Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain
Roda4

Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain

Han OthmanBy Han Othman21/06/20189 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KATA orang haters gonna hate. Tetapi faktanya, peminat Proton sentiasa ada generasi demi generasi. Daripada fasa model-model yang di-rebadge daripada sekutu awal, Mitsubishi hinggalah fasa pembuatan enjin dan rekabentuk sendiri yang menjadi era paling mencabar buat pengeluar nasional itu.

Tetapi menariknya, Proton mula membentuk identiti sendiri dan sepatutnya kekal begitu. Apa lagi kalau bukan tentang aspek keselamatan dan kemantapan pengendalian yang cukup menyelerakan. Tidak perlulah peduli apa yang haters kata, sebaliknya fokus kepada apa yang digilai peminat.

Ambil contoh Muhd Shukri Hashim, yakni pelajar tahun akhir kejuruteraan automotif yang kini sedang menjalani latihan amali di sebuah bengkel di Nilai. Anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini berkata, dia sudah memandu kereta Proton sejak 2015 dan turut mengakui diri sebagai peminat tegar Proton sejak lama dahulu.

BACA >>> Proton Iriz Facelift Kini Diperhalusi, Lebih Responsif dan Senyap [80++ Foto Menarik]

Sebagai pemilik Proton Iriz 1.3 Executive Manual, Shukri berkata, memang tidak dapat disangkalkan lagi model subkompak itu menawarkan pengendalian hebat yang begitu lancar dipandu, terutama di lebuh raya dan memiliki sistem kawalan dan pengendalian baik di selekoh.

Menurutnya, kehebatan Iriz sebenarnya tidak kurang apa-apa pun kalau mahu dibandingkan dengan model jenama lain di pasaran.

“Selain pengendalian, Iriz lengkap dengan ciri keselamatan dan saya rasa tidak ramai rakyat Malaysia tahu pasal ini. Tetapi, aspek keselamatan ialah ciri sangat penting untuk diketahui, terutama mereka yang mahu memiliki kereta mampu milik dan tidak pernah meletakkan Iriz sebagai pilihan,” katanya.

KERETA MESTI ADA IKATAN JIWA

Bagi sesetengah pemilik, menurut Shukri, kereta cuma kenderaan untuk dipandu ke mana sahaja, tetapi  orang seperti dirinya, kereta lebih daripada itu.

Jelasnya, kereta perlu ada karakter sendiri dan pemandu pula mesti ada ‘ikatan jiwa’ dengan kereta tersebut. Kereta yang dipandu melambangkan jiwa sebenar dan pemandu perlu ada fiil seakan ada pertalian jitu antara kereta dan diri sendiri.

“Saya rasa Iriz ada keserasian ketika saya mahu beli kereta ini. Apabila lihat Iriz, saya terus ada perasaan mahu memilikinya. Saya idamkan kereta yang mampu memahami gaya pemanduan saya, dan rasa yakin ketika memandu.

“Iriz ada banyak ciri moden dengan rekabentuk hebat, misalnya pengecas USB di belakang. Saya terus tertarik apabila kali pertama melihatnya,” kata Shukri yang kemudian menyertai Kelab Proton Iriz Malaysia (PICM) pada Oktober 2016.

BACA >>> Proton Iriz (2017) Refinement Masuk Pasaran – Harga Bermula RM43,800 Hingga RM58,800

Antara kenangan manis bersama kereta idaman itu ialah terpilih menjadi kenderaan marshal dalam konvoi Ulu Yam – Genting, iaitu aktiviti Proton Genting Uphill anjuran Kelab Persona R One Six Crew (PROSIXC), yang mana dia ialah ahli jawatankuasa media kelab tersebut.

4 KRITERIA UTAMA

Sebagai peminat kereta dan berjiwa muda, Shukri berkata ada 4 kriteria utama yang menjadi penilaiannya, iaitu:

  • Transmisi manual.
  • Pengendalian hebat.
  • Sistem keselamatan baik
  • Tangki minyak sebelah kanan.

Walaupun kriteria akhir itu bunyinya agak kelakar, tetapi itulah yang dimahukan Shukri. Jadi, selepas ditetapkan apa yang dimahukan, maka hanya Iriz yang memenuhi segala kriteria tersebut. Terus saja dia bulatkan tekad

“Saya gembira kerana dipertemukan dengan kereta ini. Buat masa sekarang, saya bangga mengatakan Iriz ialah kereta terbaik buat saya.

“Walaupun jenis manual 1.3L, kereta ini dibeli pada nilai berpatutan dengan mendapat skor 5 bintang untuk rating Asean NCAP. Ini benar-benar berikan kepuasan kerana saya dapat merasakan badan kereta ini benar-benar tegap dan kuat.

“Malah, saya sudah baca dan dengar bermacam-macam cerita pasal kelasakan dan realibiliti Iriz. Sebagai ahli Kelab Iriz, saya tahu PROTON menggunakan teknologi berkualiti tinggi untuk hasilkan kereta ini. Seorang rakan say pernah terlibat dalam kemalangan teruk, tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan kerana memandu Iriz,” katanya lagi.

