Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Kenapa Patut Sokong Plat Khas EV JPJePlate?
Sembang Deras

#SembangDeras: Kenapa Patut Sokong Plat Khas EV JPJePlate?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA tergolong dalam kelompok 5 peratus negara terakhir global yang masih menggunakan plat nombor pendaftaran tradisional.

Plat nombor tradisional itu tiada standard khas yang mana kekurangan itu membolehkan sesiapa saja menempah plat dan nombor pendaftaran kenderaan di mana-mana kedai aksesori.

Malah pemilik juga bebas meminta pekerja di kedai aksesori menghasilkan sebarang nombor plat yang dimahukan mengikut cita rasa peribadi.

Apabila tiada standard khas, makan tiada semakan dibuat, tiada pemeriksaan atau kawalan dapat dilakukan.

Ini membawa kepada ketidakseragaman penggunaan nombor pendaftaran kenderaan seperti isu nombor fancy yang memudahkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nombor pendaftaran pemilik lain pada kenderaan klon (juga dipanggil kereta ‘piang’).

Ini tiga faktor mendorong pengenalan plat khas EV:

  • Penggunaan nombor plat fancy atau tidak seragam.
  • Nombor pendaftaran palsu dalam aktiviti jenayah hingga menyukarkan tindakan penguatkuasaan.
  • Kenderaan klon dengan salah guna nombor plat orang lain.

INDUSTRI MINTA, JPJ TUNAIKAN

Asasnya, plat khas seragam yang diperkenalkan untuk EV ialah projek rintis (pilot project) Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPJ. Ini bertujuan mengenal sebarang isu berbangkit, kaedah pelaksanaan terbaik, melihat penerimaan pemain dan pengeluar kenderaan industri serta pengguna.

Pengenalan plat tersebut didorong pertemuan membabitkan beberapa pemain industri dan agensi penguatkuasaan dengan MOT dan JPJ yang mengutarakan beberapa isu yang harus diberi perhatian mengenai EV.

Pertama, isu identiti jenis kenderaan. Ada pihak penguat kuasa dan penyelamat berdepan kesukaran menentukan jenis kenderaan sama ada EV penuh atau enjin konvensional (petrol dan diesel).

Identifikasi itu sangat diperlukan kerana ada kenderaan nampak sama dari segi luaran, tetapi berbeza sistem trenkuasa, misalnya rekabentuk badan yang sama dengan model bateri elektrik penuh (BEV).

Ada pemain industri mahu memperkenalkan logo tertentu untuk EV yang mana MOT dan JPJ tidak menghalang usaha itu. Pihak industri juga meminta MOT dan JPJ memperkenalkan tanda badan untuk EV yang menumpukan aspek keselamatan semua pihak.

Ini kerana jika berlaku kemalangan, ramai pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal akan berhenti dan menghulurkan bantuan. Pada masa sama, tidak ramai tahu komponen EV tidak boleh disentuh dengan tangan kerana berisiko mendatangkan kecederaan seperti renjatan elektrik.

Penggunaan plat khas EV juga dilihat mampu menangani masalah dihadapi penyedia parkir yang mendakwa lot parkir mereka disalahgunakan segelintir pemilik kenderaan bukan EV untuk meletak kenderaan.

Plat khas itu turut memberi imej baik kepada pemilik EV selain dilengkapi pelbagai ciri keselamatan dan memenuhi keperluan lain pada masa depan seperti kemudahan membuat pembayaran tol dan akses parkir menerusi ciri integrasi RFID terbina dalam.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan (MOT) Kenderaan Elektrik (EV) nombor plat EV
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026
Auto Terkini

UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional

25/02/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

LRT3 Shah Alam Bakal Beroperasi Sebelum Jun, Ujian Akhir Sedang Dipercepat

24/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.