Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Shell FuelSave 95 Terbukti Jimat Minyak, Kami Pun Sudah Uji
Auto Terkini

Shell FuelSave 95 Terbukti Jimat Minyak, Kami Pun Sudah Uji

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA memilih bahan api, saya secara peribadi mengutamakan bahan api yang dapat memenuhi dua keperluan utama:

  • Bahan api berkualiti tinggi dengan jarak perjalanan lebih jauh.
  • Manfaat sampingan jangka sederhana dan panjang.

Kenapa? Sebabnya tugas harian memerlukan saya bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Lazimnya, lima hingga tujuh lokasi berbeza setiap minggu. Kadangkala jarak perjalanan sehala ke satu lokasi boleh mencecah lebih 80km atau 220km sehari.

BACA >>>  Shell Lancar Kempen FuelSave 95, Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza

BAGAIMANAKAH PILIH BAHAN API BERKUALITI?

Sebagai pengguna atau pemilik kenderaan, kita mungkin tertanya bagaimana memilih bahan api berkualiti tinggi untuk kenderaan masing-masing.

Maklumat paling asas mengenai kategori bahan api sesuai untuk kereta anda ada dinyatakan dalam buku manual atau mungkin juga pada penutup tangki minyak. Setiap pengeluar kereta akan mengesyor bahan api mengikut kadar mampatan minimum sama ada RON95 atau RON97.

Lazimnya, bahan api RON97 disyorkan untuk kenderaan dengan trenkuasa berkapasiti 2,500cc (2.5L) ke atas. Persoalan seterusnya, bagaimanakah memilih bahan api berkualiti untuk kenderaan anda dengan pelbagai pilihan produk di pasaran?

Setiap pengguna bijak akan memastikan wang dibelanjakan dapat memberi pulangan terbaik. Sudah tentu apa dicari ialah bahan api dengan jarak perjalanan lebih jauh dan penjimatan kos. Pendek kata, berbaloi dengan apa dibayar.

PEMANDUAN BANDAR VS LEBUH RAYA

Memandu di bandar dan di lebuh raya adalah dua situasi berbeza kerana melibat gaya penggunaan bahan api berbeza.

Di lebuh raya, pemandu dapat mengekalkan halaju memandu, dan lebih kurang membrek berbanding memandu di bandar. Sebaliknya dii bandar, pemandu lebih kerap membrek untuk memperlahankan kenderaan akibat situasi trafik sesak atau berhenti di lampu isyarat.

Apabila memijak pedal minyak, kereta akan menggunakan lebih banyak bahan api untuk menggerakkan roda.  Lebih kerap kereta berhenti dan memulakan semula pemanduan, lebih banyak bahan api digunakan.  Kesesakan trafik di bandar besar seperti Kuala Lumpur, misalnya memandu di Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak banyak mempengaruhi pemilihan bahan api.

Ada beberapa rakan mencadangkan Shell FuelSave 95 kerana menawarkan penjimatan lebih baik untuk kedua-dua situasi pemanduan, sama ada jarak jauh atau jarak dekat seperti pemanduan bandar.

MENCUBA SHELL FUELSAVE 95

Sepanjang kempen selama setahun ‘Ekstra KM, Ternyata Berbeza’, Shell menyifatkan Shell FuelSave 95 dapat memberikan pelanggan Ekstra Penjimatan, Ekstra Bersih dan Ekstra Perlindungan. Benarkah wujud bahan api seperti itu?

Bagi menghilangkan rasa curiga, saya mengisi penuh setangki petrol Shell FuelSave 95 untuk menilai sendiri sama ada berbaloi atau tidak. Memandangkan banyak kerja harian saya tertumpu di kawasan bandar, maka ujian juga fokus pada pemanduan bandar.

Semua orang tahu, pemanduan di bandar seperti Kuala Lumpur menggunakan lebih banyak bahan api. Puncanya,  aliran trafik tinggi yang membawa kepada kesesakan teruk. Apatah lagi kereta kerap berhenti dan perlu beratur menunggu lampu isyarat bertukar warna.

Apabila cuaca terik, jari pula ligat memusing tombol penyaman udara untuk meningkatkan kesejukan kabin. Sedar atau tidak, tabiat tersebut sebenarnya boleh membuatkan tangki minyak cepat kering.

Selepas mencuba setangki penuh Shell FuelSave 95 , persepsi saya mula berubah. Ya, jangan salah anggap semua bahan api sama sebab Shell FuelSave 95memang berbeza. Oh, sebelum saya terlupa, harga RON95 masih kekal RM2.05 sejak hujung Februari lalu.

UJIAN PELBAGAI KELAJUAN SECARA RAWAK

Ujian ini dibuat menggunakan dua jenis kenderaan dengan trenkuasa berbeza iaitu:

  • Perodua Myvi 1.3L
  • Volkswagen Tiguan All Space 1.4L

Sebagai makluman, ini bukan ujian yang dilakukan untuk membandingkan kereta mana lebih jimat atau dapat dipandu lebih jauh. Objektif ujian adalah untuk melihat sama ada:

  • Shell FuelSave 95 dapat memberikan EKSTRA KM untuk pemanduan dalam bandar menggunakan dua model kenderaan berbeza, iaitu kereta kompak popular Malaysia dan satu lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) Volkswagen yang mencatat jualan paling laris peringkat global.
  • Ujian juga bertujuan melihat perbezaan jarak perjalanan berbanding bahan api digunakan sebelum ini.

