Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Senarai Harga Honda City di Asean, Benarkah Kereta Malaysia Paling Mahal?
Sembang Deras

#SembangDeras: Senarai Harga Honda City di Asean, Benarkah Kereta Malaysia Paling Mahal?

Han OthmanBy Han Othman27/02/20241 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA netizen kata walaupun harga minyak negara jiran kita mahal, tapi harga kereta mereka murah. Benarkah?

Artikel kali ini kami mahu berkongsi harga kereta di negara jiran Asean. Kami memilih Honda City sebagai perbandingan memandangkan model itu memiliki status sebagai sedan segmen-B paling popular (dalam kategori kereta bukan nasional) di Malaysia. Malah majoriti negara Asean turut menawarkan model Honda ini.

Harga kereta pula diambil terus daripada laman web rasmi Honda di negara masing-masing, termasuk Malaysia. Berikut senarai harga sedan subkompak itu:

  • Singapura: Honda City SV 1.5L DOHC i-VTEC; S$140,399 (RM497,640).
  • Indonesia: Honda City 1.5L DOHC i-VTEC; Rp402 juta (RM122,260).
  • Vietnam: Honda City G 1.5L DOHC i-VTEC; 559 juta dong, termasuk cukai VAT (RM108,060).
  • Brunei: Honda City 1.5 RS (bukan hibrid); B$29,990 (RM106,260).
  • Filipina: Honda City 1.5L DOHC i-VTEC; 1.073 juta peso (RM91,030).
  • Malaysia: Honda City 1.5L S: RM84,900.
  • Thailand: Honda City V 1.0L DOHC VTEC TURBO; 629,000 baht (RM83,620).
  • Laos: Honda City V 1.5L DOHC i-VTEC; tiada maklumat harga.
  • Burma: Tiada data kereta Honda dijual di sana.

Namun, perbandingan di atas mungkin tidak tepat atau adil sebetulnya, kerana negara seperti Vietnam memasukkan sekali harga asas dengan cukai barangan (VAT/GST).ย  Namun negara lain, termasuk Malaysia mengecualikan harga asas dengan cukai.

Harga disenaraikan juga tidak termasuk cukai lain (jika ada), termasuk insurans dan jangan pula dilupakan terma pembiayaan yang pastinya berbeza mengikut negara. Malah pasaran setiap negara juga berbeza mengikut permintaan, persaingan, dan demografik pembeli.

Itu belum diambil kira pendapatan per kapita rakyat dan pariti kuasa beli. Namun, artikel ini sekurang-kurangnya dapat menjawab dan memberikan maklumat kasar mengenai harga kereta di negara Asean.

Soalannya, adakah harga kereta di negara kita terlampau mahal, atau berada pada kadar kompetitif di pasaran Asean? Ataupun boleh dikelaskan sebagai murah?

Apa yang pasti, membeli kereta memang memerlukan komitmen kewangan. Kalau ditanya rakyat mana-mana negara pun, mereka pasti akan jawab harga kereta di negara mereka tidak murah.

Tepuk dada tanya selera!

NOTA:

* Model dipilih ialah varian asas Honda City baharu dengan enjin 1.5L i-VTEC, transmisi CVT dan ciri Honda SENSING.
* Thailand cuma menawarkan varian City dengan enjin 1.0L VTEC Turbo yang menawarkan output kuasa lebih kurang sama.
* Harga ditukar terus daripada mata wang negara Asean ke Ringgit Malaysia, dan dibundarkan kepada perpuluhan terdekat, tanpa sen.
* Model ditunjukkan bukan varian sebenar, tapi varian RS dengan enjin hibrid e-HEV di Malaysia.

Auto Terkini autotainment Harga Honda City 2024 Honda City Baharu sedan segmen-B sembang deras
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026

1 Comment

  1. Alson P on 07/03/2024 03:13

    Murah….!
    Boleh selaraskan harga Sama dengan Indonesia

    ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.