti Vietnam, Timur Tengah dan Afrika.

Evolusi Gaya Luaran, Varian Monte Carlo

Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India

Dari sudut estetika, Skoda Kushaq 2026 menampilkan imej lebih gagah dan sofistikated melalui penerapan elemen bahasa rekabentuk ‘Modern Solid’.

Transformasi rupa depan SUV segmen-B itu dapat dilihat pada penggunaan gril baharu dengan gril krom tebal dan Illuminated Light Band yang memberikan identiti cahaya unik. dengan gril depan tidak lagi kelihatan mirip gril ginjal jenama kereta Jerman.

Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
  • Rupa depan dilengkapi lampu LED baharu, lampu kabus LED, dan sensor parkir depan
  • Profil sisi menampilkan garis kemas dan mantap, lengkap braket pada gerbang roda dan sisi bawah pintu
  • Rupa belakang menampilkan lampu LED jenis bersambung dengan lampu signal belok sekuensial, dan diserikan tulisan ‘Skoda’ berlampu yang merentangi kedua-dua lampu
  • Penggunaan rim aloi menjadi ciri standard semua varian
  • Ada pilihan lapan warna, termasuk tiga warna baharu: Shimla Green (hijau), Steel Grey (kelabu) dan Cherry Red (merah)
  • Varian Monte Carlo ditawarkan buat kali pertama serentak pada tarikh pelancaran model

Skoda Kushaq 2026 kekal praktikal untuk pelbagai kondisi jalan raya dengan jarak tinggi bumi 188mm yang memudahkan pengendalian atas permukaan jalan mencabar.

Trenkuasa, Transmisi

Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
  • Enjin 1.0 TSI: Unit 3-silinder dengan output kuasa 114hp dan tork 178Nm
  • Pemandu diberikan pilihan transmisi sama ada manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan jenis penukar tork (torque converter) yang menjadi ciri pertama dalam segmen itu
  • Enjin 1.5 TSI: Menghasilkan output kuasa 147hp dan tork 250Nm. Enjin 4-silinder ini turut dilengkapi Teknologi Silinder Aktif (ACT) bagi tujuan penjimatan bahan api dan dipadankan eksklusif bersama transmisi DSG 7-kelajuan yang pantas
  • Sistem Brek: Bagi menjamin kuasa membrek lebih meyakinkan, varian 1.5 TSI dilengkapi sistem brek cakera pada kedua-dua roda depan dan belakang

Transformasi Ruang Kabin, Keselesaan Premium

Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India

Ruang dalaman Skoda Kushaq 2026 direka semula untuk memberikan pengalaman pemanduan jarak jauh lebih mewah.

Antara perubahan paling ketara adalah pengenalan bumbung suria panoramik dan penggunaan material lebih berkualiti dalam kabin.

  • Sistem lampu ambien dwi-warna mewujudkan suasana kabin lebih tenang dan eksklusif
  • Kerusi pemandu dan penumpang depan jenis boleh laras elektrik 6-tetapan, serta dilengkapi sistem pengudaraan untuk cuaca panas
  • Pengenalan fungsi urutan kerusi belakang sebagai ciri pertama dalam segmen bagi mengurangkan keletihan penumpang
  • Ciri standard kini terdiri daripada sistem penyaman udara automatik Climatronic dan bumbung suria elektrik untuk semua varian
  • Ruang but luas dengan kapasiti 491 liter, boleh dipertingkat hingga 1,405 liter apabila kerusi belakang dilipat

Integrasi Google Gemini, Ciri Keselamatan

Skoda Kushaq 2026 di India

Skoda Kushaq 2026 dilengkapi unit infotainmen 10.1 inci dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay wayarles, yang disesuaikan khas untuk memenuhi keperluan serta jangkaan pelanggan di India.

Teras sistem adalah arahan suara canggih yang dikuasakan Google Automotive AI Agent, menerusi pengenalan bantuan kecerdasan buatan (AI) Gemini.

Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India

Ciri itu menawarkan kelebihan:

  • Menyediakan bantuan pintar yang peka konteks dan maklumat masa nyata untuk pemandu
  • Membolehkan kawalan bebas tangan untuk muzik, panggilan telefon, tetapan suhu kabin dan pelbagai fungsi lain
  • Sistem dibangunkan dengan pemahaman mendalam terhadap keperluan tempatan dengan kemampuan mengecam loghat Bahasa Inggeris India bagi memastikan interaksi suara inklusif dan intuitif

Keselamatan

Dari aspek keselamatan, Skoda Kushaq 2026 memperoleh rating 5-bintang dalam Global NCAP pada 2022. Model itu kini menawarkan lebih 25 ciri keselamatan aktif dan pasif sebagai standard semua varian, termasuk enam beg udara.

Pelanggan yang memilih varian lebih tinggi akan menerima lebih 40 ciri keselamatan, termasuk kamera pandang belakang, Kawalan Jelajah, dan wiper automatik dengan sensor hujan.

Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Skoda Kushaq 2026 di India
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 ŠKODA Skoda Auto India ŠKODA Kushaq Skoda Kushaq 2026
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.