Dalam tempoh tiga minggu, saya membelanjakan RM373.10 untuk isian semula 182 liter bahan api Shell FuelSave 95 dengan jarak pemanduan kira-kira 2,100km. Pemanduan ini termasuk jalan negeri, persekutuan dan jalan bandar.

Sepanjang pemanduan harian, pedal minyak Myvi edisi 2014 yang diuji terasa ringan, tetapi indikator baki petrol pula lambat menurun. Tiada lagi kedengaran enjin 1,300cc ini ‘meraung’ ketika memotong kenderaan lain.

Sejujurnya, saya memandu dalam halaju sederhana tinggi, antara 80kmj-110kmj mengikut lokasi, kondisi jalan dan persekitaran laluan.

Misalnya, isian tangki penuh petrol untuk Myvi menawarkan purata jarak pemanduan antara 400km-420km yang turut menjadi kereta kegunaan harian saya. Malah kadar kekerapan saya berhenti mengisi minyak tidak sekerap seperti jenama minyak sebelum ini.

Jenama bahan api yang saya guna sebelum ini cuma menawarkan jarak maksimum 370km-380km untuk pemanduan dalam bandar.

Respons enjin rasa lebih ringan dan ini sudah tentu menandakan proses pembakaran Shell FuelSave 95 lebih efisien dan petanda awal enjin semakin bersih kerana kurang pembentukan deposit dalam kebuk pembakaran.

Apabila kecekapan pembakaran enjin dipertingkat, maka komponen dalam trenkuasa dilindungi. Dalam tempoh jangka panjang, pengguna tetap Shell FuelSave 95 akan mendapat EKSTRA KM kedua, iaitu tidak perlu berbelanja besar untuk menggantikan komponen lebih awal ketika baik pulih enjin kereta.

Pilihan terbaik saya ialah Shell FuelSave 95 kerana terbukti memenuhi keperluan saya selepas pengalaman mencuba beberapa bahan api jenama lain di pasaran.

Kenderaan untuk membawa seisi keluarga seperti Volkswagen Tiguan AllSpace sebenarnya berbaloi jika diisi bahan api Shell FuelSave 95. Kos petrol sebanyak RM107 membolehkan saya bersama keluarga menempuh perjalanan hampir 600km.

Perjalanan saya adalah bersama tiga penumpang dengan membawa muatan beberapa beg pakaian, manakala halaju dihadkan tidak lebih 110kmj, dan memandu dalam pelbagai mod, Normal dan Sport.

Seperti paparan foto atas kanan, perjalanan dua hari di Kuala Lumpur dan Selangor merekodkan jarak 186km, dan tangki minyak masih menawarkan jarak pemanduan hingga 390km. Kapasiti tangki minyak Tiguan ialah hampir 60 liter.

Saya percaya jika memandu santai dan bukan agresif, kenderaan pasti mampu pergi berganda lebih jauh, sekali gus memberikan penjimatan jauh lebih berbaloi. Ini dikuatkan fakta, Shell sudah melakukan ujian ekstensif membabitkan lebih 250 jenis kenderaan dengan jarak lebih 3 juta kilometer!

Dalam trafik sesak pula, saya perasan indikator bahan api lebih lambat turun jika menggunakan Shell FuelSave 95. Sebagai makluman, tinjauan ini dibuat dalam pemanduan normal dengan penyaman udara dan radio dipasang seperti biasa.

Jadi, apa manfaat untuk jangka masa sederhana panjang? Jawapan mudah, enjin lebih sihat kerana bahan api Shell FuelSave 95 memberikan ‘Ekstra KM, Ternyata Berbeza’ yang menjanjikan Ekstra Penjimatan, Ekstra Bersih dan Ekstra Perlindungan bagi setiap liter petrol RON95 yang diisi.

Berikut Perincian Setiap Ekstra yang Diperoleh daripada  Shell FuelSave 95
  • ‘Ekstra Penjimatan’ memaksimumkan penjimatan petrol dengan mengurangkan geseran komponen dalaman enjin hingga 90 peratus, sekali gus memberikan nilai wang pergi lebih jauh.
  • ‘Ekstra Bersih’ bertindak menghalang pembentukan mendapan sehingga 95 peratus untuk enjin lebih bersih.
  • ‘Ekstra Perlindungan’ melindungi enjin kenderaan daripada masalah kehausan dan kakisan serta pembentukan deposit menerusi ‘resepi’ rahsia Triple Action Formula yang terkandung dalam setiap titisan petrol Shell.

Jika anda tanya, adakah wujud bahan api membolehkan sesebuah kenderaan mendcapai jarak lebih jauh? Jawapannya, YA. Itulah Shell FuelSave 95. Bagi ekstra kilometer sambil jimat belanja hari ini dan esok, itu hanya boleh didapati di stesen-stesen Shell.

Tunggu apa lagi, cuba dulu baru tahu?

Petrol RON95 Shell Shell DYNAFLEX Shell FuelSave 95 Stesen Minyak Shell
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M2 Coupé RR Edition, BMW M 1000 RR dan S 1000 RR M2 Edition Untuk Afrika Selatan

    05/05/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, Rim 24 Inci, Lengkap Pintu Suicide!

    05/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.