Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Siri Akhir Aston Martin V12 Vantage Lancar, 333 Unit Habis Ditempah!
Roda4

Siri Akhir Aston Martin V12 Vantage Lancar, 333 Unit Habis Ditempah!

Abang HirataBy Abang Hirata29/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASTON Martin Vantage
ialah model sport elegan, dan garang dengan rekabentuk tidak lekang dek masa. V8 Vantage dikeluarkan pada 2005 hingga 2017. Lama bukan?

Pada masa sama V12 Vantage dikeluarkan dari 2009 hingga 2018. Penggantinya, V8 Vantage (AM6) dikeluarkan pada 2018 dan masih menggunakan falsafah rekabentuk sama.

BACA >>> Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!

Seiring perubahan undang-undang, teknologi dan pasaran, Aston Martin akan menggunakan trenkuasa baharu. Sempena pengakhiran itu, Aston Martin memperkenalkan V12 Vantage (2022) baharu yang hanya 333 unit dihasilkan.

Ini ialah model baharu yang dirangkumkan dalam kelompok terakhir, dan juga Vantage paling laju serta berkuasa pernah dikeluarkan. Berikut ciri Aston Martin V12 Vantage (2022):

BACA >>> Lelaki Kongsi Kos Baiki Lamborghini Sama Harga Myvi AV, Siap Bayar Tunai!

Trenkuasa

  • Enjin 5.2L V12, berkuasa 700ps (698hp) @ 6,500rpm dan tork 753Nm @ 1,800-6,000 rpm.
  • Kelajuan maksimum 322kmj, manakala pecutan 0-100kmj dalam masa 3.4 saat.
  • Nisbah kuasa kepada berat 390ps per tan, meningkat lebih 20 peratus berbanding Vantage V8.
  • Transmisi automatik 8-kelajuan ZF dengan diferensial gelincir terhad (LSD) mekanikal di belakang.
  • Transmisi dikalibrasi semula bagi meningkatkan anjakan gear dan interaksi pemandu dengan input daripada model V12 Speedster dan Vantage F1 Edition.
Rekabentuk

  • Badan dilebarkan sekitar 40mm supaya sepadan dengan jarak trek lebar.
  • Spliter penuh depan untuk menjana tambahan daya mendap dan keseimbangan aerodinamik.
  • Gril depan 25 peratus lebih besar untuk meningkatkan aliran udara.
  • Ventilator enjin bentuk ladam kuda yang disepadukan dengan bonet bagi meningkatkan penyejukan, mirip karakter rekaan Vantage GT12.
  • Bahagian sisi dengan pengaruh lumba dan bayangan model V12 Vantage terdahulu.
  • Bampar belakang baharu dengan difuser yang disepadukan bagi mengekalkan keseimbangan aerodinamik dari depan hingga belakang.
  • Spoiler belakang dengan daya mendap maksimum 204kg pada kelajuan tertinggi dan turut menambah impak aspek visual. Pembeli juga ditawarkan pilihan tanpa spoiler belakang untuk gaya lebih sederhana.

  • Kerusi Sports Plus Seat dibalutan kulit penuh semi-anilina.
  • Pilihan kerusi berprestasi gentian karbon dengan enam larasan manual. Kerusi dengan paten rekabentuk Aston Martin yang dipengaruhi model lumba dan penjimatan berat 7.3 kg.
Komponen Ringan
  • Menggunakan komponen ringan daripada gentian karbon untuk bampar depan, bonet, fenderdepan, sil sisi dengan lid dek dan bampar belakang komposit.
  • Turut menggunakan bateri ringan dan sistem ekzos muncung kembar.
  • Sistem ekzos baharu dibuat daripada besi tahan karat ringan 1mm dengan penjimatan berat sekitar 7.2kg berbanding Vantage biasa.
Casis dan Pengendalian

  • Set suspensi damper adaptif baharu, termasuk komponen lain seperti palang antioleng, sesendal, spring dan perkakasan redaman.
  • Kekenyalan spring dipertingkat 50 peratus di depan dan 40 peratus di belakang.
  • Ketegaran topang atas (top mount) dipertingkat kepada 13 peratus dengan palang antioleng lebih 5 peratus tegar di depan dan 41 peratus lebih lembut di belakang.
  • Supaya pemandu kekal selesa, satu lagi spring (secondary tender spring) dipasang di belakang. Komponen ini berfungsi memberikan kadar kekenyalan lebih rendah berbanding spring utama untuk pemanduan selesa tanpa menjejaskan prestasi dinamik.
  • Ketegaran badan dipertingkat dengan menambah komponen seperti pendakap strut (strut brace) suspensi belakang, pendakap tangki minyak.
  • Kalibrasi stereng untuk meningkatkan fiil stereng dan memberikan respon lebih tajam.
  • Brek Carbon Ceramic Braking (CCB) dengan cakera 410mm x 38mm dan angkup enam piston di depan. Cakera belakang 360mm x 32mm dengan angkup empat piston.
  • Teknologi CCB dengan penjimatan berat 23 kg berbanding brek besi. Pengurangan berat turut membantu dalam kualiti pemanduan dan pengendalian.
  • Rim aloi 21 inci hitam satin atau hitam satin berlian. Pilihan rim dengan penjimatan berat 8kg dalam wana hitam satin.
  • Tayar standard Michelin Pilot 4S saiz 275/35 R21 (depan) dan 315/30 R21 (belakang).

Kepada berminat, pengumuman V12 Vantage dibuat pada Disember 2021 dan sambutan diterima begitu luar biasa.

Hasilnya semua 333 unit sudah habis dijual sebelum diperkenalkan secara rasmi! Pengeluaran V12 Vantage (2022) bermula suku pertama 2022 dan penghantaran dijadual pada suku kedua tahun sama.

BACA >>> SUV Mewah Prestasi Tinggi Aston Martin DBX Berlabuh di Malaysia, Harga RM818k
BACA >>> Simulator Lumba Aston Martin AMR-C01 Ini Dikeluarkan 150 Unit Sahaja, Harga RM306k!

Aston Martin Aston Martin V12 Vantage Aston Martin Vantage Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.