• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Silinder Longgar: Yamaha Amerika Panggil Balik Lebih 3,000 Skuter SMAX

Silinder Longgar: Yamaha Amerika Panggil Balik Lebih 3,000 Skuter SMAX

June 5, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor di Amerika Syarikat memulakan kempen panggil balik skuter SMAX (juga dikenali sebagai Majesty S, XC155) disebabkan masalah bahagian kepala silinder enjin.

Berdasarkan dokumen panggil balik dikemukakan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), masalah teknikal itu membabitkan 3,116 unit skuter keluaran 2015-2018.

Isunya, nat kepala silinder dilaporkan tidak diketatkan betul dan menyebabkan gasket pada kepala silinder longgar atau mengalami kegagalan fungsi.

Masalah itu juga menyebabkan cecair penyejukan (coolant) enjin mengalir masuk ke dalam kebuk pembakaran ketika menunggang perlahan hingga membasahkan palam pencucuh dan boleh mengakibatkan enjin mati. Situasi tersebut sangat bahaya kerana berisiko tinggi menyebabkan kemalangan atau kematian.

BACA >>> Yamaha Lancar Skuter Majesty S 155 (2020) di Jepun, Harga RM15.3k

enjin-yamaha-smax
YamahaSmax_02

Kempen panggilan balik SMAX XC155 itu dibuat menerusi NHTSA dengan menyenaraikan model skuter dan tahun pembuatan:

  • XC155  - 2016 hingga 2018
  • XC155  - 2015

Penyelesaiannya, Yamaha akan menggantikan gasket kepala silinder dan mengetatkan semula nat kepala selinder yang longgar secara percuma. Setiap nat akan diikat mengikut tork disyorkan pengeluarnya. Kempen panggil balik skuter yang diimport dari Kilang Yamaha Taiwan itu sudah bermula sejak 29 Mei lalu.

BACA >>> Toyota Majesty Lancar di Thailand, MPV Mewah yang Lebih Murah daripada Alphard

SUMBER: IwanBanaran | NHTSA

Related

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kempen Panggil Balik, Panggil Balik, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Recall, roda2, skuter, skuter maksi, Yamaha SMAX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev