Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

Abang HirataBy Abang Hirata09/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik

DUA nama besar dalam industri baik pulih dan perlumbaan, Singer dan Red Bull Advanced Technologies mengumumkan kerjasama meningkatkan kekuatan model Porsche klasik.

Singer terkenal dalam membaik pulih model Porsche klasik dengan hasil kerja menggagumkan dan menariknya, produk syarikat itu sudah dimiliki rakyat Malaysia.

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik

Kerjasama itu menumpukan kepada pembangunan strategi kejuruteraan untuk meningkatkan kekakuan kilasan (torsional stiffness) model Porsche 964 Cabriolet dan Targa yang melalui proses baik pulih eksklusif Classic Turbo daripada Singer.

Proses Baik Pulih, Pembangunan Digital

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik

Proses baik pulih bermula apabila pemilik Porsche 964 menyerahkan model itu kepada Singer. Memandangkan model ikonik tersebut sudah berada di jalan raya lebih 30 tahun, setiap unit perlu melalui fasa peleraian yang sangat teliti.

Komponen dalaman, panel badan luaran,dan bahagian mekanikal ditanggalkan sepenuhnya sehingga hanya tinggal struktur monokok keluli atau casis asal.

Logo Red Bull Advanced Technologies

Casis tersebut kemudian dibersihkan dan dinilai secara mendalam. Di sinilah Red Bull Advanced Technologies memainkan peranan penting dengan menggunakan kepakaran simulasi dan analisis struktur bertaraf dunia.

Casis Porsche 964 dimodelkan semula dalam bentuk digital menggunakan data imbasan dan ukuran manual yang tepat.

Pakar jurutera kemudian menggunakan perisian Finite Element Analysis (FEA) untuk mengira ketegaran casis untuk varian bumbung terbuka dan tertutup.

Model FEA itu diperhalusi sehingga nilai ketegaran yang dijangka sepadan nilai yang direkodkan dalam ujian fizikal.

Inovasi Pengukuhan Gentian Karbon

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik

Selepas model digital itu diselaras, pasukan jurutera dapat mengenal pasti bahagian mana pada struktur bumbung terbuka yang paling banyak menerima bebanan atau tekanan ketika memandu.

Berdasarkan maklumat tersebut, 13 struktur pengukuhan gentian karbon pun direka khas.  Komponen pengukuhan itu direka strategik untuk memastikan struktur asal casis 964 tidak terjejas sambil memenuhi keperluan ruang teknikal kenderaan.

Sebanyak 13 struktur pengukuhan gentian karbon yang dibangunkan Red Bull Advanced Technologies dilekatkan terus pada casis monokok 964 ketika proses baik pulih dijalankan. Hasil penggunaan bahan komposit tersebut, tahap ketegaran keseluruhan casis kereta meningkat 175 peratus.

Peningkatan ketara itu memberikan impak besar terhadap kualiti pengendalian, prestasi brek, dan keselesaan pemanduan secara keseluruhan.

Dengan teknologi berkenaan, pengalaman memandu varian bumbung terbuka kini setanding model bumbung keras atau coupé.

Integrasi Teknologi Perlumbaan dalam Kereta Jalanan

Pengarah Teknikal Red Bull Advanced Technologies, Rob Gray berkata, kepakaran yang dibina melalui kejayaan dalam dunia sukan permotoran kini digunakan untuk menyelesaikan cabaran kejuruteraan automotif unik.

Matlamat utama adalah memberikan prestasi dinamik setaraf coupé kepada model bumbung terbuka tanpa menambah berat kenderaan secara berlebihan.

Ketua Pegawai Strategi (CSO) Singer, Mazen Fawaz menjelaskan, pemilihan Red Bull Advanced Technologies adalah langkah tepat bagi memenuhi jangkaan pelanggan yang sangat teliti.

Penggunaan bahan moden dan kajian struktur teliti itu menunjukkan kesungguhan Singer dalam mengekalkan nilai kereta klasik menggunakan teknologi terkini.

Perkhidmatan Classic Turbo diberikan Singer mendapat ilham daripada model Porsche 911 Turbo asal pada 1974, yang mana pemilik bebas memilih baik pulih untuk gaya badan coupé, cabriolet, atau Targa.

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Logo Red Bull Advanced Technologies
Bikin Auto Porsche 911 Porsche Type 964 Red Bull Red Bull Advanced Technologies Roda4 Singer
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: TRRC Daripada Twisted – Terjemahan Semula Range Rover Classic!

    17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.