PILIHAN TEPAT, TIDAK MENYESAL

Shukri berkata, dia gembira kerana membuat pilihan tepat walaupun sebelum ini pernah terfikir mahu memiliki kereta pesaing lain. Tetapi disebabkan mahukan kelainan, dia berpendapat perlu memandu kereta nasional tempatan dan merasai sendiri tahap prestasi ditawarkan. Dan dia tidak pernah menyesal dengan keputusan itu.

Dia juga berbangga kerana Proton menghasilkan kereta yang bagus seperti Iriz, terutama untuk pasaran golongan muda dan urban. Katanyam, orang ramai harus cuba memandu uji Iriz, atau model Proton lain untuk mengetahui apa yang mampu ditawarkan Proton.

Proses janji temu tempahan servis juga mudah kerana boleh dibuat menerusi aplikasi mobil mudah alih, MyProton. Tidak perlu lagi bersusah payah membuat panggilan di mana-mana pusat servis tertentu. Malah, rekod servis kereta juga boleh disemak melalui aplikasi tersebut. Mudah bukan?

BACA >>> Foto Penuh Proton Iriz R5 Baharu! Kini Tampil Tema Jalur Gemilang!

“Tidak kisah model Proton mana satu yang mahu dibeli, tetapi pastikan bukan sekadar rekabentuk hebat. Paling penting, mesti ada ciri keselamatan terbaik. Iriz misalnya dilengkapi Kawalan Stabiiti Elektronik (ESC) untuk semua varian dan memiliki frem badan kuat daripada proses pembentukan panas (HPF) berbanding besi biasa lain.

“Pilih kereta ikut pilihan sendiri, dan jangan abaikan keselamatan kerana itu jadi keutamaan. Hanya pengeluar bertanggungjawab yang akan menawarkan ciri keselamatan terbaik untuk produk mereka pada harga mampu milik,” katanya lagi.

ASEAN NCAP Kelab Persona R One Six Crew (PROSIXC) Kelab Proton Iriz Malaysia (PICM) Muhd Shukri Hashim Peminat Proton Proton Genting Uphill Proton Iriz Proton Iriz 1.3 Executive Manual Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026

9 Comments

  1. Man on 22/06/2018 00:28

    Minyak ok x iriz ni? Ada hybrid? Atau kurg2 idle stop ke?. 1.3 1liter berapa km pergi? 1.6?

    Reply
    • Pijo on 22/06/2018 10:32

      Minyak ok je tak lah melahap sangat. Takde hybrid, takde idle stop macam myvi. Kalau std 1.3 manual 1liter boleh dapat dalam 16km. 1.6 takpasti.

      Reply
    • syed on 22/06/2018 10:43

      Pro iriz : handling yang mantap, selesa, keselamat tip top dan stabil bila membawa
      Cons iriz : Minyak xsejimat myvi sbb body iriz berat lagi ( sbb hpf : rangka iriz kukuh ), ada kekurangan quality control bgi interior iriz dan banyak servis center yg xbeberapa bgus

      Reply
    • Hanif on 22/06/2018 16:47

      35liter 400 km 1.3auto

      Reply
  2. Iriz1.6Owner on 22/06/2018 11:19

    Iriz handling sangat best. Selesa bawa jauh. Sangat stabil 140km/j pon tak rasa goyang, penumpang pun selesa.

    Tapi untuk saya rekemen kereta ini agak keberatan kerana minyaknya agak besar. Saya bawa dari KL – KB (444KM) isi full Sampai ke destinasi dengan baki Tank last bar sudah berkelip. Toyota Vios 2009 saya separuh lebih jimat dari Iriz ni.

    Ya ada orang kata tekan minyak memanglah tak jimat. Tapi iriz bawa 120km/j Rpm 3100rpm/s dibandingkan dengan kereta2 moden lain masih dibawah 2800rpm bila dibawa 120km/s. Enjin/sistem gear iriz memerlukan talaan yang lebih baik untuk mengawal penggunaan bahan api.

    Saya rekemen kereta untuk yang mahukan jiwa “Sukan” Sahaja. Ini review iklas saya.

    Jika hendak ekonomi, lebih baik pilih kereta jenama lain yang 20-30k lebih mahal sebab kos bahan api + bayaran bulanan lebih kurang sama je.

    -Iriz 1.6 owner since 2015.

    Reply
  3. Naqiudin shah on 22/06/2018 15:07

    Saya suka iriz. Ada lebih x?

    Reply
  4. Abu Syawkah on 26/06/2018 15:08

    Mesti shukri akan menyesal selepas cuba kendali Proton persona yg lebih baik dari Iriz..apepun proton mengalami proses penambahbaikan yg agak ketara selepas kemunculan persona 2016…jurutera hingusan mereka sudah matang dan insaf

    Reply
    • lolsomany on 29/06/2018 01:39

      mesti ko tak tau iriz versi enhancement lagi best dari persona

      Reply
  5. eyza on 02/01/2019 14:22

    Penggunaan minyak bg Iriz 1.6 ok tak? Ada beza dengan Myvi? Dan berbaloi kah jika mahu beli Iriz secondhand full spec refinement berharga RM39000? Mileage tak sampai 10KM. Sy berminat dgn Myvi baru 2018 tp utk versi 1.5 Advance sy tak mampu. 1.3 X boleh lah.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.