Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SIC Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2024, Petronas Jadi Penaja Utama GP Malaysia
Auto Terkini

SIC Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2024, Petronas Jadi Penaja Utama GP Malaysia

ShawkathBy Shawkath24/03/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DORNA Sports mengesahkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia MotoGP hingga 2024.  Proses perbincangan masih berjalan dalam usaha melanjutkan perjanjian tersebut hingga 2026.

Dalam satu kenyataan, Dorna Sports juga mengumumkan kerjasama baharu dengan Petronas yang bakal menyaksikan konglomerat tempatan itu menjadi penaja utama (title sponsor).

BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Cuba Honda City Hatchback RS di Sepang
BACA >>> Indonesia, Finland Masuk Kalendar MotoGP 2022, Sepang Kembali!

Jadi bermula tahun ini, GP Malaysia di Sepang secara rasmi dikenali sebagai Petronas Grand Prix Malaysia, satu cara memastikan jenama itu mendapat paparan utama kejuaraan dunia. Selain itu, Petronas juga melanjutkan kerjasama dengan Dorna Sport sebagai Pembekal Bahan Api Rasmi untuk grid Moto2 dan Moto3.

SIC dengan dua trek lurus dan beberapa selekoh pernah menganjurkan lebih 20 kejuaraan GP motosikal sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata;

Saya bangga mengumumkan kami sudah melengkapkan rundingan pertama saya selaku CEO SIC berhubung lanjutan kontrak dengan Dorna Sports dan saya mahu menyatakan penghargaan kepada mereka yang menjadikan ini satu realiti.

“Dengan rekod kunjungan penonton tahun demi tahun, kami tidak sabar menyambut kembali peminat ke Sepang selepas tempoh rehat dua tahun akibat pandemik.”

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Strategik Komunikasi Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata;

Petronas amat berbangga menjadi penaja utama GP Malaysia, dianggap salah satu acara sukan utama Malaysia dan Asia.

“Gelaran penaja utama adalah peluang unik Petronas untuk berhubung dengan pangkalan peminat sukan dan mempamerkan jenama serta produk kami.”

“Lebih penting, kerjasama strategik dengan Dorna Sports, kami berharap memacu semula pelancongan sukan Malaysia untuk manfaat rakyat Malaysia dan pengunjung ketika dunia kembali bangkit daripada pandemik.”

BACA >>> Petronas SRT Tamatkan Kontrak KIP, Tapi Ada Peluang Kalau Tunjuk Keputusan Positif
BACA >>> RNF MotoGP Racing Bukan ‘Razlan and Friends’ Tapi….

CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta berkata;

Kami amat gembira mengesahkan GP Malaysia akan kekal dalam kalender sekurang-kurangnya hingga 2024. Malaysia adalah antara pasaran penting MotoGP dan ia satu kepuasan untuk berlumba di Sepang dan kehadiran penonton di Grandstand.”

BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP
BACA >>> #TahukahAnda: Rara Terima Bayaran Lima Angka Sepanjang GP Mandalika 2022
BACA >>> Pawang Diminta Turunkan Suhu Supaya Lembap, Hujan Sedikit di Litar Mandalika

2022 GP Malaysia 2022 MotoGP Azhan Shafriman Hanif Carmelo Ezpeleta Datin Anita Azrina Abdul Aziz roda2
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.