Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Foto Penuh Proton Iriz R5 Baharu! Kini Tampil Tema Jalur Gemilang!
Auto Terkini

Foto Penuh Proton Iriz R5 Baharu! Kini Tampil Tema Jalur Gemilang!

Han OthmanBy Han Othman11/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARI ini pasukan Mellors Elliot Motorsport (MEM) bakal berkunjung ke Pameran Antarabangsa Autosport 2018 (ASI18) dengan membawa bersama jentera Proton Iriz R5 yang akan berentap dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) 2018, kategori WRC2.

Lebih mendebarkan MEM terlebih dahulu menyiarkan foto teaser rupa baharu Iriz R5 di laman Facebook pasukan itu, dipercayai livery pada bonet hatchback segmen-B itu. Menurut MEM, rekabentuk keseluruhan jentera lumba tersebut akan disiarkan tidak lama lagi, hari ini.

Tetapi kami sudah pun mendapat gambar bocor Iriz R5, dipercayai dalam dewan pameran ASI18 yang akan dipamerkan kepada pengunjung di sana. Sama seperti foto teaser di atas, corak bendera Malaysia dijadikan motif utama kereta yang jelas tersergam megah lebih separuh bahagian atas bonet.

BACA >>> Proton Iriz R5 Siap Sedia ‘Terbang’ Di Perlumbaan Rali Dunia Tahun Depan

Rekabentuk badan masih sama seperti R5 terdahulu. Paling ketara ialah penampilan gerbang roda maskular dan ventilator bonet serta rim sport baharu. Warna asas badan kali ini menggunakan cat putih dengan diberikan strip merah merintangi sisi kereta dan bawah bampar depan.

proton iriz r5
proton iriz r5 malaysia
proton iriz r5
proton iriz r5 malaysia

Berbanding penampilan Iriz R5 lama yang agak muram (gambar atas), edisi WRC 2018 kali ini lebih bersemangat!

WRC2018 bukanlah medan perlumbaan pertama Iriz R5, sebelum ini jentera lumba itu pernah berentap dalam Rally Stage Goodwood Festival of Speed (juara),Grizedale Stages Rally (juara) dan Malton Forest Rally (podium), termasuk dua kali dilenjan legenda WRC, Marcus Gronholm yang memuji keampuhan mesin Proton talaan MEM itu.

BACA >>> Proton Iriz R5 Cipta Sejarah & Dinobatkan Juara Rali Di Goodwood Festival of Speed 2017

Spesifikasi Iriz R5 tahun lalu dijana enjin 4B11T pengecas turbo petrol daripada Mitsubishi Lancer Evolution X yang diturunkan kapasiti enjin daripada 2.0L kepada 1.6L bagi memenuhi kriteria kategori R5 untuk saingan WRC2. Turut melengkapkan enjin berkuasa tersebut ialah sistem transmisi Xtrac, suspensi Reiger, brek Brembo dan sistem elektronik Cosworth.

Tiada sebarang pendedahkan mengenai spesifikasi terkini Iriz R5 musim ini. Apapun, jika masih mengekalkan nadi lama, kami hampir pasti MEM akan melakukan talaan baharu ke atas enjin tersebut. Sama-samalah kita nantikan foto dan spesfikasi lengkap jentera kesayangan rakyat Malaysia ini. Sebelum itu kita nikmati dulu gambar yang satu ini dulu.

ASI18 Auto Terkini Autosport International Show 2018 (ASI18) Kejuaraan Rali Dunia (WRC) Mellors Elliot Motorsport (MEM) Pameran Antarabangsa Autosport 2018 (ASI18) Proton Proton Iriz Proton Iriz R5 Proton Iriz R5 (2018) rali Roda4 sukan permotoran teaser WRC WRC2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026

1 Comment

  1. Yusuf on 11/01/2018 14:50

    Dorang ni betul2 rendahkan diri.
    Yang modify, test dan masuk perlumbaan adalah team MEM.
    Proton cuma bagi depa Iriz.

    Tapi nama dia bagi kat Proton, dan Malaysia.

    MEM we support you and hope for your best success!

    from 1Malaysia :p

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.